KIM-ICHA : BAB 34 (M)

3.2K 119 8
                                    

Warning: Mature Content

"Leo?" Tanya Raifa kembali.

Mengangguk Firdaus tersenyum.

"Selalunya Leo akan mainkan lagu-lagu biasa yang kita dah set. Kecuali kalau ada event ditempah khas oleh customer, baru boleh request lagu. Tapi memandangkan saya kenal ma'am yang cute ni, saya belanja satu lagu yang ma'am suka!" Teruja Firdaus menjelaskan pada dua wanita cantik di hadapannya ketika itu.

"Ciyes?! Okay! Kita fikir. Nanti makanan dah sampai kita bagitahu awak," senyum Raisa sambil menyerahkan kembali buku menu pada Firdaus.

Senyum Firdaus lalu berlalu kembali ke kaunter sambut pelanggan setelah pesanan mereka dihantar ke dapur restoran.

"Icha baby okay?"

"Hmm?" Terangkat kening Raisa tidak mendengar pertanyaan kakaknya.

Terganggu fokus Raisa yang sedang merenung pemain piano di pentas itu. Leka matanya melihat jemari lelaki itu menari di atas papan kekunci piano. Kedengaran indah nada muzik yang bermain di telinga pengunjung restoran termasuklah Raisa.

"Icha nampak lost. Ada apa-apa yang tak best ke lately ni? So far kerja seminggu dekat Emerald okay?"

Beralih pandangan Raisa ke arah Raifa pula. Sebolehnya dia tidak mahu menceritakan layanan buruk dari ibu mertuanya kepada Raifa. Pasti mengaibkan keluarga suaminya.

Tetapi, perihal bekas isteri Hakim juga turut menganggu perasaannya ketika itu.

"Tak ada apalah. Icha okay je. Icha–rindu mama je kut," senyum Raisa kelat.

"Sabarlah ye Icha... mama tak marah dah cuma dia sedih sikit je. Lama-lama nanti lembutlah hati mama. Icha jangan merajuk dengan mama lama-lama sangat tau. Ina kata mama selalu tersebut nama Icha bila tengah bercakap dengan Ina. Mama tu pun rindu Icha..."

"Iya lah tu," cebik Raisa.

Tersengih Raifa melihat wajah cemberut si bongsu.

"Eh Icha, Kak Rai ada cerita tak pasal boyfriend Kak Rai dengan abang Lee?" Soal Raifa sambil menongkat dagunya. Sesekali matanya juga memandang ke arah pentas.

"Tak ada. Kenapa Kak Rai? Boyfriend Kak Rai dah jumpa abang ke?" Soalan Raifa diganti pula dengan soalan Raisa.

Raifa melepaskan keluhannya.

"Diorang kawan sekolah Cha," rengek Raifa tidak suka.

Betapa terkejutnya dia apabila teman lelakinya senyum memandang Ku Adlee dan terus menyapa seperti sudah lama kenal. Rupanya sepanjang mereka berkenalan, teman lelakinya sudah tahu tentang dirinya yang merupakan adik kepada Ku Adlee Raiz. Tetapi sengaja tidak memberitahu Raifa. Sebal betul rasa hati!

Seminggu yang lepas

"Rai, pukul berapa boyfriend Rai nak sampai? Kata pukul dua petang?" Tanya Ku Adlee.

"Lagi sepuluh minit pukul dua abang. Sabar sikit. Ha! Tu dah sampai!" Teruja Raifa apabila melihat Honda Civic hitam berkilat mula memasuki kawasan rumah agam mereka.

KIM'S: HIS STELLA | C | ✔️Where stories live. Discover now