36

10.1K 333 2
                                        

BUNYI kaca pecah buatkan darah Nufail berderau. Dalam fikirannya, serta-merta wajah Inaya muncul. Bergegas Nufail keluar dari bilik. Kaki melangkah turun anak tangga laju. Dalam hati, tak henti-henti doa dipanjatkan agar tiada sesuatu yang buruk menimpa Inaya. Inaya tak boleh terluka! Walau sedikitpun. Namun, langkah Nufail terhenti apabila telinga menyapa suara Tuan Nuqman datang dari ruang tamu.

Tubuh lelaki tua itu betul-betul membelakangi Nufail. Manakala Inaya pula berada di hadapan Tuan Nuqman. Sedang menunduk. Nufail agak, gadis itu terpecahkan gelas kaca. Belum sempat Nufail mahu menuju ke arah mereka berdua, langkahnya mati.

"Aku dah kata kamu ini menyusahkan. Berapa kali aku pesan? Cari cara untuk berpisah dengan Nufail. Kamu tak layak jadi isteri anak aku!" Jerkah Tuan Nuqman. Dia tak tahu hari ini Nufail kerja dari rumah. Nufail sudah mengetap rahang. Jadi selama ini, Inaya sentiasa hadap mulut lancang bapanya itu?

"A-Abah... Inaya tak sengaja. Tangan Inaya licin tadi. Abah... perlahankan sikit suara abah. Arden ada dalam bilik." Sempat gadis itu berpesan. Nufail pejam mata sesaat. Kenapa Inaya terlalu baik? Di mana kata-kata gadis itu mahu pertahankan dirinya? Inaya lansung tak sayangkan dia ke?

"Entah apa kamu sihir anak aku pun aku tak tahu. Apa salahnya kamu biarkan Lydia sahaja jadi isteri Nufail? Lydia jauh lebih layak daripada kamu. Lebih berpendidikan, paling penting boleh jadi isteri solehah untuk Nufail." Nufail beristighfar dalam hati. Seteruk inikah layanan bapanya terhadap Inaya? Nufail rasa seolah dia suami yang gagal. Dia lansung tak tahu apa terjadi antara bapanya dan Inaya selama ini.

"Kenapa kamu diam, Inaya? Aku bercakap dengan kamu ni!"

"Abah!" Tempelak Nufail. Cukuplah apa yang dia dengar sejak tadi. Apa salah Inaya terhadap Tuan Nuqman sehingga gadis itu dicemuh begitu? Patutlah tiba-tiba hari itu Lydia datang ke rumahnya. Rupanya itu semua rancangan Tuan Nuqman!

"Maleeqa, naik. Kemas baju-baju you." Arah Nufail. Inaya berdegil. Kini dia tunduk mencangkung. Dia mahu kutip serpihan gelas kaca tadi. Awalnya dia mahu berikan kepada Tuan Nuqman. Tapi lelaki tua itu bertindak menepis. Sebab itulah gelas itu pecah berderai ke lantai.

"Do not touch that broken glass, Maleeqa. Biar I sapu kejap lagi." Ucap Nufail garang. Dia takkan benarkan jari Inaya terluka akibat serpihan kaca itu. Tuan Nuqman tersenyum senget. Oh, sekarang ini Nufail mahu jadi kuli Inaya pula? Anak lelakinya bukan bibik Inaya!

"Sekarang ini kamu nak jadi orang suruhan isteri kamu ke, achik?" Soal Tuan Nuqman. Sinis. Bergegas Nufail tarik Inaya bangun.

"Tapi Arden-"

"Obey me." Serta-merta bibir Inaya terkatup. Nufail merenung Inaya tajam.

"Naik." Inaya menunduk. Lantas kaki diatur menuju ke tangga. Nufail dah marah. Dia tak mahu tambah lagi amarah Nufail. Sempat dia tunduk di hadapan Tuan Nuqman. Bibir bergerak menutur kata maaf. Inaya tak lemah. Tapi dia hormatkan bapa Nufail. Inaya mana pernah biar orang pijak dia. Cuma, ibu bapa dia ajar dia untuk hormati ibu dan bapa suaminya.

"Abah dah melampau." Kata Nufail sebaik sahaja Inaya hilang dari pandangan.

"Dan kamu sekarang berani mahu lawan kata abah. Semuanya disebabkan perempuan itu!" Penuh dendam. Tuan Nuqman sungguh bencikan Inaya.

"Abah dah lupa? Achik mana pernah akur dengan arahan abah." Balas Nufail pula. Hampir sahaja dia tergelak bila Tuan Nuqman mula salahkan Inaya. Padahal, sejak dulu lagi Nufail sentiasa berpegang pada keputusan sendiri. Nampak sangat bapanya ini mahu letakkan seluruh kesalahan Nufail pada Inaya.

Tuan Nuqman mati kata.

Nufail pergi ke dapur. Penyapu serta penyodok diambil. Tubuh Tuan Nuqman sudah menghilang entah ke mana. Nufail malas ambil tahu. Nufail menghela nafas lega apabila tiada setitik pun kesan darah Inaya. Cukuplah Inaya terluka hari itu. Dia tak sanggup mahu lihat gadis itu terluka sekali lagi.

Siap sahaja memastikan tiada lagi sebarang serpihan kaca di lantai. Terus Nufail naik masuk ke bilik. Inaya mencerlung Nufail tajam. Sepasang mata Nufail jatuh memandang sehelai kertas pada tangan Inaya. Kemudian dia naik memandang Inaya semula.

"Kenapa you simpan lagi benda ni, Arden!" Untung saja kedudukan bilik mereka berdua jauh daripada ahli keluarga lain. Nufail meraup rambutnya ke belakang. Dia pun dah lupa kertas diagnosis Darya ada dalam bilik ini. Silap Inaya terjumpa sehelai kertas itu pada waktu-waktu begini. Nufail diam. Dia tak mahu burukkan keadaan mereka berdua sekarang.

Inaya serabut. Fikirannya kusut. Bapa mertua sendiri bencikan dia. Hadirnya Lydia kononnya bakal menantu kesayangan Tuan Nuqman. Nufail lansung tak cintakan dia. Dan sekarang? Dia jumpa suaminya ini masih simpan perkara berkaitan perempuan yang dicintainya? Inaya rasa mahu naik gila. Nufail fikir dia ini patung?

Baru dua bulan tempoh perkahwinan dia dan Nufail. Inaya rasa seolah dia sedang hilang dirinya yang dahulu.

"I rasa macam I ini isteri atas kertas you sahaja, Arden. Mana janji-janji you untuk cuba cintakan I? Setiap hari I tunggu you cuba untuk cintakan I. Tapi you? Lansung tak berusaha untuk cintakan I. I tak nampak di mana usaha you, Arden." Mata Inaya memerah. Dia tak menangis. Cuma dia marah dengan diri sendiri. Terlalu berharap agar Nufail mencintai dia.

"I nak hidup macam suami dan isteri yang lain. I cuba untuk jadi isteri yang baik untuk you. Tapi I sedar, I banyak kekurangan. Betullah abah kata, Lydia lebih layak untuk you." Inaya ketawa kecil. Mengejek diri sendiri.

"Maleeqa!" Bengang. Nufail tak suka Inaya libatkan perempuan lain dalam hal mereka berdua.

"Aku penat. Kau nak aku buat apa, Maleeqa? Setiap hari aku kerja. Aku letih." Jujur Nufail pula. Dia tersepit antara bapa dan isterinya.

"I pun penat, Arden! Tapi penat I lain. I penat tunggu you. I penat dari segi mental. I pun letih duduk rumah, Arden! You tak fikir penat I. Tapi setiap hari I cuba betulkan diri I. Supaya I layak untuk you. Setiap hari I cuba buktikan kepada abah. Yang Inaya Maleeqa ini," jari telunjuk dihala ke diri sendiri.

Inaya tarik nafas dalam.

"Layak untuk Arden Nufail." Nufail terkedu. Seteruk itukah yang Inaya rasa selama gadis itu bergelar isterinya? Jika ya, Nufail terasa dia seolah lelaki dayus.

"Kenapa kau tak lawan abah, Maleeqa? Kau nak biar abah aku pijak kau ke," soal Nufail perlahan.

"Sebab dia ayah kandung suami I. I hormatkan dia sebagaimana I hormatkan suami I." Jeda. Inaya kemudiannya memandang Nufail sinis sebelum menyambung lagi.

"Tapi you? Masih harapkan perempuan lain? Perempuan gila ini ke, Arden!" Rahang Nufail mengetat. Apa hak Inaya mahu panggil sahabatnya gila? Sedangkan wanita itu sakit.

"Inaya Maleeqa!" Suara Nufail naik seoktaf.

"You nak sangat perempuan gila kan, Arden? I boleh. I pun boleh jadi perempuan gila. Biar you sedar, I lagi gila daripada sesiapa pun." Wajah Nufail dipandang dingin. Nampaknya, Nufail masih belum kenal siapa sebenarnya Inaya Maleeqa. Tak mengapa, dengan senang hati Inaya boleh perkenalkan kepada Nufail.

Kerana Inaya, sudah jatuh cinta sedalam-dalamnya terhadap suaminya sendiri.

[C] Bukan Bidadari NufailTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang