KIM-ICHA : BAB 66 (END)

4.9K 170 79
                                    

"Encik Hakim, saya assistant Doktor Natasha. Please come to the clinic right now. Your wife is in critical condition!"

Bagai terhenti dunia Hakim seketika. Tiba-tiba otaknya seperti tidak berfungsi.

Tidak sempat Hakim ingin membalas, talian diputuskan dari pihak sana.

Terus Hakim menghubungi Adiba. Nafasnya juga sudah tersekat-sekat dek mula panik. Kaki menekan pedal minyak untuk keluar dari kawasan masjid tersebut. Satu tempat sahaja yang ingin dituju.

Klinik pakar milik Natasha.

"Hello, bos! Ya Allah, where have you been!"

"Diba, kenapa dengan Icha Diba? Saya on the way!" Terjerit Hakim pada Adiba. Tidak dapat mengawal ketakutannya ketika itu. Bermacam bayangan menjelma di akal fikirannya.

"Icha sesak nafas tadi Encik Hakim. Dia mengadu sakit perut makin kerap. Lepas tu, dia tak sedar dah. Pengsan. Kitorang terus bawa dia dekat emergency jumpa Doktor Natasha. Nasib baik Doktor Natasha ada hari ni dekat klinik. Lembik Icha tadi Ya Allah–" kedengaran getaran di setiap ayat yang ditutur Adiba.

Tidak fokus Hakim akan pemanduannya ketika itu. Sesekali tangannya menumbuk stering kereta. Kesal kerana tidak ada bersama dengan isterinya ketika itu.

"Diba, I'm on my way now. Ya Allah–" tergeleng-geleng kepala Hakim tidak boleh menerima sebarang kemungkinan. Menggigil tangannya.

Sampai sahaja dia di klinik Natasha, terus sahaja kereta diparkir ala kadar.

Hampir dua jam juga Hakim tersangkut di dalam kesesakan jalan raya seperti yang telah diramal sebelum ini. Tuhan sahaja yang tahu perasaannya selama tempoh itu.

Tidak mampu dia berlengah lagi, berlari anak Hakim masuk ke dalam bangunan klinik pakar milik rakan baiknya itu.

Dari jauh kelihatan Natasha baru sahaja keluar dari ruang kecemasan.

Terus meluru Hakim pada wanita itu dengan cemas.

"Nat! Wife aku!"

"Mika! Your wife, dah tak ada–"

"Tak ada apa?! Kau jangan main-main dengan aku Nat!" Jerit Hakim.

Tidak sedar tangannya sudah mencekup kolar baju milik Natasha. Panik menguasai diri.

Tuk!

Natasha mengetuk kepala Hakim geram. Rambut Hakim diramas Natasha sehingga menyeringai wajah Hakim menahan pedih.

"Bagi aku cakap sampai habis boleh tak mangkuk? Maksud aku, wife kau tu, dah-tak-ada-benda kau perlu risau dah. Dah stabil. Kau pergi mana syaitan? Aku call tak angkat! Bini kau tadi dah separuh nyawa kau tahu tak!" Bebel Natasha sambil mengenggam rambut Hakim kuat sebelum dilepaskan.

Bergetar anak mata Hakim saat mendengar bebelan Natasha. Rambut yang dirasakan pedih ditarik Natasha tadi juga sudah tidak rasa.

Lutut terasa lemah tetapi hati jauh berasa lega. Terduduk Hakim di lantai, menangis sambil tangannya memukul-mukul dadanya yang terasa sempit.

KIM'S: HIS STELLA | C | ✔️Where stories live. Discover now