KIM-ICHA : BAB 42

2.8K 130 15
                                    

Tegang wajah Syed Ali di tengah ruang tamu rumah mereka. Usai sahaja Hakim dan Raisa meninggalkan mereka di wad, terus sahaja keadaan menjadi janggal.

Serba salah Syed Ali pada Hayyan dan Sofina. Sepatutnya cucu baru diraikan, tetapi dek kerana perangai entah apa-apa isterinya, keadaan jadi tidak terkawal. Sekarang ini pasti Hakim dan Raisa sudah berjauh hati.

"Abang malulah dengan perangai awak ni! Tak malu ke dekat menantu-menantu awak? Tak malu dekat Sofina? Dekat Raisa awak tak malu?! Betapa kucar-kacirnya keluarga kita ni! Abang malu betul dengan perangai awak! Yang awak hina-hinakan sangat tu, anak kandung awak sendiri tahu tak?!" Tempik Syed Ali.

Terdiam Harraz dan Yuhanis. Sudah lama mereka tidak lihat sisi garang Syed Ali yang selama ni tersimpan kemas sejak umur meningkat tua.

"Benda betul lah. Semua yang Anis cakap tu fakta!"

"Fakta kepala otak awak! Tang mana yang fakta? Bagitahu abang!" Jerit Syed Ali lagi.

"Anis bencikan Angah, tapi kenapa masih nak ikat dia dalam rumah ni? Kenapa tak lepaskan je dia, biar dia cari hidup dia sendiri?! Kenapa?" Turun naik nafas Syed Ali cuba mengatur nafasnya yang sudah tidak teratur.

"Jangan mimpilah dia dapat hidup sendiri. Dia kena ingat, hutang masa, hutang beban yang dia lempar dekat Anis dulu! Dari saat dia lahir, tak ada sikit pun dia senangkan Anis! Huh, abang bukannya ada pun waktu tu. Abang takkan faham apa yang Anis rasa sebelum ni," mengendur suara Yuhanis. Malas mahu bertekak. Suaminya tidak akan pernah faham apa yang dilalui sebelum ini.

"Sampai bila Anis nak hukum dia? Sampai bila? Sampai Anis mati? Sampai dia mati? Dia dah lama berubah Anis! Astaghfirullah– Tak boleh ke bersangka baik dengan anak? Anak yang Anis benci-bencikan sangat tulah yang selalu ada dekat rumah ni jaga kita berdua! Bagi makan pakai kita berdua! Dengan anak pun nak berdendam ke? Benda tu semua dah lama sangat dah Anis. Dia budak lagi waktu tu. Abang yang salah tak didik dia. Abang yang salah sebab tinggalkan awak sorang untuk jaga anak-anak kita. Hukumlah abang ni, bukan Angah! Janganlah jadi macam budak-budak. Entah perangai awak ni menurun ke Ayaz. Pening!" Bentak Syed Ali.

"Kenapa Ayaz pulak terlibat ni?" Soal Harraz tidak puas hati. Sedari tadi dia duduk bersandar di sofa ruang tamu memicit dahi mendengar pertengkaran ibu bapanya.

Niat asal dia dan ibunya untuk mengheret Julia adalah tidak lain tidak bukan ingin menyakitkan hati Raisa sahaja. Ingin memecah belahkan hubungannya dengan Hakim tetapi lain pula yang jadi.

Sudahnya, hilang mereka berdua tidak pulang ke rumah. Lagi bertambah rasa sebal di hati Harraz.

"Ayaz tak malu ke cakap pasal perasaan Yaz dekat Raisa depan suami dia. Depan abang sendiri? Dah berapa bulan dah diorang kahwin Yaz. Move on lah," keluh Syed Ali lagi.

"Sebab ni lah saya nak diorang keluar dari rumah ni Anis. Tak manis Raisa duduk sebumbung dengan Ayaz! Kalau Ayaz tak ada perasaan dekat dia tak apalah!"

"Habis tu, kalau dia keluar, siapa nak bayar semua keperluan kita dekat sini? Siapa nak beli barang dapur? Siapa nak tunaikan apa yang Anis nak? Siapa nak bagi kita duit belanja bulan-bulan? Siapa?! Kalau tak sebab Anis suruh dia duduk dekat sini, tanggung hidup kita semua ni, abang rasa abang mampu? Berapa sangatlah pencen abang tu. Memang sepatutnya dia lunaskan tanggungjawab dia dekat Anis! Nak-nak dulu dia dah selalu menyusahkan Anis!" Yuhanis membentak lantas menapak ke ruangan dapur.

KIM'S: HIS STELLA | C | ✔️Where stories live. Discover now