KIM-ICHA : BAB 46

1.3K 74 11
                                    

"Astagh-firullahalazim!" Pantas pintu ditutup rapat oleh Ku Adlee sebelum pekerja lain di luar dapat melihat kemesraan Hakim dan Raisa di dalam bilik itu.

Bingkas Raisa turun dari meja kerja Hakim dengan perasaan lega. Hampir luruh jantung melihat pintu terbuka dari luar saat dia berduaan rapat dengan suaminya.

"Abang ni, buat takut Icha je," memuncung bibir Raisa dan terus meraih tangan Ku Adlee untuk dicium.

Walau bekerja di dalam bangunan yang sama, jarang sekali mereka dapat bersua muka.

"Takut, tapi berani berdua-duaan dalam bilik. Kalau orang lain yang terjah masuk macam mana? Abang okay je korang kantoi-" sindir Ku Adlee.

Mata menjeling tajam pada Hakim yang sudah tergaru kepala dengan sengihan tidak bersalah.

"Aku pun okay je kalau kantoi. Adik bucuk kau yang tak nak," balas Hakim lalu duduk dia kembali ke kerusi empuknya.

Cebik Raisa lantas menuju ke pintu bilik untuk keluar menyambung kerja yang tertangguh. Melambai manja Raisa pada suaminya sebelum beredar keluar dari bilik itu dan terus menuju ke meja kerja Atiqah, ingin menyambung perbincangan mereka tadi.

Baru sahaja Raisa menyelak dokumen di sebelah Atiqah, terdengar suara yang amat dikenalinya memanggil dari muka pintu bilik pejabat Hakim.

"Icha-"

Diam semua yang berada di meja masing-masing. Memandang ke arah Raisa.

Keras tubuh Raisa di meja Atiqah. Atiqah sudah menyiku-nyiku lengan Raisa perlahan.

Pertama kali mereka melihat interaksi antara Raisa dan Ku Adlee setelah mengetahui status Raisa sebagai adik kepada lelaki itu.

"Icha sini kejap," panggil Ku Adlee lagi.

Raisa mengetap giginya geram. Bingkas dia bangun dan kembali masuk ke dalam bilik pejabat Hakim. Tidak diendahkan pandangan dari rakan-rakan yang lain.

Tertutup sahaja pintu, terus sahaja Raisa mencubit pipi Ku Adlee kuat.

"Lain kali, ambil je mikrofon, lepas tu panggil lah Icha banyak kali. Biar satu office ni tahu nama manja Icha-" mendatar bebelan Raisa dengan gigi diketap geram. Tidak lepas dia mencubit pipi Ku Adlee.

"Aduh Icha, sakitlah baby-" rengek Ku Adlee sambil menepis tangan Raisa perlahan.

Cubitan yang semakin berbisa. Manalah budak kecik ni mengasah cubit dia tu eh?

Terlepas tawa Hakim melihat drama dua beradik itu.

"Icha, come. Abang Lee awak nak tunjuk something. Meh tengok sama-sama," gamit Hakim sambil menepuk peha meminta Raisa untuk duduk di atasnya.

Mengecil sahaja mata Raisa. Mudah betul suaminya itu mengambil kesempatan. Pintu bilik dikunci. Risau kalau ada yang menerjah lagi ke bilik itu.

Raisa melabuhkan punggungnya di atas peha Hakim sambil mata terpasak pada skrin Macbook milik suaminya itu.

Berkerut dahinya melihat rakaman video yang sedang dimainkan. Walau kualiti video tidaklah memuaskan hati, tidaklah berbentuk HD, tetapi dia masih boleh cam akan figura di dalam video tersebut.

KIM'S: HIS STELLA | C | ✔️Where stories live. Discover now