KIM-ICHA : BAB 62

3.2K 146 21
                                    

"Hah, hidup lagi rupanya menantu dari neraka ni," sambut Yuhanis dingin.

Tersentak Raisa apabila mendengar suara lantang yang sudah lama dia tidak dengari.

Suara tajam diiringi kata-kata kejam yang sentiasa melukakan hati rapuh Raisa.

"Menantu apa kamu ni?! Dah lah heret anak lelaki ibu keluar rumah tak balik-balik! Lepas tu, main kirim-kirim makanan dekat walid. Tak reti nak datang sendiri bagi? Kamu ingat kamu siapa?!" Herdik Yuhanis sepuas hati.

"Bukan ibu kata ibu tak ada anak lelaki bernama Syed Hakim Mikael?" Soal Raisa dingin lantas mematikan talian.

Tut tut tut.

Demi menjaga hatinya, biarlah tindakannya itu dianggap kurang ajar oleh ibu mertuanya itu. Dia sudah tidak betah lagi menahan caci maki Yuhanis.

Menggigil tangannya cuba menahan perasaan yang tidak terluah. Nafas ditarik dalam dan dilepas perlahan.

Berulang kali. Sehingga diri kembali tenang.

Raisa meletakkan telefon bimbitnya di meja solek dan terus melangkah ke arah wardrobe bilik untuk mengambil seluar palazo dan disarung ke kaki. Selendang dicapai Raisa dan terus turun ke tingkat bawah.

Mangkuk tingkat bercorak vintage yang telah berisi Mi Kari di atas meja pulau Raisa capai dan terus ke pintu utama rumahnya.

Perlahan Raisa menapak ke rumah jiran di sebelah kanan. Loceng rumah ditekan Raisa.

Sabar menunggu sambil kaki terjingkit-jingkit. Ada hati ingin mengintai di sebalik pagar tinggi itu.

Terundur kaki Raisa apabila pintu pagar terbuka secara automatik.

Tersenyum mesra dia melihat figura wanita anggaran umur seperti baya-baya ibunya itu keluar dari rumah menuju ke arahnya.

"Assalamualaikum, mak cik," Raisa memberi salam sopan.

Tersenyum juga wanita itu menyambut salam Raisa.

"Waalaikumussalam, nak jumpa siapa?"

"Err, kita jiran mak cik dekat sebelah ni. Raisa. Kita baru je pindah sini. Tadi kita ada masak lebih Mi Kari, nak bagi dekat mak cik," beritahu Raisa mesra sambil menghulur mangkuk tingkat itu.

"Oh, awak duduk sebelah ni ke? Suami acik ada bagitahu yang ada orang baru masuk dekat sebelah ni. Tapi tak sempat lagi nak berjumpa kan. Panggil acik, Cik Jila je. Pak cik dekat dalam. Eh, nak masuk tak? Boleh sembang-sembang kenal-kenal," pelawa Cik Jila ceria.

Tidak sempat Raisa ingin bersuara, terdengar deruman kereta lalu di belakang Raisa dan masuk ke dalam ruang parkir di rumahnya.

"Ha, dah sampai rumah dah dia," gumam Raisa sambil mengintai akan Hakim yang baru sahaja keluar dari kereta dan terus menuju ke arahnya.

"Assalamualaikum cik," sapa Hakim mesra.

"Waalaikumussalam... acik baru je ajak adik awak masuk kenal-kenal, sembang-sembang. Jom lah masuk!" Ceria Cik Jila mempelawa sekali lagi.

"Eh, ni isteri saya. Bukan adik," sela Hakim. Kepala digaru walau tidak gatal.

"Eh, Ya Allah, ingatkan adik beradik! Muda sangat nampak! Macam budak-budak lagi! Sorry sorry!"

KIM'S: HIS STELLA | C | ✔️Where stories live. Discover now