Berjalan Hakim dari kotak parkir keretanya di besmen pejabat menuju ke lif untuk naik ke tingkat tiga. Jam di tangan dikerling Hakim. Masih awal.
Sewaktu dia menurunkan Raisa di lobi tadi pun keadaan masih lengang dan sunyi.
Ting!
Terbuka pintu lif. Keluar Hakim dan terus berjalan menuju ke bilik pejabatnya. Semakin perlahan langkah kakinya lalu terhenti apabila melihat meja kerja Raisa masih kosong.
Berkerut dahinya, berpusing tubuh mencari keberadaan isterinya yang sepatutnya sudah tiba.
'Mana pulak budak ni? Selalu dia dah ada dekat meja time aku naik,' bisik Hakim di dalam hati.
Sejak mengetahui Raisa sudah berbadan dua, jadi semakin risau Hakim jika isterinya itu jauh dari pandangan mata. Sudahlah nakal, licik pulak tu. Semakin kepala batu.
Meliar mata Hakim ke segenap ruang pejabat di tingkat tiga itu tetapi tidak kelihatan bayang si isteri. Telefon bimbit dikeluarkan dari kocek lantas menghubungi Raisa.
Satu dering, dua dering, tiga dering.
Masih tidak bersambut. Melangkah Hakim pantas ke arah lif. Dengan niat ingin turun ke lobi mencari Raisa.
Pintu lif terbuka, terhenti langkah kaki kanan Hakim yang sudah terangkat ingin masuk ke dalam lif.
Kelihatan wajah ceria Raisa sedang menyedut air coklat di tangan kanan. Tangan kiri pula sedang memeluk beg kertas berisi makanan.
"Gosh sayang! Abang ingat sayang pergi mana. Meja kosong. Kenapa tak cakap nak singgah kafe bawah tu? Risau abang!" Bebel Hakim sambil menghalang Raisa untuk keluar dari lif tersebut.
Hakim melangkah masuk dan menekan punat untuk menutup pintu lif. Punat tingkat 8 iaitu tingkat paling atas ditekan Hakim.
"Eh eh, kenapa naik atas?" Terundur Raisa ke belakang apabila Hakim mula mendekatinya.
"Ish abang jangan macam-macam eh. Jangan nak terpengaruh movie sangat!" Raisa memberi amaran apabila Hakim sudah memagar tubuhnya di dinding lif itu.
"Itu lah, abang teringin nak cuba, apa rasa cium Icha dekat dalam lif macam ni," sengih Hakim lantas mengucup bibir Raisa lama.
Ting!
Pintu lif terbuka luas betul-betul di tingkat 8 yang masih sunyi. Hakim melepaskan ciumannya dari Raisa dan kembali menekan punat untuk ke tingkat tiga pula.
Memincing halus mata Raisa pada Hakim yang sudah menarik tubuhnya untuk dipeluk erat. Mendongak dia memandang Hakim yang sedang tersenyum gembira.
"So, abang rasa apa bercium dalam lif?" Jeling Raisa menyindir.
"Rasa coklat."
Terangkat kening Raisa memandang suaminya dan tertancap matanya pada air coklat di tangan.
"Ooh. Suka ke rasa coklat? Kalau nak cuba perisa lain, Icha beli perisa lain pulak esok," sengih Raisa memerli.
Terlepas tawa Hakim.
"Nakal–" ujar Hakim. Dilepas pelukan dari Raisa saat pintu lif terbuka.
YOU ARE READING
KIM'S: HIS STELLA | C | ✔️
Romance3rd HIS Series Syed Hakim Mikael x Ku Amra Raisa Ku Amra Raisa tidak pernah menyangka kekalahannya pada permainan gunting-batu-kertas atau nama modennya Osom bersama dengan kembarnya telah menjadi satu titik perubahan terbesar di dalam hidup. Pertem...