Cekap Raisa di dapur mertuanya, mengemas setelah selesai memasak untuk makan tengahari buat seisi rumah itu. Barang dapur yang telah digunakan kembali disimpan ke tempat asal.
Laju sahaja Yuhanis ke dapur apabila melihat Raisa sudah selesai memasak.
"Dah siap ke pajeri nanas?" Tanya Yuhanis sambil membuka tudung periuk di atas dapur.
"Dah ibu, tapi kita tak tahulah sedap ke tak. Ibu nak rasa dulu?" Soal Raisa lalu mengambil sudu untuk ibu mertuanya rasa sedikit kuah pajeri yang telah dibikin tadi.
Menggelabah juga Raisa apabila Yuhanis memintanya untuk memasak lauk pajeri nanas. Laju sahaja jemarinya menghantar pesanan kepada Aryssa kakak iparnya untuk bertanyakan resepi.
"Hmm, bolehlah ni. Selalu ke masak pajeri ni?" Tanya Yuhanis sesudah dia merasa sedikit kuah pajeri nanas itu.
Terus Yuhanis mencedok lauk itu masuk ke dalam mangkuk.
"First time kita masak pajeri ibu. Kalau okay tak apalah. Boleh buat lagi kalau ibu nak," senyum Raisa.
Sedikit berbunga hatinya apabila Yuhanis tidak mengkritik hasil masakannya. Pelik Raisa melihat ibu mertuanya itu sudah mengambil dulang dan meletakkan dua mangkuk pajeri yang telah dicedok tadi ke atas dulang.
"Ibu nak bawa mana tu?"
"Nak bagi ke jiran. Ibu mana makan sangat pajeri nanas ni. Ibu suruh kamu buat sebab ibu nak bagi ke jiran-jiran tu. Ada potluck hari ni dekat rumah sebelah. Ibu kena bawa pajeri nanas. Ibu bukan tak reti buat, tapi sebab ibu tak makan sangat lauk tu, malas ibu nak masak," balas Yuhanis dan terus berlalu ke pintu belakang untuk pergi ke rumah sebelah.
Terangkat kening Raisa terpinga-pinga dengan balasan Yuhanis tadi.
"Aih, diorang yang ada potluck, kita pula yang kena masakkan eh? Patutnya kita lah yang join potluck tu!" Gumam Raisa sendirian.
Memuncung bibirnya terasa dengan sikap Yuhanis. Punyalah dia masak pajeri nanas dengan niat dapat menghambat hati ibu mertuanya itu, alih-alih kata tak suka pula. Sebal rasa hatinya.
Terus Raisa naik ke bilik untuk membersihkan diri. Kelihatan Hakim sedang fokus menatap skrin Macbook, menyelesaikan sedikit kerja yang dibawa balik dari pejabat semalam.
Selesai Raisa membersihkan diri dan bersiap, terus sahaja dia duduk di birai katil menghadap suaminya di meja kerja.
Terpanggung kepala Hakim melihat Raisa yang sudah bersiap comel dan wangi sedang merenungnya kosong.
"Comel-comel, wangi-wangi ni nak pergi mana?" Tegur Hakim lalu bangun menghampiri isterinya.
"Nak ajak abang makan dekat bawah. Kita dah masak. Tapi abang sibuk lagi eh?" Tanya Raisa lembut.
"Kerja tak pernah habis. Jom makan. Lama dah tak makan masakan Icha," ujar Hakim lalu menarik tangan Raisa untuk turun ke dapur.
Kelihatan Syed Ali di dapur sedang mengintai lauk di dalam periuk keseorangan.
"Eh walid nak makan? Jom makan dengan kitorang," pelawa Raisa ceria.
Terus dia menarik tangan ayah mertuanya untuk duduk di kerusi meja makan.
"Lapar pula ayah bau pajeri nanas tu. Kamu ke masak lauk tu semua Icha?" Tanya Syed Ali.
YOU ARE READING
KIM'S: HIS STELLA | C | ✔️
Romance3rd HIS Series Syed Hakim Mikael x Ku Amra Raisa Ku Amra Raisa tidak pernah menyangka kekalahannya pada permainan gunting-batu-kertas atau nama modennya Osom bersama dengan kembarnya telah menjadi satu titik perubahan terbesar di dalam hidup. Pertem...