KIM-ICHA : BAB 49

3.4K 125 22
                                    

"Abang tak sayang Icha! Buat apa abang risaukan Icha lagi. Abang nak lepaskan Icha sama macam abang buat dekat Kak Julia kan? Abang tak nak dengar langsung apa Icha nak explain! Icha tak buat apa-apa dengan Harraz! Abang langsung tak nak dengar apa Icha nak cakap!" Meronta Raisa dari disentuh Hakim.

Menangis dia semahunya di katil itu cuba menjauhkan diri dari Hakim.

"Ya Allah, Ku Amra Raisa, bawa bersabar. Bincang elok-elok," nasihat Kamilah.

"Icha, abang minta maaf. Sorry sangat. Memang salah abang sebab ikutkan perasaan. Salah abang tak dengar explanation dari Icha. Abang cemburu buta. I'm sorry Icha. Come sayang, abang lapkan badan Icha," gamit Hakim lembut.

Lengan Raisa ditarik lembut oleh Hakim.

"Icha tak nak abang," ujar Raisa teresak. Air mata diseka berkali-kali.

"Icha tak sayang abang ke," soal Hakim perlahan. Tangan Raisa diramas lembut oleh Hakim.

Diam Raisa menunduk melayan sedu tangisnya.

"Icha sayang abang tapi Icha rasa Icha sorang je yang sayang dekat abang. Abang tak sayang Icha macam Icha sayangkan abang pun," bibir bawah Raisa diketap perlahan.

Gugur lagi air matanya turun ke pipi.

Kamilah sudah mencuit-cuit lengan Raina yang kelihatan fokus menyaksikan drama antara Hakim dan Raisa. Sehingga terlopong mulut dek fokusnya itu.

"Ina, jom keluar. Jangan jadi orang ketiga dan keempat. Jom jom," bisik Kamilah.

Senyap-senyap mereka berdua berundur untuk keluar dari bilik. Pintu dirapatkan tetapi sibuk dua beranak itu mengintai dan memasang telinga dari luar pintu bilik.

Terdiam Hakim merenung wajah basah Raisa. Cuba mencerna pengakuan isterinya itu.

"Icha sayang abang?"

Mengangguk Raisa perlahan.

"Icha sayang abang sangat. Abang tak tahu ke," cebik Raisa. Kepala Raisa masih menunduk sambil mengesat air matanya.

"Betul ke Icha sayang abang sebagai suami Icha? Abang tak bertepuk sebelah tangan kan?" Soal Hakim lagi untuk kepastian.

Terasa bergetar rasa suaranya ketika itu. Entah teruja, entah terharu. Tidak pasti.

"Betul lah. Icha ingat abang tahu..."

"Macam mana abang nak tahu? Icha tak pernah pun bagitahu abang. Kalau abang tahu, dah lama abang confess dekat Icha. Icha ingat, abang tak sayang Icha? Abang sayang gila isteri abang ni-" ucap Hakim lembut.

Leganya tuhan sahaja yang tahu. Rupanya selama ini mereka memendam rasa.

Bodohnya!

"Abang sayang Icha? Bukan sebab terpaksa? Abang layan Icha baik sebab abang memang sayangkan Icha sebagai isteri abang?" Soal Raisa pula.

Inginkan kepastian. Ingin tahu setakat mana sayang Hakim pada dirinya. Kalau nak mengaku sayang, semua orang boleh mengaku.

Sayang sebagai adik.

KIM'S: HIS STELLA | C | ✔️Where stories live. Discover now