KIM-ICHA : BAB 13

2.7K 121 2
                                    

Jarum jam sudah hampir ke angka 10. Para tamu juga semua sudah beransur pulang setelah hadir memeriahkan majlis kecil-kecilan di rumah agam milik Kamilah. Mesra juga Kamilah menyantuni keluarga Hakim. Sekali imbas, memang tidak kelihatan konflik sebenar di balik pernikahan yang baru berlansung tadi.

Termenung Hakim duduk di bawah khemah berseorangan. Sampin dan songkok sudah hilang ke mana. Sedari tadi dia cuba menghubungi adik bongsunya Harraz. Tetapi tidak bersambut.

Masih segar di ingatan, betapa berang si bongsu apabila mengetahui tentang kesnya dan Raisa. Berkali-kali Harraz merayu padanya untuk abaikan sahaja permintaan ibu Raisa. Sanggup dia menyuarakan hasrat hati ingin menjadi galang ganti buat gadis itu.

Keluh berat Hakim sambil menatap telefon bimbitnya kusut.

"Kim..." terasa bahunya dipegang kejap oleh seseorang.

"Ad..." balas Hakim perlahan.

Mata mengekor gerak bos besar merangkap kawan baik dan kini sudah menjadi abang iparnya secara rasmi itu. Ku Adlee melabuhkan punggungnya di kerusi berhadapan Hakim sambil menyisip air sirap di tangan.

Terkedek-kedek Ku Adam Arjuna datang dan memeluk pinggang bapanya manja dengan wajah mengantuk.

"Fikir apa Kim? Nampak kusut je aku tengok dari tadi," tegur Ku Adlee sambil mengusap kepala Ku Adam lembut.

Sedari tadi dia perasan akan wajah kelat Hakim selepas majlis akad nikah berlansung.

"Tak ada apa-apa. Aku risaukan Raisa lepas ni. Kau tahu lah ibu aku tu macam mana," jawab Hakim mendatar.

Sempat dia menggamit Ku Adam untuk datang kepadanya. Terkedek-kedek anak kecil itu meluru pada Hakim. Pantas Hakim mengangkat Ku Adam dan meletakkan anak kecil itu di atas ribanya. Tidak sampai berapa saat, lelap Ku Adam di pangkuan Hakim.

Tersenyum Ku Adlee melihat sisi manja anak lelakinya itu.

"Jangan risaulah Kim. Icha pandai ambil hati orang tua. Nanti mesti lembut hati ibu kau."

Mengangguk Hakim.

Sejujurnya bukan itu yang menjadi gusaran utamanya. Bukan hal ibunya tetapi hal Harraz. Malas dia mahu bangkitkan isu Harraz memandangkan Ku Adlee tidak mengetahui tentang hubungan Harraz dan Raisa sebelum ini.

Hakim mengambil keputusan untuk diamkan sahaja.

"Aku minta maaf Ad. Aku mungkin dah kecewakan kau. Tapi sumpah aku dengan dia mangsa keadaan Ad–" keluh Hakim berat.

Erat dia memeluk Ku Adam yang sedang lena memeluk tubuhnya.

"Dah lah tu Kim. Aku percayakan kau. Aku cuma harap kau boleh cuba pertahankan perkahwinan kau kali ni and cuba sayangkan Icha. Tak susah jaga dia Kim. Cuma dia manja sikit. Tapi manja-manja dia pun dia tak pernah buat orang rimas atau annoyed.

Dia matang sebab mama tegas dengan diorang selama ni. Nama je anak bongsu tapi sebab mama garang, terkubur manja dia tu. Aku harap kau bolehlah jadi tempat untuk dia jadi diri dia sendiri."

Bersinar-sinar mata hitam Ku Adlee menatap wajah tampan Hakim dengan wajah berharap.

"Insyaallah. Masuk office ni, aku cuba cari siapa yang report and aku harap aku dapat clearkan nama korang sekeluarga."

KIM'S: HIS STELLA | C | ✔️Where stories live. Discover now