"Ha, tu Adiba dah sampai. Tak ada orang lagi. Abang turunkan barang Icha. Nanti tunggu dengan Adiba okay?" Pesan Hakim sambil menghulur tangannya untuk Raisa cium seperti kebiasaan apabila sampai di lobi pejabat.
"Okay, nanti jumpa sana tau. Kalau rasa nak mati cepat, drive lah laju-laju," pesan Raisa pula.
Terlepas tawa Hakim mendengar pesanan penaja berbaur ugutan dari isterinya itu.
"Mulut tu- cuba pesan elok-elok!" Hakim mencubit bibir mungil Raisa yang sudah tersengih nakal.
Tangan Hakim dicium Raisa seperti biasa. Tiba-tiba terasa tengkuknya ditarik lembut rapat ke wajah Hakim. Dahi Raisa dikucup lembut oleh suaminya.
Terkaku Raisa. Bukan tidak biasa dicium Hakim di dahi tetapi bukanlah di tempat awam begini!
Meliar mata Raisa memerhati sekeliling. Tiada siapa. Hanya ada Adiba, itu pun sibuk wanita itu sedang bercakap di telefon membelakangkan kereta merah Hakim.
Raisa memegang wajah Hakim lalu mencium kedua belah pipi suaminya itu pantas dan terus keluar dari kereta tanpa berkata apa-apa.
Berlari anak dia pada Adiba. Menanggung rasa malu yang tiba-tiba menerjah. Bukan Raisa lah kalau buat sesuatu perkara tanpa berfikir dahulu.
Hakim masih terpana di kerusi pemandu. Kali kedua wajahnya dicium isteri. Tertawa kecil dia melihat Raisa sudah berdiri di sebelah Adiba sambil memandang ke arah lain dengan wajah merona merah.
Tergeleng kepala Hakim lalu keluar dari kereta untuk mengeluarkan bagasi kecil milik isterinya itu dan diletakkan di sebelah bagasi Adiba.
Sempat Hakim menunduk pada Raisa yang hanya setinggi dadanya itu.
"Nakal-nakal ni ada hukuman tau," bisik Hakim dengan senyuman senget sebelum berlalu ke keretanya semula.
Terkebil-kebil Raisa tersengih lalu melambai pada Hakim yang sudah bergerak masuk ke lorong parkir tingkat bawah tanah memandangkan suaminya akan bergerak ke Pulau Pangkor bersama Ku Adlee.
Setiap dua tahun KR Builders akan menganjurkan Hari Keluarga buat seluruh pekerja. Pada tahun ini, Pulau Pangkor menjadi tempat pilihan ahli pengurusan tertinggi di KR Builders selama dua hari satu malam.
Selama dua hari satu malam itu jugalah Raisa perlu tidur jauh dari Hakim. Mana mungkin mereka tidur sebilik. Awal-awal lagi Hakim sudah menyuruh Adiba untuk sebilik dengan Raisa dan sentiasa mengawasi Raisa bagi pihak dirinya.
Risau Hakim kalau-kalau tidak dapat menjaga Raisa memandangkan pergerakan mereka juga terbatas.
"Uish, ngam-ngam awak dah sampai, baru diorang sampai tu. Kalau tak, kantoi je nanti nampak awak keluar dari kereta bos," ujar Adiba sambil memuncung bibir menunjukkan kedatangan pekerja lain yang baru sahaja sampai di perkarangan lobi pejabat.
Tergaru kepala Raisa. Lega juga sempat sampai sebelum yang lain tiba.
"Bukan main eh kiss kiss dalam kereta? Ingat akak tak nampak ke?" Mengecil mata Adiba tersengih.
Terlopong mulut Raisa.
"Akak nampak?!"
"Nampak, lepas tu terus akak pusing pandang tempat lain. Ish korang ni, hati-hatilah sikit. Nak berahsia tapi boleh tahan masing-masing nak menunjuk tu!" Bebel Adiba dengan jelingan manjanya. Bebel-bebel manja.
YOU ARE READING
KIM'S: HIS STELLA | C | ✔️
Romance3rd HIS Series Syed Hakim Mikael x Ku Amra Raisa Ku Amra Raisa tidak pernah menyangka kekalahannya pada permainan gunting-batu-kertas atau nama modennya Osom bersama dengan kembarnya telah menjadi satu titik perubahan terbesar di dalam hidup. Pertem...