KIM-ICHA : BAB 12

2.5K 121 19
                                    

Meriah majlis berbuka puasa yang diadakan di bawah khemah yang telah dipasang di halaman rumah agam milik Kamilah. Penuh kerusi dengan kehadiran jemputan yang tidaklah ramai rancak bersembang sesama mereka.

Hanya saudara terdekat dan jiran tetangga sahaja yang dijemput oleh Kamilah bagi memeriahkan majlis kecil yang dibuat mengejut. Ramai juga yang tertanya-tanya pada Kamilah tentang majlis pernikahan yang bakal berlansung sebentar lagi tetapi ringkas sahaja jawapannya.

"Memang dah lama rancang buat waktu puasa, sekali doa selamat."

Senyum sahaja Mak Ngah Kairiah iaitu kakak kepada Kamilah, mendengar jawapan Kamilah sambil menyusun kuih-muih di setiap pinggan manisan bertingkat yang terdapat di meja buffet di bawah khemah mewah itu.

"Kak ngah pun baru nak tanya benda yang sama Acu. Memang dah lama ke bercinta si Icha dengan bakal suami dia? Tiba-tiba je. Terkejut Kak ngah tau," sampuk Kairiah separa berbisik.

"Acu dah lama kenal dengan bakal suami dia. Dah anggap macam anak sendiri dah. Diorang tengah kerja sekali tu kak ngah. Suka sama suka," bohong Kamilah. Malas dia mahu menceritakan hal yang sebenar.

Mahu tersebar luas hal itu di mulut saudara mara yang lain. Biar mereka sekeluarga sahaja yang tahu. Bukan dia tidak percaya pada kakak keduanya itu, tetapi risau jika kakak sulungnya tahu, bertambah kecoh lah hal yang mengaibkan mereka itu.

Sudahlah hubungannya sekeluarga dengan kakak sulungnya itu tidak baik.

"Tak sangka nak jadi isteri orang dah Icha. Habis dua bendul dia langkah," ujar Mak Ngah Kairiah dengan tawa kecilnya.




Berkumandang sahaja azan, terus sahaja Raisa menjamah kurma dan sedikit kuih disulami air putih di bilik tidur yang telah dihias cantik bertemakan warna putih.

Selesai mengisi perut, Raisa mendirikan solat maghrib dan terus bersiap mengenakan busana putih polos yang dibelikan oleh Hakim di saat akhir. Segala urusan dokumentasi untuk pernikahan juga diuruskan oleh Hakim memandangkan lelaki itu sudah pernah melakukannya sebelum ini.

Wajah putih bersih milik Raisa dioles bedak nipis oleh Raina. Cukup sekadar menaikkan seri wajah Raisa yang sudah sedia comel.

"Haih, jarang-jaranglah Ina dengar orang nikah waktu bulan puasa. Dahsyat mama Icha tu. Degil," jeling Raina sambil fokus tangannya mengoles gincu berwarna merah jambu di bibir mungil Raisa.

Tersenyum kelat Raisa malas mahu membalas omelan Raina.

Tok tok!

Terjengul kepala Aryssa dan Raifa di pintu mengintai si kembar.

"Dah siap ke belum baby?" Tanya Raifa sambil tersenyum manis. Dicubit pipi Raisa geram.

"Kak Rai, habislah bedak dia nanti!" Marah Raina. Pantas mencepuk tangan Raifa dengan jelingan.

"Amboi garang betul Ina hari ni. Garang-garang nak pergi mana? Moody ni mesti sebab takut berpisah dengan Icha kan?" Usik Raifa sambil mencuit-cuit pinggang Raina.

Tergelak Aryssa melihat wajah cemberut Raina.

Sedari awal Aryssa dan Raifa perasan akan perubahan mood Raina yang senang terasa dan sentap sepanjang seminggu sebelum majlis. Tidak boleh terima gurauan. Cakap sikit, merajuk.

KIM'S: HIS STELLA | C | ✔️Where stories live. Discover now