KIM-ICHA : BAB 45

1.4K 67 17
                                    

Terlena Raisa di kerusi penumpang di sebelah. Nampak letih raut wajahnya. Tersenyum Hakim. Semakin lama semakin geram dia dengan isteri sendiri. Tidur pun comel!

Dikerling jam di pergelangan tangannya. Hampir 11 malam tetapi kelihatan ruang tamu rumah masih terang menandakan penghuni di dalam masih berjaga.

Hakim mematikan enjin lantas keluar dari kereta dan menuju ke pintu penumpang di sebelah. Pintu dibuka dan menunduk Hakim pada isterinya. Tali pinggang keledar Raisa ditanggalkan Hakim. Tangan kiri sudah menyeluk di belakang pelipat lutut Raisa manakala tangan kanannya berada di belakang tubuh isterinya itu dengan niat ingin mencempung sahaja masuk ke dalam rumah.

Tidak sempat dia mengangkat, terasa bahunya dilepuk tangan halus.

"Abang nak buat apa?" Soal Raisa mamai. Tetapi kepala sudah dilentokkan ke bahu Hakim.

"Nak angkat awak lah princess. Dah, tidur, tidur," balas Hakim.

Celik terus mata Raisa melihat sekeliling.

"Tak nak! Tak nak dukung!" Raisa menampar-nampar lengan Hakim supaya melepaskan dirinya dari cempungan Hakim.

"Okay okay. Dah sedar betul ke ni? Boleh jalan? Waras dah?"

Mengangguk laju Raisa pantas dia keluar dari perut kereta.

"Fuh, nasib Icha sedar, kalau tak, buat malu je nanti ibu nampak abang dukung Icha lagi," jeling Raisa geram.

"Icha kan selalu tidur tak ingat dunia. Abang cuit-cuit pun susah Icha nak terjaga. Baik abang angkut je," bidas Hakim sambil tangannya menarik tangan Raisa lembut.

Hakim memberi salam dan melangkah masuk ke dalam rumah. Berkerut dahinya melihat ibu bapanya yang masih belum tidur. Sedang khusyuk menonton perlawanan bola.

"Tak tidur lagi walid? Lewat dah," sapa Hakim.

"Ada bola ni. Sekejap lagilah walid masuk tidur–"

"Hari-hari balik lewat. Merayap ke mana?" Sampuk Yuhanis dengan jelingan tajam pada Raisa

Terkebil-kebil Raisa di sebelah Hakim apabila dijeling dek ibu mertuanya itu.

'Aik, apa salah kita? Jeling-jeling kita pulak!' Cebik Raisa.

Tidak sempat Hakim ingin menjawab, muncul pula Harraz yang baru sahaja menuruni tangga dari tingkat atas. Berhenti betul-betul di hadapan Raisa dan merenung isterinya tajam.

"Amra, we need to talk." Tegas suara Harraz menampar gegendang telinga Raisa.

Menoleh Syed Ali dan Yuhanis memandang Harraz pelik. Wajah Hakim pula sudah kelihatan tegang.

"Cakap dengan aku," balas Hakim mendatar.

"Ni urusan aku dengan Amra–" jeling Harraz meluat.

Kembali matanya beralih ke wajah pujaan hati.

Marah.

Dia marah dengan wanita yang berada di hadapannya itu tetapi di dalam masa yang sama, dia terlalu sayangkan Raisa sehingga perasaan marah yang menguasai dirinya tadi berubah kepada rasa kecewa dan sedih. Terlalu sedih dengan apa yang Raisa lakukan. Sesanggup itu Raisa cuba buat untuk menjauhkan dirinya dari mendekati wanita itu.

KIM'S: HIS STELLA | C | ✔️Where stories live. Discover now