7

3.6K 178 1
                                    

HARI ketiga. Bermaksud hari ini sudah masuk hari ketiga Inaya mengganggu ketenteraman Nufail. Pada ketika ini, Nufail rasa mahu sujud syukur sahaja bila budak terencat ini muncul betul-betul selepas Darya pulang. Entah kebetulan apa, dia terserempak pula dengan Inaya dalam bangunan Exchange TRX ini. Inaya apa lagi, terus meluru ke arah Nufail. Langkahnya diekori Inaya menuju ke luar bangunan.

Sepasang mata Inaya terkebil-kebil tatkala membaca papan tanda terletak di hujung kawasan tempat mereka berada sekarang.

'Smoking area'

Arden Nufail merokok? Inaya mula berperang dalam hati. Dia tak suka lelaki merokok! Kemudian telinga menangkap bunyi pemetik api. Serentak dia menoleh ke arah Nufail. Inaya ketap bibir. Lelaki itu sungguh selamba hisap rokok di hadapan dia. Nufail buat tak tahu. Walaupun dia perasan dahi Inaya mula berkerut tak suka bila bau asap rokok menyapa rongga hidung. Kisah pula Nufail kalau budak itu suka ke tak.

"Perempuan tadi itu siapa, Arden?" Tanya Inaya. Bau asap rokok cuba diabaikan. Dia baru teringat ada susuk tubuh wanita bersama Nufail tadi sebelum dia muncul di sebelah Nufail. Inaya tahu ini terlalu awal. Tapi Inaya cemburu!

"Ada kena mengena dengan kau ke?" Akhirnya. Lelaki itu bersuara juga dengan Inaya hari ini. Puas Inaya bercakap seorang diri sejak tadi. Inaya mendekatkan diri ke arah Nufail. Terus Nufail menjauh. Apa hal budak ini? Tiba-tiba saja merapat ke arah dia.

"Ada! Nanti I jadi girlfriend you. Jadi I kena tahu dengan siapa you berkawan." Dengan yakin Inaya membalas. Nufail sudah berdecit halus. Mana budak ini beli confident eh? Dia rasa macam Inaya terlebih dos confident. Habis merapu kata nak jadi teman wanitanya. Nufail pandang Inaya atas bawah. Kemudian dia gelak sinis. Tergeleng-geleng kepalanya. Seolah ada badut di hadapan. Inaya pula sudah pasang wajah cemberut.

Tanpa sebarang amaran, Nufail tundukkan kepala. Menyamai paras wajah Inaya. Nufail hembus asap rokok ke wajah cantik itu. Serentak Inaya terbatuk menerima asap rokok tersebut sebelum menjauh ke belakang. Untung saja bau asap rokok itu tak teruk seperti rokok lain yang ada dalam pasaran sekarang.

"Bukan masalah kau, budak." Nufail senyum senget. Penuh mengejek apabila melihat wajah gadis itu merah akibat terbatuk.

Kan dia sudah kata. Dia tak berminat dengan perempuan lain selain Darya. Itu bermakna dia memang tak kisahkan pasal perempuan lain pun. Lantaklah kalau dia berbuat begitu tadi sangatlah tak baik untuk kesihatan gadis itu sekalipun. Apa yang Nufail tahu. Itu bukan masalah dia. Lagi satu, gadis itu kata sebagai teman wanita dia nanti kena tahu dengan siapa dia berkawan?

Tolonglah, belum apa-apa lagi terasa sudah dikongkong.

"Siapa perempuan tadi tu, Arden? Jawablah. I nak tau." Inaya membentak kecil. Dia tak mahu dengar wanita tadi itu isteri ataupun teman wanita Nufail. Dia tak dapat lihat wajah itu dengan jelas kerana tubuh wanita itu membelakangi dia tadi. Nufail sudah mendengus.

"Dia perempuan yang aku suka. Puas hati kau? Dah, balik." Halau Nufail. Inaya sudah gigit bibir. Jadi... Nufail suka perempuan bertudung? Takkanlah dia kena berhijab juga baru dapat cuit hati Nufail? Inaya geleng kepala. Tak boleh. Dia tak mahu rosakkan imej wanita bertudung semata mahu pikat Nufail. Lelaki itu memandang Inaya kosong. Baru kena reject, dah tak waras ke?

Sepasang mata gelap itu menangkap cahaya flash kecil tak jauh dari mereka. Tubuh Inaya membelakangi cahaya tersebut. Buat seketika, dia berfikir. Nak kata kamera itu merakam gambar dia, macam bukan. Dia bukan siapa-siapa. Jauh daripada gelaran artis mahupun ahli perniagaan. Kemudian dia pandang Inaya semula. Budak ini?

Terus fikirannya terbayang nama Nyx yang selalu disebut Eiyana dan Riyaz. Dalam hati Nufail sudah mencarut hebat. Masalah lagi!

"Maleeqa," panggil Nufail perlahan. Terus Inaya dongak memandangnya.

"Selalu... kau ada paparazi ke?" Soal lelaki itu perlahan. Inaya kelihatan sedang berfikir sejenak.

"Ada, tapi biasanya saya kena lari." Nufail mengeluh. Hujung puntung rokok ditenyeh ke atas besi tong sampah khas untuk sisa rokok. Jaket kulit itu dibuka. Kemudian dia campak ke atas kepala Inaya. Dia pun tak mahu terpalit sama dalam berita murahan Inaya. Inaya pandang Nufail hairan. Wajah lelaki itu ketat sekali. Tak tunggu lama, Nufail mencengkam lengan Inaya. Tubuh gadis itu dibawa masuk ke dalam bangunan Exchange TRX semula.

"Lain kali kalau rasa diri tu tumpuan paparazi, menyamarlah sikit. Ini menyusahkan aku. Aku bukan bodyguard kau." Jaket tadi diambil semula. Nufail jeling gadis itu tajam sebelum meninggalkan gadis itu seorang diri. Inaya masih blur. Sungguh. Dia tak faham. Dan bila anak matanya menangkap kelibat seorang lelaki berpakaian mencurigakan bersama sebuah kamera. Dia mencarut kecil. Telefon dikeluarkan dari dalam beg tangan. Lantas nombor telefon pengurusnya didail.

"Chloé, hurry back. There are paparazzi here."

Inaya tolak rambut ke belakang. Punca betullah manusia macam ini. Ganggu privasi dia satu hal. Lepas itu menambahkan lagi kemarahan Nufail! Susah-susah dia nak mengorat Nufail. Tiba-tiba kena perli balik sebab sudah menyusahkan Nufail. Inaya mencerlung tajam ke arah paparazi tak bertauliyah tersebut.

"Young lady," panggil Chloé dengan nafas tercungap-cungap. Dia datang bersama pengawal peribadi Inaya. Terus Inaya beri isyarat mata kepada pengawal peribadinya ke arah di mana paparazi itu terletak.

"Nyx?" Inaya menoleh. Seorang budak perempuan mungkin dalam linkungan 17 tahun sedang sapa Inaya. Wajahnya tadi tegang kini sudah kendur. Inaya ukir senyuman manis. Dia dah cakap. Dia layan peminat perempuan dia saja.

"Ya? Apa-apa boleh I bantu?" Tanya Inaya lembut. Budak perempuan itu sudah tersenyum cerah. Rezeki dapat berjumpa dengan Nyx!

"Urm... saya nak ambil gambar dengan signature Nyx boleh?" Inaya lantas mengangguk. Budak ini tak memaksa seperti segelintir peminat fanatik dia. Jadi dia sungguh tak keberatan untuk ikutkan sahaja permintaan budak perempuan ini. Dengan senang Inaya sambut sebatang pen di tangan peminatnya. Telefon juga diambil. Beberapa keping gambar selamat masuk ke dalam galeri.

"You nak I sign dekat mana?" Tanya Inaya lagi.

"Sini, belakang telefon." Permukaan belakang telefon disalut casing ditunjuk. Inaya hanya akur. Sambil turunkan tandatangan, sepasang telinganya sekadar mendengar soalan diajukan kepada dia.

"Abang handsome tadi itu, boyfriend Nyx ke?" Hujung bibir Inaya terjungkit naik. Pertama, kerana ketampanan Nufail diakui peminatnya. Kedua, sebab peminatnya sangka itu merupakan teman lelaki Inaya. Dan, Inaya suka! Inaya suka orang nampak mereka berdua seolah pasangan kekasih.

"Are we a picture-perfect match?" Soalan tadi dibiar tergantung. Dia mahu tahu apa pandangan orang luar terhadap dia dan Nufail.

"Absolutely perfect, Nyx!"

Dan Inaya suka pujian itu!

[C] Bukan Bidadari NufailWhere stories live. Discover now