KIM-ICHA : SPECIAL CHAPTER III

2.5K 139 11
                                    

"Dah habis makan sayang?"

Mengangguk Raisa menjawab soalan Hakim.

Lantas mereka berdua berdiri tanda sudah selesai makan di situ.

Hakim menepuk perlahan bahu Firdaus yang masih terpaku di hadapan Natasha. Tangan Raisa diraih Hakim dan terus menuju ke segerombolan keluarga Natasha yang juga sedang tersenyum-senyum menyaksikan pertemuan mengejut tadi.

"Mika, terima kasih. Uncle harap menjadi lah plan kita kali ni," ujar Nordin bapa kepada Natasha.

"Itu lah, dah dewasa masing-masing harap okay lah tu. Ayang, ni Uncle Nordin and family. Sebenarnya, uncle ada call abang hari tu tanya pasal ex-boyfriend Nat dulu. Lepas tu, kitorang plan nak temukan diorang balik. So, here they are," jelas Hakim pada Raisa gembira.

"Oo, part of abang punya plan lah ni! Eii, nakal!"

Terlepas tawa mereka semua dan kembali menyaksikan pasangan itu yang sudah mula berbual walau tampak kekok masing-masing.

Usai Hakim dan Raisa meminta diri, berselisih mereka dengan Firdaus dan Natasha yang kelihatan segan silu.

"Tak payah bercinta lama-lama, kahwin je terus. Macam lah tak pernah bercinta sebelum ni. Kan ayang?" Sempat Hakim menitip pesanan dengan sengihan nakal.

"Mika~" meleret suara Firdaus dan Natasha geram.

Terkekek-kekek Raisa ketawa melihat wajah kelat pasangan itu tadi. Lengan Hakim dikepit Raisa manja berjalan sehingga ke lot parkir.

Masuk sahaja ke dalam kereta, terus menoleh Raisa pada Hakim di sebelah. Baru dia teringat.

"Maknanya abang tahu lah King tu Firdaus tadi?!" Soal Raisa dengan mata terkelip-kelip.

"Hmm, mula-mula abang tak tahu, tapi bila dia sebut nickname King tu, terus abang syak dia. Nama dia Raja Firdaus. Memang kitorang panggil dia King kadang-kadang. Cuma yang abang tak sangka tu, dia dah main piano balik. Sebelum ni, mana dia nak main. Dia tak minat. Dia pandai main tapi tak suka main. Faham tak ayang? Sebab tu dulu dia panggil abang main untuk restoran tu. Padahal dia boleh je main," jawab Hakim panjang lebar.

Hakim berminat dengan piano sebelum ini pun kerana Firdaus juga. Kerap kali dia melepak di rumah Firdaus ketika sekolah dahulu dan sering bermain dengan piano milik keluarga lelaki itu sehingga timbul keinginan untuk belajar sendiri di luar.

"Oh, no wonder lah. Tapi terus kantoi siap buka topeng depan Kak Nat," ujar Raisa dengan tawanya.

Turut Hakim ketawa apabila momen tadi terimbas kembali. Enjin kereta dihidupkan dan terus meluncur keluar dari ruangan besmen hotel tersebut untuk pulang.

"Hope terbukalah hati diorang tu untuk bercinta balik. Risau abang tengok umur dah lanjut tak kahwin-kahwin lagi."

Terjuih bibir Raisa memandang suaminya melalui ekor mata.

"Eleh, abang tu kalau tak sebab kena tangkap basah, pun sama agaknya. Tak kahwin-kahwin sampai sekarang," sindir Raisa halus.

"Amboi mulut dia tu~" Hakim mencubit manja bibir mungil Raisa geram. Tangan isterinya dicapai lalu dicium tanpa jemu.

"Ayang nak apa-apa lagi tak sebelum kita balik ni? Ke nak terus tidur je?"

Diam Raisa berfikir sejenak. Berkira-kira ingin meminta lagi satu keinginannya. Dari kelmarin dia teringin tetapi tidak sempat diutarakan pada suaminya.

KIM'S: HIS STELLA | C | ✔️Where stories live. Discover now