Menadah tangan Raisa mendengar doa berbuka puasa dan doa makan yang dibaca suaminya itu. Tidak sempat Raisa ingin mengaminkan doa, sambung pula lagi Hakim dengan doa yang boleh dikatakan tidak pernah Raisa dengar atau tahu.
"Wa'alqaytu 'Alayka Mahabbatan Minnii Walitusna'a 'Alaa 'Ainii. Aamiin." Hakim menghabiskan doanya lalu meraup wajahnya tenang.
Senyum Hakim memandang tepat ke wajah Raisa. Menyerlahkan gigi cantiknya bersama jenis senyuman yang mampu melonggarkan segala sendi di tubuh. Hampir lupa Raisa akan mereka yang sedang berada di tempat awam.
Kedua tangannya meraup wajah, mengaminkan doa yang dibaca Hakim tadi.
"Doa apa tu abang? Kita tak pernah dengar pun?" Soal Raisa ingin tahu. Air kosong di sebelah kanannya diminum Raisa separuh.
"Doa pengikat kasih sayang suami isteri. Abang harap hubungan kita boleh kekal sampai bila-bila and abang harap jugak kita boleh grow rasa sayang towards each other," ujar Hakim ikhlas.
Merah wajah Raisa mendengar ayat yang ditutur Hakim. Nampak akan keikhlasan Hakim untuk mengemudi layar perkahwinan mereka dengan serius. Bukan hanya kerana terpaksa. Sedikit sebanyak lega hati Raisa.
Setidak-tidaknya, dia boleh bergantung pada lelaki yang sudah dipertanggungjawab untuk menjaga dirinya.
"Aamiin. Terima kasih terima kita, terima kasih abang serius dengan kita," ucap Raisa. Bibir diketap segan.
"Once abang setuju nikah dengan Icha, maknanya abang memang serius untuk commit dengan hubungan kita ni Icha," balas Hakim.
Mengangguk-angguk Raisa faham. Tersenyum riang Raisa dan mula mengambil garfu di sebelah kiri pinggannya.
"Abang, kita makan dulu boleh? Terima kasih belanja kita makan sini!" Ucap Raisa gembira lalu tangannya mula menyudu sepotong kek Red Velvet di piring. Dibiarkan separuh lagi untuk Hakim.
Disudu pula Cheese Cake gebu montok di piring yang sama lalu menyuap masuk ke dalam mulut. Terpejam-pejam mata Raisa menikmati sambil tersenyum.
"Sedapnya! Patutlah mahal eh?" Komen Raisa terangguk-angguk.
"Sedap kan? Sebab tu abang tak kisah labur sikit dekat sini. Abang kalau bab makan, mahal sikit pun tak apa janji puas hati. Icha kalau ada tempat yang Icha teringin nak makan, just tell me. Abang bawakan Icha. Abang suka jamu orang makan sedap-sedap," senyum Hakim melihat respon Raisa berpuas hati dengan restoran kegemarannya itu.
"Hmm, kita teringin makan dekat Sopoong. Nanti bila-bila kita makan sana boleh?"
"Apa tu? Tak pernah dengar."
"Ala, korean food. Abang makan korean food tak?" Soal Raisa.
Menggeleng kepala Hakim. Pernah dia cuba makan sebelum ini tetapi tidak serasi dek tekaknya.
"Ala, tak boleh lah ajak abang makan dekat situ," memuncung bibir Raisa.
"Eh, boleh je abang bawa Icha. Tapi abang tengok je lah Icha makan," senyum Hakim. Comel pulak budak ni muncung-muncung macam tu!
Selesai menjamah makanan manis, terus di ambil piring berisi pasta pula dan menjamahnya sedikit. Baki separuh lagi ditinggalkan buat suaminya untuk dihabiskan.
YOU ARE READING
KIM'S: HIS STELLA | C | ✔️
Romance3rd HIS Series Syed Hakim Mikael x Ku Amra Raisa Ku Amra Raisa tidak pernah menyangka kekalahannya pada permainan gunting-batu-kertas atau nama modennya Osom bersama dengan kembarnya telah menjadi satu titik perubahan terbesar di dalam hidup. Pertem...