Menunduk Hakim sedikit memberi ruang pada Raisa untuk mengikat dan mengemaskan tali lehernya. Sengaja ingin bermanja di pagi hari sebelum berpisah di pejabat masing-masing bagi memulakan rutin mencari rezeki.
Terkial-kial Raisa cuba mengikat tali leher suaminya.
'Ish, tengok tutorial macam senang je!' Bentak Raisa di dalam hati.
Bibir bawah diketap geram. Terteleng kepalanya khusyuk merenung tangan yang sudah dililit tali leher.
"Boleh ke tu Icha?" Soal Hakim.
Tersungging senyum di bibir melihat kerutan dahi Raisa. Menunjukkan tahap fokus isterinya itu.
Hampir lima minit dia menunduk tetapi tiada gaya mahu selesai pun ikatan tali lehernya. Mula kedua tangannya mengusap lembut pinggang Raisa. Sisi kepala isterinya dicium Hakim lembut. Berkali-kali kepala Raisa dicium Hakim. Selagi tidak selesai, selagi itu Hakim mencium di segenap ruang wajah Raisa geram.
"Abang, stop it– Icha tak boleh fokus," jeling Raisa. Mula anginnya berubah. Dek kerana tali leher milik Hakim.
"Kalau tak boleh, tak apa Icha, abang boleh pakai sendiri. Abang saja je nak manja-manja dengan Icha," ujar Hakim serba salah. Dahi Raisa dicium Hakim lama.
"Icha nak belajar... tapi kenapa tak jadi ni," cebik Raisa.
Tali leher yang sudah berkedut hebat itu ditayangkan pada Hakim.
Terlepas tawa Hakim lalu mengeluarkan sehelai lagi tali leher yang berada di dalam laci meja solek itu.
"Tak apa, abang dah prepare lagi satu tie. Biar abang buat sendiri. Icha tengok ni tangan abang," Hakim mula menyangkut tali leher ke kolar kemejanya, perlahan jemarinya mengikat tali leher mengikut langkah yang betul.
Terangkat kening Hakim apabila Raisa merenung wajahnya tidak lepas.
"Icha, abang suruh tengok tie ni tau. Bukan muka abang," sengih Hakim sambil membalas renungan isterinya.
Tersipu-sipu Raisa tersedar.
"Encem," gumam Raisa dan kembali matanya tertumpu pada tangan Hakim yang sedang melilit tali leher.
Tersengih Hakim.
"Ya abang tahu. Balik kerja nanti tengok lagi muka abang lama-lama. Now focus, tengok tangan abang ni. Nanti tak reti, awak jugak yang moody," bebel Hakim.
"Yela yela! Cepat Icha fokus ni!"
"Ha tengok ni– yang kanan ni bawa dia ke belakang, masukkan... ha lepas tu– macam ni– taraa– siap."
"Uuu, look easy peasy. Nanti Icha try lagi tau!" Senyum Raisa manja.
"Okay baby. Dah jom," Hakim menepuk manja punggung Raisa untuk mula keluar dari bilik.
"Wait, Icha pakai kemeja ni je ke?"
Atas bawah Hakim merenung tubuh isterinya yang lengkap berkemeja merah jambu terang di tuck-in bersama seluar slack berwarna krim.
YOU ARE READING
KIM'S: HIS STELLA | C | ✔️
Romance3rd HIS Series Syed Hakim Mikael x Ku Amra Raisa Ku Amra Raisa tidak pernah menyangka kekalahannya pada permainan gunting-batu-kertas atau nama modennya Osom bersama dengan kembarnya telah menjadi satu titik perubahan terbesar di dalam hidup. Pertem...