Usai Raisa melambai Jenny, Aida dan Adiba di lobi pejabat, terus Raisa mengeluarkan telefon bimbit dari poket seluarnya. Dibaca mesej yang bertalu masuk dari awal perjalanan dari Pangkor sehingga sampai di pejabat.
Tersenyum Raisa. Tadinya rasa sedikit murung. Setelah mesej bertalu masuk dari suaminya dibaca, terus rasa berbunga. Icha, Icha. Spesis cepat terpujuk!
Hantar.
Raisa menarik bagasinya lalu berhenti di hadapan lif. Punat lif milik abangnya ditekan. Memandangkan tiada siapa di bangunan pejabat itu, beranilah Raisa menggunakan lif itu tanpa rasa takut.
Ting!
Terhenti langkah Raisa melihat Hakim sedang bersandar berpeluk tubuh. Wajah kosong Hakim tadi tiba-tiba berubah ceria selepas melihat wajah Raisa di muka pintu lif.
"Come-" Hakim menggamit Raisa dengan senyuman nipis.
Terus tubuh Raisa dipeluk Hakim erat saat pintu lif sudah tertutup dan mula bergerak turun ke besmen.
"Icha okay?"
Raisa mengangguk laju dan tersenyum.
"Abang kenapa? Macam dah seminggu tak nampak kita je," tanya Raisa. Mengecil matanya memandang Hakim.
"Abang serba salah-"
"Pasal ex abang tadi tu, tak apa. Kita faham. Nanti ada masa sesuai baru abang story dekat kita. Bukan sekarang pun tak apa. Abang jangan risau," senyum Raisa cuba meyakinkan suaminya yang dia baik-baik sahaja.
Ada rasa cemburu tetapi tidaklah keterlaluan. Dia percaya pada Hakim. Dia juga faham situasi Hakim. Bukan Hakim yang mencari, tetapi perempuan itu yang tidak boleh melepaskan Hakim. Walau hati meronta ingin tahu sebab musabab mereka berpisah, tetapi Raisa cuba bersabar. Biarlah Hakim menceritakannya sendiri tanpa paksaan.
YOU ARE READING
KIM'S: HIS STELLA | C | ✔️
Romance3rd HIS Series Syed Hakim Mikael x Ku Amra Raisa Ku Amra Raisa tidak pernah menyangka kekalahannya pada permainan gunting-batu-kertas atau nama modennya Osom bersama dengan kembarnya telah menjadi satu titik perubahan terbesar di dalam hidup. Pertem...