8

8.8K 310 3
                                        

BUNYI muzik berdentum dalam kelab malam lansung tak mengganggu Nufail. Sepasang mata gelap itu tajam memerhati segenap ruang VIP tersebut. Rasanya rata-rata manusia tak asing lagi dengan TREC Kuala Lumpur. TREC merupakan sebuah pusat hiburan terbesar di Malaysia. Lubuk segala jenis kelab.

Entah berapa kali sudah dia jejakkan kaki ke sini bersama Riyaz. Dia pun tak pasti. Air mineral diteguk apabila tekak mula rasa kering. Kejap-kejap kepala Nufail terangguk sekali mengikut rentak lagu. Nufail berpegang pada prinsip. Walaupun dia masuk ke kelab, dia takkan sesekali teguk air kencing syaitan itu.

"Kau tak nak minum ke?" Pelawa Riyaz. Tak salah lagi. Inilah dia, pengaruh rakan sebaya. Kesan gejala sosial yang masyarakat kita pernah belajar ketika sekolah suatu masa dahulu. Nufail geleng kepala. Dia tak bodoh lagi. Risau balik-balik nanti kena terajang dengan ayah sendiri. Lagipun dia dapat agak rasa air haram itu pahit dan keras ditekak.

"Got you," bisik Nufail sendirian. Tanda target telah dijumpai. Nufail berdiri. Belum sempat dia mahu berjalan pergi, lengannya ditahan Riyaz. Dahi Nufail berkerut. Apa buaya jadian ini nak? Kau fikir sweet ke main tahan-tahan tangan dalam kelab? Soalnya sendirian. Agak tak puas hati kerana Riyaz sedang menghalang kegiatannya tanpa sedar.

"Kau nak apa?"

"Kau nak ke mana?" Soal Riyaz dengan nada suara ditinggikan. Melawan bunyi muzik begitu kuat bergema. Nufail rentap tangannya. Dia menghela nafas. Riyaz memang tak tahu apa yang berlaku sekarang. Dan dia pun tak berniat mahu beritahu Riyaz.

Riyaz beban!

"Jumpa kawan kejap," bohong Nufail. Dia melangkah pergi. Lorong VVIP tempat di mana langkah manusia tadi dituju. Sambil mengintai sekeliling, Nufail meneruskan langkahnya. Terdapat banyak bilik VVIP di lorong ini. Sekali lagi Nufail mengeluh. Satu hal nak hendap setiap satu bilik di sini.

"Bang, kau dah jumpa ke?"

Ketika ini, baru Nufail sedar dia sedang memakai ear-piece. Nufail segera tekan butang kecil pada alat komunikasi di telinga.

"Kau masuk sini, banyak sangat bilik. Jenuh aku nak cari." Ujar Nufail. Nufail sambung menghendap secara senyap. Langkah diatur sebaik mungkin. Dia tahu kawasan ini tiada CCTV. Sebab itu dia berani berbuat begini. Kemudian dia sekadar memerhati kelibat seseorang yang baru sampai di hadapan dia.

"Dia masuk sini ke?" Nufail angguk.

"Kita berpecah. Aku pergi lorong kiri, kau pergi lorong kanan. Kalau dah jumpa terus roger." Arah Nufail. Nufail beredar pergi. Tak sampai lima tapak, langkahnya terhenti. Kepala ditoleh ke belakang.

"Fir," panggilnya perlahan.

"Kenapa bang?"

"Jangan terlalu ikutkan emosi. Tahan dulu," pesan Nufail. Dia ingat pesan Darya. Emosi Firash tak stabil buat masa sekarang. Kadang kala lelaki itu masih tak boleh terima bahawa ibunya sendiri merupakan seorang pembunuh. Firash tersenyum nipis. Dia faham kakaknya dan Nufail risaukan dia.

"Insyaallah."

Memandangkan ini tempat tumpuan ramai. Syakila selaku ibu Darya itu memilih tempat ini sebagai tempat perjumpaan dia bersama pelanggannya. Apa nak hairan? Terang-terang TREC ini merupakan tempat hiburan. Serupa Genting Highlands. Sudah tentulah golongan atasan juga ada di sini. Buat kerja haram.

Langkah Nufail terhenti apabila terlihat Syakila berada dalam bilik hadapan itu. Pendengaran ditajamkan. Dia mahu dengar setiap butir perbualan tersebut. Dia menolak lidah ke dalam pipi. Sakit mata apabila melihat wanita tua itu bebas daripada sebarang hijab.

"Have you ever heard about Nyx?" Kening Nufail bertaut. Nyx?

"That dancer?" Tanya Syakila pula. Dalam diam Nufail sedang berfikir. Nyx itu Maleeqa yang dia kenallah, kan? Kelibat Firash sedang mendekat Nufail pandang sekilas. Jari telunjuk dilekap ke bibir. Tanda senyap.

"Yeah. Gadis perempuan itu. Kau ada jual khidmat lain juga kan?" Soal lelaki tua berpangkat dato' itu. Gelas berisi wain di tangan sesekali digoyang perlahan. Dalam kepala, dia sudah memikirkan gadis muda itu. Dia mahukan Nyx jadi miliknya!

"Khidmat macam mana itu, Dato' Khalid?" Jujur, Nufail geli tekak bila dengar pangkat dato' itu. Sungguh. Atas dasar apa dia dikurniakan pangkat tersebut? Sedangkan kaki melangkah keluar masuk kelab malam. Lansung tak berbakti kepada masyarakat. Semua yang terpapar di akhbar hanyalah sekadar lakonan semata.

"Like kidnapping?" Serentak, Syakila melepaskan tawa. Oh, tolonglah! Kerja-kerja begitu semua petik jari saja bagi dia.

"Untuk pelanggan tetap macam dato' semua boleh." Syakila bermanis mulut. Nufail mengerling ke arah Firash. Jelas lelaki itu sedang mengetap rahang tajam. Dalam diam dia kecewa dengan apa yang dia nampak depan mata sekarang. Aurat ibunya jelas terdedah.

Firash malu.

"Aku nak budak Nyx itu, kau boleh buat?" Tanya Dato' Khalid lagi. Kali ini nada suaranya kedengaran lebih serius. Dia nekad. Dia mahukan Nyx. Gadis itu seakan ada tarikan sendiri. Dia sukakan gadis seperti Nyx. Muda, cantik juga sombong. Dia rasa tercabar bila gadis itu pernah tolak lamaran dia.

"Sure, tapi beri I masa okay, dato'? Dato' pun faham kan ada bisnes I perlu selesaikan lagi empat hari." Lagi empat hari, lagi empat hari... Kemas Nufail simpan maklumat itu dalam kepala. Bermakna tepat pada hari isnin. Pertengahan bulan April. Akal fikiran Nufail mula bekerja semula. Patut ke dia ambil tahu pasal Inaya? Ataupun biarkan saja? Bukan ke kalau Syakila sudah ditangkap, serta-merta tiada siapa boleh menculik Inaya?

Nufail buntu.

Tapi... budak itu bukan ada kena mengena dengan dia pun. Haih.

"Biasanya kau jual organ-organ itu ke Indonesia, kan? Kali ini ke mana pula?" Soal Dato' Khalid. Sudah bertahun dia berurusan dengan Syakila. Sebenarnya dia merupakan salah seorang pelabur hospital swasta. Dia juga kadang-kadang bertanggungjawab untuk dapatkan pembekal organ. Melalui Syakila lah dia dapat semua organ-organ tersebut. Boleh kata, sisi gelap hospital swasta tersebut. Masyarakat luar tak pernah tahu kerja kotor mereka.

"I plan mahu luaskan ke Thailand pula. What do you think, dato'?" Dato' Khalid sesekali angguk kepala. Faham dengan rancangan masa depan Syakila. Bagi dia itu merupakan rancangan yang bagus. Perniagaan haram itu dapat dikembangkan lagi dan lagi.

"Great. Kira-kira pukul berapa kau nak pindahkan semua organ tu?" Pada masa yang sama, Nufail dan Firash rasa mahu sujud syukur. Soalan-soalan Dato' Khalid sedikit sebanyak dapat membantu kegiatan mereka.

"Dalam pukul 11 pagi macam tu." Nufail tepuk bahu Firash. Isyarat ajakan keluar dari tempat itu. Dia yakin mereka berdua bakal keluar dari ruangan itu tak lagi. Dia dan Firash tak mahu tertangkap. Firash seakan faham, berjalan dulu menuju ke pintu keluar. Sesekali godaan perempuan-perempuan di situ dia tepis. Nufail masih berdiri di situ merenung Dato' Khalid dari jauh.

Kenapa orang tua itu mahukan Maleeqa? Sedangkan ramai lagi penari di luar sana. Tengok saja dalam kelab ini. Penari tiang pun bersepah.

[C] Bukan Bidadari NufailTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang