KIM-ICHA - BAB 63

1.5K 95 15
                                    

Terbongkok-bongkok Raisa menunduk di mangkuk tandas bilik hotel. Memuntahkan segala isi perutnya yang bergelodak sedari tadi.

Sesak nafas Raisa dibuatnya. Apabila perutnya terasa mengeras, lagi kuat terasa mual ditekak. Air mata juga sudah bertakung. Tahu-tahu sedah teresak dia di tepi mangkuk jamban itu

Hakim yang sedari tadi menggosok belakang Raisa dan mengenggam rambut lurus Raisa dari terkena mangkuk jamban itu sudah berasa pelik melihat isterinya tersedu-sedu.

"Ayang kenapa menangis ni? Sakit ke? Dekat mana sakit? Perut sakit? Pening lagi?" Bertalu soalan dari Hakim.

Tangan masih giat mengurut belakang tengkuk Raisa. Buat melegakan isterinya. Walau dirasakan tidak membantu, tetapi biar effort yang ditunjukkan A plus.

Tergeleng kepala Raisa perlahan. Mencebik dia memandang Hakim yang jelas masih risau.

"Rugi lah ayam Korea Icha makan semalam~ habis dah keluar balik~" rengek Raisa dengan linangan air matanya. Tersebik-sebik dia memandang Hakim yang jelas terkedu.

"Allahuakbar, itu pulak yang dia sedih. Benda boleh makan lagi ayang– haih awak ni, ada nak muntah lagi ke? Okay tak ni? Risau lah abang. Tak payah lah pergi kenduri tu ayang. Okay?" Pujuk Hakim.

"Uwek!"

"Banyaknya muntah awak yang..." ujar Hakim.

"Icha nak pergi... jauh dah sampai sini. Kenapa tak nak pergi pulak~"

"Kalau pergi kenduri tu, buatnya awak mabuk macam ni, celah bedah mana awak nak muntah ayang?" Bebel Hakim lembut.

"Tapi Icha dah janji dengan Kak Vy nak datang," masih tidak berputus asa Raisa merayu pada suaminya.

"Nanti abang bagitahulah diorang yang Icha tak sihat. Habis kenduri tu kita jumpa diorang sebelum balik KL. Okay?"

Lama Raisa diam berfikir sambil menahan mual.

"Okay... tapi sebelum balik rumah, kita jalan-jalan dekat sini dulu tau. Icha nak pergi tepi pantai..."

"Boleh ayang. Janji awak rehat dulu hari ni. Mungkin lama sangat dalam kereta semalam," ujar Hakim tersenyum.

Mengangguk lemah Raisa sebelum dia bangun dibantu Hakim.

Hakim menekan punat flush dan terus membawa isterinya ke katil besar di ruangan tengah bilik hotel itu.

Tidak sempat Raisa melabuhkan punggung, berlari Hakim masuk semula ke dalam bilik air.

"Uwek! Uwek!"

"Abanggggg!" Terlepas tawa Raisa sehingga terbaring dia di tilam.

Begitulah. Setiap kali Raisa selesai muntah, pasti Hakim akan menurut.

Sepanjang tempoh Raisa membawa kandungan mereka, tekak dan selera Hakim lah yang paling sensitif. Dari trimester pertama lagi Hakim sudah mula cerewet dengan makanan. Ada sahaja yang tidak kena.

Makanan yang dirasakan sedap di tekak Raisa, tetapi tidak sedap di tekak Hakim, walhal, makanan tersebut pernah menjadi kegemaran suaminya itu.

Acap kali juga Raisa merajuk apabila juadah atau lauk yang dimasaknya, tidak dapat dijamah Hakim. Ada sahaja yang tidak kena sehinggalah kandungan Raisa memasuki trimester ketiga. Selera Hakim sudah kembali normal tetapi Raisa pula yang mula mengalami morning sickness.

Usai sahaja Raisa muntah, pasti akan diikuti oleh Hakim. Seperti yang sedang berlaku ketika ini.

Tidak berhenti Raisa mentertawakan Hakim setiap kali perkara itu berlaku. Puas hatinya apabila dapat memberi Hakim rasa pengalaman morning sickness bersamanya.

KIM'S: HIS STELLA | C | ✔️Where stories live. Discover now