KIM-ICHA : BAB 50

3.7K 131 9
                                    

Duduk Raisa di birai katil membiarkan Hakim menyisir dan mengikat rambutnya kemas seusai dia mandi dengan bantuan suaminya itu. Berlapis sweatshirt disarung pada tubuh Raisa akibat sejuk melampau.

Kepala masih berat, tekak masih perit. Lama mata kuyu Raisa merenung wajah suaminya yang tampak segar selepas mandi dan solat, bertinggung di hadapannya. Usai rambut disikat dan diikat rapi, Hakim merenung wajah Raisa dengan senyuman nipis.

"Comel," komen Hakim ringkas sebelum melabuhkan ciuman ke pipi kanan isterinya itu.

"Abang jangan dekat dengan Icha, nanti berjangkit," Raisa menolak wajah Hakim dari mencium pipi kirinya pula.

"Ala, awak dah lah semalam lari dari abang, lepas tu tak bagi dekat pulak–" jeling Hakim geram.

"Yela! Nanti abang demam siapa nak jaga kita!" Memuncung bibir Raisa membidas.

"Betul jugak tu– ha tak apa, Icha baringlah. Abang buatkan breakfast untuk Icha. Lepas tu makan ubat," ujar Hakim sambil membaringkan Raisa ke tilam dan menarik comforter menutup tubuh isterinya.

"Abang nak masak apa? Abang tak payah lah masak, apa yang Kak Yanti buat, abang ambil je. Icha tak nak banyak, tak ada selera."

"Okay nanti abang tengok dulu apa yang ada. Tak apa sikit pun, janji Icha makan. Rehat dulu," ujar Hakim lagi lalu mengucup dahi Raisa sebelum berlalu dia keluar dari bilik dan menuruni tangga.

Seawal pagi sudah meriah dapur keluarga itu. Berbeza sungguh dengan suasana di rumah keluarganya. Raisalah yang selalu akan masuk ke dapur dahulu membuat sarapan untuk mereka seisi keluarga.

Di rumah agam ini, walaupun ada dua orang pembantu rumah, tetapi tetap Kamilah akan menyuruh anak-anaknya bangun seawal pagi untuk membantu.

Melambung pujian Hakim di dalam hati buat ibu mertuanya itu. Sangat merendah diri dan pandai dalam mendidik anak-anak.

Kelihatan Ku Adlee sedang berdiri di sebelah kerusi yang diduduki Aryssa, mencedok Mi Goreng buat si isteri yang sudah sarat menanti hari untuk bersalin.

"Ha, turun dah bakal bapak orang ni. Icha panas lagi ke badan dia? Ni mama tengah masakkan bubur kosong dengan sup ayam, sekejap lagi Kim bawa naik atas bagi Icha. Duduk dulu breakfast sementara tunggu bubur mama siap," sapa Kamilah sambil mencedokkan Mi Goreng buat satu-satunya menantu lelaki yang ada.

Tersengih Hakim lalu menarik kerusi, duduk bertentangan dengan Ku Adlee.

Terangkat kening Ku Adlee dan Aryssa yang baru sahaja mula bersarapan di meja makan itu.

"Bakal bapak orang?" Soal Ku Adlee.

"Eh, Abang Lee dengan Kak Aara tak tahu eh? Rupanya demam nak jadi mak orang Icha tu! Lepas baby Kak Aara keluar, baby Icha dengan Abang Kim pulak keluar!" Beritahu Raina teruja.

Terlopong mulut masing-masing tidak percaya.

"Pergh Kim, mantap!" Ku Adlee menepuk tangan bangga pada kawan baik merangkap iparnya itu.

Merah telinga Hakim apabila semua bertepuk tangan gembira dengan berita yang juga tidak disangka olehnya dan Raisa.

Sepanjang malam dia tidak dapat melelapkan mata, rasa teruja menguasai diri. Membayangkan dia sedang membina keluarganya sendiri bersama Raisa.

KIM'S: HIS STELLA | C | ✔️Where stories live. Discover now