PUNTUNG rokok diletak ke belahan bibir. Pemetik api dalam poket dikeluarkan. Tanpa ragu-ragu, terus dia bakar hujung puntung rokok. Serentak bara api kecil mula terhasil. Nufail tersenyum senget. Senang hati bila alat 'pelepas tekanan' dia masih elok. Rasanya dah lama dia tak hisap rokok. Sejak kebelakangan ini dia banyak luangkan masa bersama Darya bagi menyiasat kes ibu kandung Darya.
Darya terlalu sensitif terhadap asap rokok. Dia terpaksa gunakan vape bila Darya ada bersama. Nufail sandarkan diri pada motosikal berkuasa tingginya. Tertera logo Ducati bersama tulisan model SuperSport 950 pada sisi motosikal. Warna merah garang motosikal tenggelam dek kegelapan langit malam.
Asap dihembus ke udara.
Menenangkan. Lagipun dia tak guna rokok berjenama biasa-biasa. Bayangkan, sekotak rokok itu saja berharga sehingga tiga ratus ringgit. Sesekali dia belek kotak rokok berjenama Treasurer Black berwarna hitam kesat tersebut. Dia pun tak ingat sejak bila dia terjebak dengan rokok ini.
Fikiran jauh memikirkan Darya dan Aryan. Entah perasaan dia atau apa. Tapi kelakuan Darya sejak akhir-akhir ini aneh sekali. Dia risau jika Darya tiba-tiba mahu buat kerja gila. Menghilangkan diri dari mereka semua.
Bagaimana pula dengan Aryan nanti?
Nufail akui. Dia tak sebaik Aryan. Lihatlah sekarang, dia buat perkara yang Darya tak suka. Banyak sebab kenapa dia tak mahu luahkan perasaan terhadap Darya. Dan tanpa Darya dan Aryan tahu, ada masa dia jejakkan kaki juga ke kelab malam.
Sekadar melepak bersama rakan-rakan lain.
Ketika Nufail ralit termenung. Telinga menangkap bunyi air tasik bergelora. Pendengaran Nufail agak tajam. Namun dia hairan. Mahu kata angin, dia lansung tak rasa angin menampar wajahnya. Nufail toleh ke arah tasik. Sepasang mata hitam itu merenung ke arah tasik. Lama.
Keningnya yang cantik terbentuk kini bertaut. Masih cuba mengamati permandangan di hadapannya sekarang. Dan bila dia sedar objek terapung itu merupakan seorang manusia. Terus jaket kulitnya dibuka. Puntung rokok juga dibuang lalu dia pijak.
Tubuh yang sekadar berbalut t-shirt hitam mengikut potongan badan itu masuk ke dalam tasik tanpa ragu. Boleh kata tasik itu taklah dalam mana memandangkan mereka berdua belum berada di bahagian tengah tasik.
Dalam fikiran Nufail sekarang, dia perlu selamatkan gadis itu. Dia tak mahu jadi saksi kes bunuh diri pada malam ini.
Bila tangannya sudah berada di bawah tubuh gadis itu. Dia cuba bawa gadis tersebut ke tepi tasik. Namun, pergerakannya serta-merta terhenti bila gadis itu membuka mata. Secara lansung pandangan mereka bertaut. Bibir gadis itu bergetar. Manakala Nufail pula terbungkam.
Gadis itu sedar?
Seolah tersedar. Nufail melepaskan tangannya. Wajahnya bertukar dingin.
"Kau hidup?" Tanya dia. Nada suaranya usah dikata. Dingin juga datar.
"B-bila masa I mati?" Polos gadis itu menyoal. Rupa dia nampak seperti mayat hidup ke pada pandangan Nufail?
Dia kembali ke tepi tasik. Tempat di mana motosikalnya terletak. Langkahnya diikuti gadis aneh tersebut. Nufail mendengus. Tak pasal-pasal baju dia basah! Mahu menggigil satu badan bila naik motosikalnya kejap lagi.
"You ingat I nak bunuh diri ke?" Pergerakan Nufail sedang kutip jaketnya di atas tanah terhenti. Tubuh dipusingkan menghadap gadis itu. Lidah ditolak ke dalam pipi. Nufail rasa gadis ini sungguh menyusahkan orang.
"Orang bodoh aje terapungkan diri malam-malam dekat dalam tasik." Pedas. Menandakan dia sudah cukup naik angin. Rasa tertipu pun ada. Patutnya tadi dia husnuzon fikir gadis itu merupakan jelmaan makhluk lain. Tak adalah dia susahkan diri sendiri.
"I memang selalu tenangkan diri dekat sini lah!" Bentak gadis itu pula. Sakit hati apabila lelaki tampan di hadapan dia ini cop dia bodoh.
"Hey, perempuan-" Kasar sekali panggilan Nufail. Kalau sekarang ini siang, agaknya wajah merah padam gadis itu sudah jelas kelihatan.
"Inaya Maleeqa." Potong Inaya.
"Maleeqa," Nufail sebut perlahan. Gemersik sekali suaranya ketika bernada rendah sebegitu. Mata masih memandang wajah cantik Inaya yang disimbah cahaya bulan.
"Biar aku sekolahkan kau sikit. Malam-malam buta macam ini kalau nak tenangkan diri, boleh berenang dekat kolam. K O L A M. Bukan tempat awam macam ni. Gila," kutuk Nufail perlahan di hujung ayat. Dengan gaun putih. Rambut separas pinggang.
Ini manusia ke bukan?
Inaya terdiam. Mungkin silap dia juga. Dia mengangguk faham. Dalam diam, dia curi pandang Nufail yang sedang menyerabutkan rambut sendiri. Mahu buang lebihan air melekat di rambut. Serta-merta gaya rambut Nufail menjadi messy.
Inaya akuinya. Dia sukakan permandangan di hadapannya sekarang.
"I minta maaf." Ucapnya perlahan.
Sebenarnya lelaki ini seolah punya aura tersendiri bagi Inaya. Tak pernah lagi lelaki lain memaki dan mengutuk dia. Tapi Nufail selamba sahaja panggil dia bodoh. Malah Nufail memanggilnya Maleeqa. Dia benci nama itu. Tapi hairan, nama keduanya kedengaran sedap disebut Nufail.
"Hm." Nufail sekadar berdehem. Enjin motosikal dihidupkan. Sebelum dia memakai helmet. Dia pandang Inaya masih kaku berdiri di situ.
"Maleeqa," panggilnya datar.
"Hah?" Maleeqa blur. Nufail berdecit halus. Dahlah, bengap. Blur pula tu. Cukup pakej lengkap tak layak dibuat bini!
"Balik. Aku tak nak dengar ada kes rogol malam ni." Pesan Nufail dingin. Helmet disarung ke kepala. Tanpa sempat Inaya mahu bertanya, dia sudah memecut pergi.
"Aku baru nak tanya nama dia..." Gumam Inaya sendirian. Dia jatuhkan kepala. Tak lama kemudian, dahinya berkerut apabila satu kepingan polaroid menjamah pandangan. Juga terdapat sekeping kad segi empat berada di atas tanah.
Hujung bibirnya ternaik. Mengukir sebuah senyuman. Lelaki itu tercicir kad bisnes bersama kepingan polaroid dia dan dua orang lagi rakannya. Inaya agak, ini merupakan gambar ketika zaman sekolah. Raut wajah Nufail tampak lebih kebudakan berbanding sekarang.
Arden Nufail.
Sebutnya perlahan ketika membaca sebaris nama tertera pada kad bisnes tersebut. Nufail ada gaya badboy, dan Inaya suka! Inaya berjalan menuju ke arah dimana terletaknya sandal dia tadi. Kemudian, sandal disarung ke kaki. Inaya memandang pengurusnya yang masih terkebil-kebil di kerusi batu. Baru dia perasan. Perempuan ini memang tak ada niat nak bantu dia ke tadi?
Ke sekadar menikmati drama murahan dia dengan Nufail?
"You tak nampak I dengan lelaki itu ke tadi? Kenapa you ada dekat sini? Sepatutnya you tolong I!" Bertalu-talu soalan Inaya ajukan kepada si pengurus. Seterusnya berakhir dengan bentakan kecil.
"I'm sorry, young lady. But I don't understand your language." Sopan dia membalas. Tapi dia agak, Inaya sedang marahkan dirinya. Nada suara gadis itu juga kedengaran sungguh tak puas hati.
Inaya ketap rahang. Ah, masa-masa macam ini juga pengurus dia tak faham bahasa. Tak lama selepas itu, raut wajah yang mulanya tegang mengendur. Dia merenung lama gadis berbangsa Perancis yang diupah mummy untuk uruskan dia.
"By the way, thanks Chloé." Ucapnya tiba-tiba. Jika difikirkan balik, tanpa kecuaian Chloé dia takkan berjumpa Nufail.
"What for?" Soalnya hairan.
"For ignoring me and the man earlier."
"I thought he's your boyfriend, young lady." Itulah sebabnya dia tak berniat mahu mendekati Inaya tadi. Inaya sendiri pernah berpesan supaya jangan masuk campur urusan peribadinya. Jadi dia anggap itu merupakan teman lelaki Inaya. Dan dia tak mahu ganggu pasangan itu tadi.
"Soon."
Inaya sudah tekad. Dia mahukan Nufail.

ANDA SEDANG MEMBACA
[C] Bukan Bidadari Nufail
RomanceBOOK 2. Spin-off Aryan: Her Biggest Heartbreak Kata Darya, Arden Nufail ini bersikap lembut walaupun dingin. Namun, kenapa dia bersikap kasar terhadap Inaya Maleeqa? Tutur kata lelaki itu pedas sekali. Lansung tidak menjaga sekeping hati Inaya. Dan...