KIM-ICHA : BAB 55

3.3K 151 20
                                    

Usai sahaja Hakim membersihkan diri di dalam tandas, dia bersiap ringkas sahaja memandangkan hari sudah malam, tetamu juga tidak dibenarkan datang melawat kecuali yang menemani pesakit sahaja.

Sempat lagi Ku Adlee membelikan bubur nasi dan makanan untuk mereka berdua selepas selesai urusan.

Begitu sayang Ku Adlee pada adik-adik perempuannya. Walau Raisa sudah berumah-tangga, tetapi tetap Ku Adlee mengambil berat dan menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang abang. Sentiasa ada untuk membantu dan menenangkan.

Oleh kerana itulah, Raisa jarang melawan atau tidak mendengar kata abangnya. Walau dia selalu membentak, tetapi tidak pernah Raisa ingkar. Sayangnya pada Ku Adlee juga tidak terhingga.

"Nah bubur untuk Icha. Ni makanan untuk kau juga. Risaukan Icha pun, diri sendiri jangan lupa makan Kim," pesan Ku Adlee sebelum pulang semula ke rumahnya.

Datang semata-mata ingin menghantarkan makanan sahaja.

Raisa perhati sahaja Hakim mengeluarkan makanan.

"Icha tak nak makan..." Raisa bersuara perlahan.

Terhenti tangan Hakim yang tadinya sibuk mengeluarkan sebekas bubur dari plastik.

"Kenapa sayang? Tak lapar ke? Icha kena makan, perut kosong dah muntah-muntah siang tadi," pujuk Hakim lembut.

Dikeluarkan juga bubur untuk Raisa dan Nasi ayam untuknya.

"Tapi Icha takut muntah lagi- sakit..." rengek Raisa.

"Insyaallah tak muntah dah. Icha makan sikit dulu, nanti tengok, muntah ke tak. Boleh sayang? Kesian baby lapar tu," pujuk Hakim lagi.

Memuncung bibir Raisa menurut juga kata suaminya. Bersila Raisa duduk merapati meja katil.

Tertelan air liur Raisa melihat Nasi Ayam milik Hakim. Hakim mula merasa bubur di bibirnya dahulu. Fobia dia memberi makanan pada Raisa tanpa selidik dahulu makanan tersebut.

Selepas berpuas hati dengan rasa bubur tersebut, barulah Hakim menyua bubur itu ke bibir Raisa.

Terkelip-kelip mata Raisa memandang Hakim mengelak dari suapan Hakim tadi.

"Ayang~ makanlah~" rengek Hakim.

Geram pula dia dengan Raisa yang tadinya seperti sudah redha dan menurut sahaja untuk menjamah sedikit makanan. Alih-alih tidak mahu pula.

"Icha tak nak bubur... Icha nak Nasi Ayam ni boleh ke abang? Nasi ni nampak sedap," merayu Raisa. Tertelan-telan air liurnya apabila aroma Nasi Ayam itu sesekali menjengah ke hidungnya.

Terangkat kening Hakim lalu memandang ke arah Nasi Ayam miliknya yang dibeli Ku Adlee tadi.

"Ooo, nak Nasi Ayam ke? Boleh baby. Janji awak makan. Biar abang je lah makan bubur ni." Hakim sudah menyudu sedikit Nasi Ayam dan mula menyuap Raisa.

Kembali ceria wajah isterinya setelah mendapat makanan yang diinginkan. Sayang bini punya pasal, telan jugalah bubur kosong itu.

"Pedih ulu hati Icha ni," adu Raisa dengan wajah comelnya pada Hakim.

"Haih, kesiannya isteri abang ni. Lepas ni, abang kena check dulu makanan yang Icha makan. Fobia dah abang tengok mulut Icha berbuih tadi," ujar Hakim monyok.

KIM'S: HIS STELLA | C | ✔️Where stories live. Discover now