Terkinja-kinja Ku Adra dan Ku Adam gembira menerima bungkusan hadiah sebesar tubuh mereka. Erat Ku Adam memeluk Hakim dan mencium pipi Hakim bertalu-talu tanda terima kasih. Begitu juga dengan Ku Adra. Habis digomol pipi Raisa dek Ku Adam dan Ku Adra juga. Tanda terima kasih.
"Tikiu Cik Yicha, tikiu Uncle Kim!" Serentak Ku Adam dan Ku Adra berterima kasih. Dan terus mengoyak bungkusan hadiah.
Buat bertambah melompat lagi si kembar apabila sudah melihat isi bungkusan berbalut cantik dengan pembalut hadiah itu.
Set LEGO kegemaran mereka berdua menjadi pilihan Raisa dan Hakim untuk diberi pada dua si kecil itu untuk hari jadi mereka yang ke-tiga tahun.
"Hah, bertambah sayanglah Adam dengan uncle Kim dia tu," komen Aryssa sambil mata melirik pada anak-anaknya yang khusyuk membelek hadiah yang diterima.
"Apa salahnya. Saya dah anggap macam anak saya dah," senyum Hakim sambil mengusap kepala Ku Adam dan Ku Adra.
"Nak tunggu anak sendiri, lambat lagi ye dak? Ke, dah ada yang on the way?" Tanya Ku Adlee nakal.
"Eii, dia ni!" Raisa sudah bangun berura-ura ingin melempar bantal kecil yang ada di sofa itu ke arah Ku Adlee.
Terkekek semua ketawakan wajah merah Raisa. Langsung dia tidak memandang Hakim yang sudah tersenyum senget menongkat pipi memandangnya.
Menggeleng sahaja Kamilah melihat telatah anak bongsunya dari jauh. Sengaja dia berpura-pura sibuk melayan tetamu yang kebanyakannya dari rakan-rakan Ku Adlee dan arwah suaminya juga.
Kamilah rindu. Siapa kata dia tidak rindu pada Ku Amra Raisa? Tetapi ego tidak mahu menegur anaknya itu mengatasi segalanya. Puas juga dia memujuk Ku Adlee untuk pastikan Raisa dan Hakim menghadiri majlis hari jadi cucu-cucunya di banglo mewah milik Ku Adlee dan Aryssa itu.
Dapat lihat anaknya dari jauh, sihat dan ceria sahaja sudah cukup.
"Kak Lea! Comel gila Aila! Eii, nak culik lah!" Puas Raisa menggomol Elaila Airin anak buah kepada kakak iparnya itu.
"Baru pegang sekejap dah menangis. Tak sempatlah Icha nak culik, confirm bergema satu kawasan perumahan ni dengan raung suara jaguh dia tu," cebik Eleanor geram.
Berebut Raifa dan Raina akan Elaila dari tangan Raisa. Terpaksalah Raisa mengalah lalu duduk bersimpuh berdekatan Eleanor dan Aryssa.
Sudah alang-alang dapat berjumpa dengan wanita kacuk ini, baiklah Raisa cuba utarakan hasratnya.
"Kak Lea, kita dah nak habis praktikal," ujar Raisa membuka kata.
Terangkat kening Eleanor memandang Raisa.
"Okay, Ina pun sama kan?" Soal Eleanor.
Mengangguk Raisa.
"Lepas habis praktikal ni, boleh ke Icha nak apply kerja dekat Emerald? Ada kosong tak untuk Icha?" Segan-segan Raisa bertanya.
"Ooh, serius Icha nak kerja dengan Emerald? Boleh! Icha hantar resume dekat akak, akak minta HR proseskan. Tapi Icha sorang je lah eh? Ina kata dia nak try tempat lain pulak," beritahu Eleanor.
YOU ARE READING
KIM'S: HIS STELLA | C | ✔️
Romance3rd HIS Series Syed Hakim Mikael x Ku Amra Raisa Ku Amra Raisa tidak pernah menyangka kekalahannya pada permainan gunting-batu-kertas atau nama modennya Osom bersama dengan kembarnya telah menjadi satu titik perubahan terbesar di dalam hidup. Pertem...