KIM-ICHA : BAB 54

1.6K 94 12
                                    

Bersandar Hakim lemah di dinding ruang kecemasan menanti berita dari doktor untuk isterinya. Tuhan sahaja yang tahu saat dia melihat isterinya tidak sedarkan diri di dalam kereta tadi. Ditemani Adiba yang setia memangku Raisa di kerusi penumpang di belakang.

"Saya minta maaf Encik Hakim, benda jadi terlalu cepat–" menunduk Adiba yang sedang duduk di kerusi menunggu.

"Bukan salah awak... terima kasih tolong isteri saya," balas Hakim perlahan.

"Tak lama lepas kitorang habis makan tu, dia ada mengadu perut dia rasa tak sedap. Macam memulas pedih. Dia ke toilet lepas tu terus muntah-muntah. Itu pun terdetik saya nak follow. Kebetulan nak membuang juga. Banyak sangat dia muntah tadi. Padahal dia makan sikit je Encik Hakim. Lepas tu dia kata, dia rasa sesak nafas and terus pengsan. Haih, Tuhan je tahu takutnya saya tadi. Saya harap tak ada apa-apa yang serius," ujar Adiba sambil meraup wajahnya.

Menelan air liur Hakim ketika mendengar cerita dari Adiba. Jelas risau wajahnya.

Tertoleh dia ke arah pintu masuk ruangan kecemasan itu. Kelihatan Ku Adlee berjalan pantas ke arahnya.

Bingkas Adiba bangun menunduk hormat pada Ku Adlee dan beredar jauh dari mereka untuk memberi privasi.

"Kim, kenapa Icha?! Terkejut aku bila staff kau datang bagitahu Fariha yang Icha pengsan," sapa Ku Adlee tanpa salam.

Tergeleng kepala Hakim tidak mampu untuk berbicara. Kepalanya penuh dengan kerisauan terhadap Raisa.

"It's okay Kim. Insyaallah tak ada apa-apa. Maybe alahan dia pregnant. Aku faham perasaan kau," pujuk Ku Adlee.

Ah, dia pun satu. Sampai-sampai, terus sahaja menerjah soalan pada Hakim. Mana mungkin adik iparnya itu boleh ada kekuatan untuk menjelaskan perkara yang berlaku.

Dia faham akan situasi Hakim sekarang ini memandangkan dia juga pernah berada di dalam situasi genting ketika isterinya dibawa ke hospital akibat cedera teruk dibelasah. Memang tiada kekuatan untuk membuka mulut. Kepala hanya memikirkan keadaan si isteri sahaja.

"Mulut dia berbuih tadi Ad..." bergetar suara Hakim semakin takut akan kemungkinan.

"Ya Allah..." Ku Adlee meraup wajahnya.

Telefon bimbit milik Hakim berbunyi tetapi tiada daya Hakim ingin menyambut sebarang panggilan ketika itu. Menunduk sahaja Hakim bersandar di dinding.

Ku Adlee menyeluk poket seluar Hakim, mengeluarkan telefon bimbit lelaki itu.

Mama

Terlepas keluhan Ku Adlee lalu menyambut panggilan yang dipercayai datang dari Kamilah.

"Hello ma, Lee ni," jawab Ku Adlee.

"Kim tak boleh respon sekarang ma. Bagi dia ruang. Kitorang tengah tunggu doktor keluar."

"Ma habiskan dulu lecture. Nanti baru datang. Lagi pun dekat emergency lagi ni. Dah ada news, Lee bagitahu mama."

Diam sebentar Ku Adlee mendengar ujaran dari ibunya di talian.

"Okay ma. Insyaallah doa baik-baik untuk Icha." Ku Adlee mematikan talian beserta keluhan.

KIM'S: HIS STELLA | C | ✔️Where stories live. Discover now