Jam di dinding dikerling Aryssa. Tertelan air liur dia melihat Raisa hampir selesai menggaul kek batik di dalam kuali. Raina pula sibuk menekan-nekan kek batik yang lain di dalam loyang.
"Kak Aara nak ke? Tapi Icha tak penyekkan lagi dalam loyang," ujar Raisa.
Tersengih dia melihat Aryssa seperti tidak senang duduk berdiri di sebelahnya merenung kek batik yang sedang dia gaul di dalam kuali.
"Kak Aara nak please. Akak tak nak yang dah penyek. Akak nak cedok sikit yang dalam kuali ni boleh? Nak makan waktu coklat dia cair-cair lagi. Ish sedapnya Icha!" Kecur air liur Aryssa. Laju sahaja dia mengambil mangkuk kecil dan dihulur pada Raisa.
Terlepas tawa Raisa melihat gelojoh Arysaa setelah mendapat apa yang diingini.
Khusyuk kakak iparnya itu jamah kek batik di meja pulau di dapur. Sesekali Raifa mencuri sedikit dari mangkuk milik Aryssa.
"Sedapnya Icha! Untunglah family mertua Icha, dapat menantu pandai masak," puji Raifa.
"Thanks to Kak Aara! Kak Aara sifu Icha. Tak boleh lawan," sengih Raisa.
"Akak nak bersara masak lah. Bagi Icha dengan Ina pulak. Nak tunggu Rai, tak tahu lah bilanya," usik Aryssa sambil melanggar manja bahunya dan bahu Raifa.
"Rai bab masak ni minta ampun awal-awal lah. Rai nak kurangkan kadar kes kebakaran dekat Malaysia ni," balas Raifa tersengih.
"Aara? Makan apa tu?" Senyap dan keras tubuh semua yang berada di dapur apabila mendengar suara Ku Adlee menyapa.
Terbuntang biji mata Aryssa cuba menyembunyikan mangkuk kecil tadi. Pantas Raifa mengambil mangkuk itu dan di sorok di dalam bajunya yang longgar.
"Ta- tak makan apa-apa," jawab Aryssa menggeleng laju kepalanya. Terkebil-kebil matanya membalas pandangan Ku Adlee yang sudah semakin hampir.
Mengecil sahaja mata Ku Adlee memandang riak cemas Aryssa.
"Muka cemas tu kenapa? Ada lah tu makan benda bukan-bukan?"
Laju gelengan Aryssa.
"Cuba tengok, mana ada apa-apa," Aryssa menghulur tangannya yang kosong. Meja juga kosong. Hanya ada tiga loyang kek batik yang sedang Raina mampatkan.
"Aara nak makan apa boleh je, tapi jangan makan manis malam-malam, tak elok."
"Mana adalah abang, Kak Aara minum air kosong je. Lepas tu makan lemang sikit je tadi kan kak?" Raina menipu. Yakin wajahnya cuba menyelamatkan Aryssa.
Abangnya itu sejak jadi bapak orang, bakat berleter semakin lama semakin padu. Boleh melimpah tahi telinga kalau didengar sampai habis.
"Iya ke? Tak apalah kalau macam tu. Dah jom tidur. Abang mengantuk dah ni, jangan ikut perangai diorang ni. Suka tidur lambat buang-buang masa," perli Ku Adlee pada adik-adik perempuannya.
"Okay-" lemah sahaja Aryssa membalas. Pinggangnya diraih Ku Adlee untuk berlalu keluar dari ruang dapur.
Sempat Aryssa menoleh pada Raifa dengan bibir memuncungnya. Sedih tidak dapat habiskan kek batiknya tadi. Melambai lemah Raina dan Raisa pada kakak ipar mereka.
YOU ARE READING
KIM'S: HIS STELLA | C | ✔️
Romance3rd HIS Series Syed Hakim Mikael x Ku Amra Raisa Ku Amra Raisa tidak pernah menyangka kekalahannya pada permainan gunting-batu-kertas atau nama modennya Osom bersama dengan kembarnya telah menjadi satu titik perubahan terbesar di dalam hidup. Pertem...