Serentak kaki Hakim dan Raisa melangkah menuruni tangga untuk ke tingkat bawah. Kelihatan Syed Ali sudah menanti mereka di sofa sambil menatap telefon bimbit leka tidak perasan akan kehadiran pasangan itu.
"Cepatnya walid siap! Mesti walid excited kan nak jumpa cucu baru?" Sengih Raisa menyapa bapa mertuanya sambil melabuhkan punggung di sofa berdekatan.
Hakim pula sudah keluar dari rumah untuk menghidupkan enjin, menyejukkan kereta dengan menghidupkan penghawa dingin sebelum semua masuk ke dalam kereta.
"Mestilah walid excited. Cucu walid nombor tiga tu! Nanti nombor empat, Insyaallah dari Icha pula. Walid berdoa moga Allah titipkan rezeki anak buat Icha dengan Angah," senyum Syed Ali dengan wajah berharapnya.
"Tapi Icha rasa Icha muda lagi nak ada anak kan walid?" Soal Raisa menongkat dagu di sofa memandang bapa mertuanya.
"Tak ada istilah muda tak muda. Icha nak cakap Icha masih tak matang untuk ada anak? Kadang-kadang orang nampak tak matang ni lagi pandai dalam mendidik dan menjaga anak," balas Syed Ali.
Tersenyum dia melihat wajah comel menantunya itu.
Mengangguk Raisa bersetuju.
"Tapi Icha still takut. Icha takut anak tu datang sebagai ujian untuk Icha dengan Abang Kim. Icha takut tak mampu," memuncung bibir Raisa.
Jelas riak risau terpamer di wajah. Keluh Raisa di dalam hati. Risau-risau pun, sudah beberapa kali dia dan Hakim berhubungan tanpa ada apa-apa perlindungan.
"Saat Allah kurniakan benih di dalam rahim seorang ibu, itu namanya rezeki. Tak ada istilah anak itu ujian. Anak tu lah rezeki sebaik-baiknya Allah kurniakan. Tangan kita ni lah yang akan corak diorang ikut acuan kita. Baik kita, baik lah anak tu," senyum Syed Ali lagi.
"Maknanya walid ayah yang baiklah kalau macam tu! Sebab anak-anak walid semua berjaya. Baik..." puji Raisa melambung-lambung. Semua pujian tu merujuk pada suami dia je sebenarnya!
Tersenyum pahit Syed Ali. Tidak sempat dia ingin menyambung, kelihatan Yuhanis muncul keluar dari bilik menuju ke arah mereka di ruang tamu.
"Abang pergilah dengan diorang berdua ni. Anis nak pergi dengan Ayaz. Nanti Ayaz drive kereta abang tu," ujar Yuhanis sambil mengikat rambutnya dan disarungkan pula anak tudung ke kepala.
"Lah, kenapa pulak nak pergi asing-asing? Kan senang sekali je. Kata, Ayaz tak ada dua hari ni pergi ride?" Soal Syed Ali.
Diam sahaja Raisa di tengah-tengah perbualan mereka.
"Siang ni dia ada lagi. Dia ride lepas Maghrib. Korang pergilah dulu," arah Yuhanis.
"Lah, sekali je lah awak ni. Apa nak asing-asing pulak?"
"Ayaz nak pergi. Tapi tak nak naik dengan Angah! Tak faham-faham lagi ke abang ni?" Bentak Yuhanis sambil mata mengerling pada Raisa yang sedang duduk termangu di sofa.
"Haih, suka hati awak lah. Jom Icha. Walid naik kereta korang je lah." Bangun Syed Ali diikuti Raisa di belakang keluar dari rumah tanpa sebarang kata.
Berpusing juga Hakim beberapa kali di lot parkir tersedia di kawasan hospital itu, mencari parkir kosong. Mungkin kerana hari itu adalah cuti hari minggu, kereta juga banyak dari pelawat yang datang untuk melawat pesakit.
YOU ARE READING
KIM'S: HIS STELLA | C | ✔️
Romance3rd HIS Series Syed Hakim Mikael x Ku Amra Raisa Ku Amra Raisa tidak pernah menyangka kekalahannya pada permainan gunting-batu-kertas atau nama modennya Osom bersama dengan kembarnya telah menjadi satu titik perubahan terbesar di dalam hidup. Pertem...