Terkebil-kebil Raisa memandang figura lelaki yang sudah berdiri bertentangan dengannya. Lelaki kemas dan wangi, berkemeja hitam. Lengan baju disinsing sehingga ke lengan, menambahkan lagi aura tampan lelaki itu yang sedang tersenyum lebar memandang ke arahnya.
"Saya tahu, awak akan datang juga cari saya Amra," senyum senget Harraz memandang gadis pujaannya yang jelas terpempan dan terkedu dengan kehadirannya di situ.
"Ap-apa awak buat dekat sini?" Tergagap Raisa seperti tidak percaya.
"What do you mean? I'm working Amra- oh, let me introduce myself. Hai, saya Syed Harraz Malieq. Quantity Surveyor. 27 years old. Pencinta Amra Raisa dulu, kini dan selamanya. Selamat berkenalan," senyum Harraz sambil mencapai tangan Raisa untuk berjabat.
Terkedu Raisa lantas menarik tangannya dari genggaman Harraz.
"Harraz! Apa ni?!" Sergah Raisa separa berbisik.
Tidak mahu menarik perhatian pekerja yang lain. Berundur Raisa beberapa langkah ke belakang.
"Eh, kenapa ni? Korang dah kenal ke?" Soal Vivy yang tiba-tiba muncul di antara mereka berdua.
"Adik ipar kita!" Balas Raisa pantas.
Sebelum Harraz menjawab yang bukan-bukan, baik Raisa berterus terang sahaja.
"Eh, serius?! You tak tahu ke QS baru ni adik ipar you Icha?"
"Saya saja nak surprise dia," balas Harraz tersenyum. Kening diangkat-angkat pada Raisa nakal.
"Senanglah macam tu! Icha jaga payment projek Trolak, you pun sama kan Harraz?"
Mengangguk Harraz tersenyum.
"Selamat bekerjasamalah macam tu!" Ucap Vivy mesra sambil menepuk-nepuk bahu Raisa lembut dan terus berlalu ke meja rakan kerja yang lain.
Sambung menyembang. Bos tak ada dekat office lah tu! Bukan main rancak amoi tu bersembang.
"Ke-kenapa awak tukar tempat kerja?" Soal Raisa.
"Saya rasa awak tahu kenapa."
"Kita tak tahu. Kita bukan bomoh nak baca-baca fikiran orang," balas Raisa mendatar.
"Dua sebab saya tukar company. For career development and of course because of you. Dekat rumah susah sangat nak jumpa awak. Sekarang ni, hari-hari saya dapat jumpa awak- macam ni," kenyit mata Harraz nakal.
"Stop it Harraz. Profesional please," keluh Raisa.
Dugaan apa lagi lah ni. Ada sahaja benda yang membuatkan dia jadi tawar hati untuk bekerja.
"Okay sorry. Saya boleh profesional. Janji dapat tengok muka awak, dengar suara awak, dah cukup untuk hari-hari saya." Senyum Harraz.
Tangan dihulur pada Raisa.
Berkerut dahi Raisa melihat huluran tangan Harraz padanya.
"Nak apa?!" Soal Raisa garang.
"Tu, dokumen apa awak pegang tu? Ada nak tanya saya apa-apa ke? Kata profesional? Saya nak dokumen tu. Tapi kalau awak nak bagi tangan awak pun boleh," sengih Harraz lagi.
YOU ARE READING
KIM'S: HIS STELLA | C | ✔️
Roman d'amour3rd HIS Series Syed Hakim Mikael x Ku Amra Raisa Ku Amra Raisa tidak pernah menyangka kekalahannya pada permainan gunting-batu-kertas atau nama modennya Osom bersama dengan kembarnya telah menjadi satu titik perubahan terbesar di dalam hidup. Pertem...