Warning: Mature Content
Menunggu Hakim di luar tempat persalinan wanita, hampir sepuluh minit dia berdiri menanti Raisa selesai menukar pakaian kotor. Begitu juga dengan Hakimi. Berpeluk tubuh menanti Raina.
"Lama eh?" Gumam Hakimi.
"Kena faham, diorang banyak benda kecik-kecik nak kena tukar," balas Hakim bersahaja.
"Aaa, betul lah tu. Tu belum macam-macam nak tepek dekat muka lagi."
Mengangguk Hakim setuju.
"Takat kita ni, tukar baju dengan seluar je pun. Paling koman seluar dalam. Tu kalau kau pakai lah-" balas Hakim pula.
"Pakai doh."
"Aku kata kalau. Terasa kenapa?" Sengih Hakim diselangi tawa kecil.
Mencebik Hakimi memandang Hakim dengan ekor mata sahaja. Atas bawah dia memandang Hakim. Mula menghakimi di dalam hati.
'Badan tip top. Muka high class. Handsome bai. Bawa BMW X4. Confirm confirm gaji 5 angka ni. Phewww. Jauhnya beza suami kembar awak dengan boyfriend awak Ina,' keluh Hakimi mula berasa rendah diri.
Terasa bahunya dicuit dari belakang.
"Jom balik!" Ajak Raina pada Hakimi.
"Jom. Tapi singgah masjid dulu boleh? Takut tak sempat Zohor," balas Hakimi.
"Eh, Ina tak ikut kitorang?" Sampuk Hakim.
Sambil itu tangannya mengambil beg sandang dari bahu isterinya lalu dipikul pada bahunya pula.
"Tak Abang Kim. Ina balik dengan Kimi je. Thank you belanja kitorang and teman Ina dengan Icha!"
Mengangguk Hakim tersenyum sebelum mengenggam tangan Raisa selepas melambai Hakimi dan Raina.
"Kenapa senyap ni?" Soal Hakim sambil mencuit dagu Raisa sekilas.
"Icha mengantuk-" terkebil-kebil mata Raisa yang sudah berair akibat baru lepas menguap.
Letih terasa tubuh badannya setelah separuh hari bermain air tidak ingat dunia.
"Icha, kita tidur hotel dekat sini nak? Abang pun malas nak balik rumah hari ni. Esok abang ambil cuti lah," cadang Hakim.
"Hah? Seriuslah? Tapi Icha tak bawa baju extra. Abang pun kan?"
"Kita beli lah. Mall sekangkang kera je. Jom. Larat lagi ke ni nak jalan?" Soal Hakim.
Terus segar biji mata Raisa. Ajak jalan-jalan kan? Siapa tak nak! Dapat pula shopping baju-baju baru. Hik hik!
Selesai membeli beberapa helai t-shirt, blouse dan seluar untuk mereka, melangkah kaki Hakim menuju pada butik pakaian dalam. Selamba sahaja dia mengambil boxer dan seluar dalam lelaki masuk ke dalam bakul.
Kemudian meliar matanya pada baju dalam perempuan.
"Icha selalu pakai yang macam mana? Pilihlah. Abang tak tahu," berundur Hakim memberi ruang pada Raisa untuk memilih corak, saiz dan material yang berkenan di hati.
YOU ARE READING
KIM'S: HIS STELLA | C | ✔️
Romance3rd HIS Series Syed Hakim Mikael x Ku Amra Raisa Ku Amra Raisa tidak pernah menyangka kekalahannya pada permainan gunting-batu-kertas atau nama modennya Osom bersama dengan kembarnya telah menjadi satu titik perubahan terbesar di dalam hidup. Pertem...