KIM-ICHA : BAB 47

1.2K 76 25
                                    

Sibuk Azlinda dan Haziq di ruang tamu melayan tetamu yang terdiri daripada jiran-jiran kepada Yuhanis dan Syed Ali.

Raisa pula senyap sahaja di meja makan dapur menemani Syed Azim menjamah soto masakannya. Kebetulan tubuhnya juga semakin terasa lemah. Nafas di hidung mulai panas sehingga dia berasa sangat tidak selesa.

Lama juga tetamu mereka menikmati juadah di ruangan tamu di hadapan bagi menyambut hari jadi ibu mertuanya. Nasi tomato, ayam masak merah, acar timun, kuih cucur badak, kuih sagu, bihun goreng, semuanya dimasak dan dibuat oleh Azlinda sendirian. Harraz pula membelikan kek pandan lapis kegemaran ibunya untuk pencuci mulut. Raisa hanya menyumbang tenaga dalam membikin sup soto seperti yang dipinta Yuhanis sahaja. Niatnya ingin membuat kek batik tidak kesampaian memandangkan sedari pagi lagi tubuhnya sudah berasa tidak sedap.

Apabila jam di dinding sudah menunjukkan ke angka 7, beransur-ansur tetamu Yuhanis mula beransur pulang.

Beberapa kali bapa mertuanya mengajaknya untuk makan sekali, tetapi Raisa langsung tiada keinginan. Sanggup dia duduk bersama anak buahnya di meja makan.

Tiba-tiba teringat dia akan hadiah yang telah dibelikan buat ibu mertuanya tengahari tadi.

"Ajim, Mak Ngah nak naik atas sekejap ya?"

Mengangguk Syed Azim tersenyum. Kembali matanya terpasak pada telefon bimbit, bermain game.

Tidak sampai 5 minit, turun Raisa bersama satu beg kertas dan disua kepada ibu mertuanya sambil tersenyum. Berdebar juga Raisa. Pertama kali dia memberi sesuatu kepada ibu mertuanya.

"Ibu, nah hadiah dari kita. Sorry kalau tak kena dengan taste ibu," ujar Raisa perlahan.

"Wow, ibu dapat hadiah. Apalah budak kecik ni bagi eh ibu?" Terangkat-angkat kening Julia mengintai sekali isi dalam beg kertas.

Hadiah diberi Julia sudah selamat Yuhanis buka sebentar tadi. Dompet berjenama mewah menjadi pilihan Julia untuk diberikan pada ibu mertuanya itu.

Terangkat kening Yuhanis apabila tangannya mengeluarkan kotak berbaldu biru tua dari beg tersebut. Dibuka kotak tersebut dengan pantas. Terlopong mulut Yuhanis dengan pemberian Raisa yang langsung tidak dijangka olehnya.

"Kamu bagi ibu rantai tangan ni?" Soal Yuhanis tidak percaya.

Mengangguk Raisa tersenyum nipis.

"Ibu suka? Meh kita pakaikan." Raisa mengambil rantai tangan tersebut dan terus dililit pada pergelangan tangan Yuhanis.

Cantik elok terletak rantai tangan itu menghiasi pergelangan tangan halus milik ibu mertuanya.

"Cantiknya dekat tangan ibu!" Puji Azlinda pula.

Puas Yuhanis menilik rantai tangan itu sambil menyembunyi senyum.

"Berapa kamu beli ni. Mesti mahal. Berat ni," ujar Yuhanis.

"Susah-susah je Icha belikan yang mahal untuk ibu," sampuk Syed Ali di belakang.

Diperhati sahaja reaksi isterinya. Tadi bukan main mengumpat menantu mudanya itu bersama jiran-jiran. Bila dah dapat hadiah semahal itu, terus layanan pada Raisa berubah.

Tergeleng kepala Syed Ali. Bukan dia tidak tahu, selama ini Yuhanis melayan Julia balik, menyanyangi Julia lebih dari menantu lain pun kerana wanita itu selalu mewahkan dia. Selalu memberikan wang, selalu membelanjakan dia barang yang diingini.

"Tak apa walid, memang Icha dah niat nak bagi ibu- ibu suka? Sorry kalau tak kena selera ibu. Kita minta orang tu suggest mana yang sesuai," senyum Raisa lagi.

KIM'S: HIS STELLA | C | ✔️Where stories live. Discover now