Meriah dapur rumah agam dengan sesi bergosip di antara Raina, Raisa, Raifa dan Aryssa. Tangan masing-masing galak menyediakan bahan memasak kecuali Raifa.
Awal-awal lagi sudah menyerah untuk tidak campur. Lebih rela menjaga Ku Adra dan Ku Adam. Berbeza dengan Raina dan Raisa yang sudah biasa dan mahir di dapur seperti Aryssa.
Jarum jam sudah menginjak ke pukul 6 petang. Sempat Raina dan Raisa bergegas pulang dari tempat kerja untuk membantu Kamilah dan kakak ipar mereka bagi menyediakan bahan untuk memasak.
"Kak Aara, tak sunyi ke duduk dekat banglo akak tu bertiga je time Abang Lee kerja? Dah lah sekarang Abang Lee asyik sibuk, balik lambat," soal Raisa sambil tangannya sibuk memotong bahan untuk menggoreng bihun.
"Tak sunyi sebab budak berdua ni je dah macam ada sepuluh orang dekat dalam rumah tu. Kadang-kadang tersandar akak melayan sepah rumah diorang kerjakan," balas Aryssa.
"Mama rasa Aara kena hire maid lah. Mana larat Aara nak buat semua. Rumah makin besar. Dengan mengandungnya lagi tu," sampuk Kamilah yang baru sahaja tiba di dapur usai solat Asar.
"Adlee tengah cari mama. Kalau mama ada kenal yang baik-baik macam Kak Yanti dengan Tina, bagitahu Aara ya?" Senyum Aryssa.
Puas dia bertelagah dengan Ku Adlee menolak untuk tidak mempunyai pembantu rumah. Tetapi Ku Adlee berkeras juga kerana tidak sampai membiarkan Aryssa keseorangan mengurus rumah dan anak-anaknya.
"Okay Aara. Nanti mama bagitahu kalau ada jumpa yang okay. Haih, tak sabar mama nak tunggu baby Aara keluar. Rindu betul mama dengan bau baby! Nak tunggu Rai kahwin? Hmm layan Adra dengan Adam je lah mama," juih bibir Kamilah sambil menongkat tangan di dagu. Duduk di meja makan tanpa berbuat apa-apa bagaikan permaisuri.
"Kalau Rai kata, Rai dah ada calon, mama okay tak?" Soal Raifa juga menongkat dagunya merenung wajah Kamilah tersenyum.
Terbuntang mata Kamilah, Raina dan Aryssa memandang Raifa yang sudah tersengih-sengih.
"Rai dah ada boyfriend?! Serius?!" Soal Kamilah teruja.
Semua mata tertumpu pada Raifa menunggu pengesahan dari gadis itu. Raisa yang sedang khusyuk menggoreng bihun membelakangkan mereka sudah tersenyum senget. Puas dia menahan diri untuk tidak membocorkan rahsia kakaknya itu dari Kamilah dan Raina.
"Siapa dah ada boyfriend? Rai?" Suara garau menyampuk tiba-tiba di ruangan dapur.
"Eh, Abang Lee?! Dah sampai? Cepatnya! Lagi sejam nak berbuka. Kitorang tak habis masak lagi!" Bangun Raina mula kelam kabut menuju ke ruangan dapur basah untuk mula menumis sayur.
Aryssa pula santai memotong kek batik dan puding karamel yang dibuatnya dari rumah.
"Meeting settle awal, abang baliklah awal. Hai baby, hari ni okay? Baby dalam perut nakal?" Tegur Ku Adlee bertinggung dia di sebelah kerusi Aryssa setelah mencium dahi isterinya itu.
"Tak nakal, baik je macam Aara," balas Aryssa.
"Baik selalu ikut abang, nakal-nakal kuat penyepak semua ikut Aara. Lupa ke?" Mengecil mata Ku Adlee memandang wajah cantik Aryssa yang sudah tersenyum nakal.
"Alahai, ni bulan puasa tau. Hormat orang single please!" Jerit Raisa dari ruangan dapur basah itu.
Bangun Ku Adlee terjuih bibir tidak puas hati.
YOU ARE READING
KIM'S: HIS STELLA | C | ✔️
Romance3rd HIS Series Syed Hakim Mikael x Ku Amra Raisa Ku Amra Raisa tidak pernah menyangka kekalahannya pada permainan gunting-batu-kertas atau nama modennya Osom bersama dengan kembarnya telah menjadi satu titik perubahan terbesar di dalam hidup. Pertem...