MARKAS Dato' Khalid dirempuh masuk oleh Nufail, Isaac dan juga Zati. Ketiga-tiga berpakaian serba hitam. Nufail berjaya jejak lokasi Lara melalui telefon Zati. Zati membetulkan ikatan rambut. Pintu-pintu bilik yang terdapat pada markas tersebut diperhati lama. Seperti ada sesuatu yang tak kena. Kemudian, pandangan beralih ke arah Isaac. Zati menyentuh bahu Isaac.
"Kenapa?" Soal Isaac dengan intonasi rendah. Lebih kepada berbisik.
"I rasa kita dah terlambat." Ucap Zati. Markas ini telah dipecah masuk oleh orang lain terlebih dahulu. Lihat saja pintu-pintu bilik dibuka terpelahang. Sepatutnya bilik sejuk beku tak boleh biarkan pintu terbuka. Nufail tunduk memandang lantai apabila kaki tersepak sesuatu. Ternyata, ada sekujur tubuh yang tidak lagi bernyawa.
"Kita dah lambat. Out. Plan A has been scrapped. Move to plan B." Kata Nufail sebaik sahaja sedar markas itu kelihatan sungguh kucar-kacir. Belum sempat Nufail memusingkan tubuh, langkah Nufail mati. Serentak, langkah Isaac dan Zati turut sama terhenti.
"T-tolong," ujar suara itu perlahan. Zati membulatkan mata. Pantas dia berlari ke arah sekujur tubuh lemah Lara. Lara sedang menekap bahu yang telah ditembak menggunakan tangan. Nufail dan Isaac memandang sesama sendiri.
"Mana Maleeqa?" Keadaan Lara diabaikan. Dia mahu tahu di mana Inaya berada sekarang.
"Dia... dah diculik." Lara bersuara payah. Terlalu perit luka tembakan di bahu. Syukurlah mereka bertiga sampai tak lama selepas Inaya dan lelaki tadi pergi. Kalau tak, mungkin Lara bakal kehilangan lebih banyak darah lagi. Zati masih tak keluarkan sebarang kata. Dia masih marahkan Lara.
"Isaac, bawakan dia." Pinta Zati. Dia tak larat mahu dukung Lara. Tanpa sebarang kata, Isaac mendekati Lara. Tubuh Lara dicempung mudah. Lara senyap tak terkata. Kepalanya menunduk. Sesekali bibirnya mendesis sakit. Begini rasanya ditembak huh.
"Apa dah jadi?" Soal Isaac dingin. Wajah Lara dalam cempungannya lansung tak dipandang. Zati dan Nufail sekadar pasang telinga. Mereka pun mahu tahu apa sebenarnya yang terjadi sebelum mereka sampai ke markas itu. Lambat-lambat Lara membuka mulut.
"Masa I... b-berbual dengan Inaya, markas K-Khalid diserang-"
"Kau sempat berbual dengan isteri aku?" Potong Nufail. Kedengaran sangat tak logik. Ada ke orang diculik ketika berbual? Lara ketap bibir. Masa aku nak explain kau mencelah. Kau ingat senang ke aku nak bercakap dalam keadaan sakit macam ini? Patut ke Lara beri arahan supaya Nufail bisu buat beberapa minit?
"I nak h-halang Inaya... pergi. I t-tahu kau orang akan... datang. Lepas itu... I d-ditembak." Seksa! Sebab terlalu sakit. Lara terpaksa pendekkan cerita sependek-pendeknya. Dia tak mahu bercakap lagi. Rasa nak mati!
"Kau orang on the way ke rumah ke?"
Soal satu suara datang daripada earpiece yang dipakai oleh mereka bertiga. Baru sedar kewujudan Riyaz. Riyaz bertindak sebagai 'mata-mata' mereka hari ini. Jika perlu, dia akan menggodam mana-mana cctv yang ada bagi mengawal keadaan. Dan sekarang, dia sedang memastikan lokasi mereka bertiga sentiasa dapat dikesan daripada hilang.
Nasib baik kali ini Riyaz berguna.
"Haah. Plan B. Bersiap, dan kita akan ke Louvre Museum." Putus Nufail. Muzium Louvre, merupakan salah satu muzium dan tugu bersejarah Perancis dan paling dilawati di dunia. Melalui hasil carian Nufail dan Riyaz, terdapat satu ruang persendirian buat para bangsawan. Di mana dewan itu digunakan ketika ada sebarang majlis bidaan. Atau erti kata lain, itu merupakan sisi gelap para bangsawan di Perancis dan seluruh pelusuk dunia.
Ada juga orang kenamaan dari negara lain bakal hadir ke Muzium Louvre hari ini untuk turut sama menyertai acara bidaan tersebut. Bagi mereka, dengan membida dapat pamerkan sejauh mana kekayaan mereka kepada para bangsawan lain. Nasib mereka baik, kerana Zati berjaya dapatkan tiket acara tersebut dengan menggunakan nama bapanya. Biasanya bapa Zati hanya akan menyertai acara bidaan potret.
Tak lebih, dan tak kurang.
"Perempuan ni nak bawa ke mana?" Soal Isaac sambil memandu. Sempat Lara dikerling sekilas melalui pantulan cermin.
"Rumah. Panggil aje doktor datang. Dia masih berguna untuk kita." Dengar sahaja ayat Nufail. Lara menunduk. Sabar Lara. Kau layak dilayan begini. Pujuk Lara dalam hati. Zati lansung tak mahu memandangnya. Malah, sejak tadi lagi dia diam membisu. Kalaulah mereka faham punca sebenar dia lakukan semua ini? Lara tak mahu kehilangan ibu dia. Dengan siapa lagi dia mahu bergantung jika ibu tiada.
Dia takkan biarkan ibunya mati atas sikap keji bapa kandungnya sendiri.
Kalau dengan membantu suami dan abang Inaya dapat sumbat Dato' Khalid ke dalam penjara. Dia sanggup buat apa sahaja. Walaupun Lara tahu, berkemungkinan besar dia bakal masuk penjara sekali. Dia sudah dikira bersubahat dengan Dato' Khalid. Khaira Alara anak Dato' Khalid dan Puan Wahida hasil dirogol. Kenyataan yang begitu perit tetapi benar.
Puan Wahida mangsa keganasan rumah tangga Dato' Khalid. Namun, tiada siapa pun tahu melainkan Lara dan ibunya. Ketika dia berusia 13 tahun, Dato' Khalid hampir mahu rampas hak jagaan dia daripada Puan Wahida. Lara berkeras. Walaubagaimanapun, Dato' Khalid meletakkan syarat untuk sentiasa rapat dengan Inaya. Dato' Khalid seorang pedofilia. Jijik, bukan?
Lebih teruk lagi, ketika Inaya terpaksa diwadkan ke hospital swasta di mana Dato' Khalid merupakan antara pemegang saham. Laporan perubatan Inaya sampai ke tangannya. Ketika itu dia tahu Inaya mempunyai darah emas. Menguatkan lagi keinginan dia untuk memiliki Inaya.
Tak hairanlah dia mahukan Inaya sejak dulu lagi.
"I-I boleh jalan s-sendiri." Kata Lara sebaik sahaja pintu dibuka Isaac. Isaac buat tak dengar. Lalu tubuh Lara dicempung mudah.
"Aku tolong kau sebab kau dah lindungi adik aku tadi sampai kena tembak." Balas Isaac datar. Dia takkan pernah sukakan perempuan macam Lara. Sejak dulu lagi Lara tak habis-habis membuli mental Inaya. Isaac benci. Mentang-mentang Inaya begitu polos. Mudah mereka ambil kesempatan terhadap Inaya.
"Weh, asal dia ada dekat sini?" Sapa Riyaz sebaik sahaja Isaac melangkah masuk ke dalam rumah. Lara dipandang bagaikan makhluk aneh. Sekarang ini, yang anehnya Riyaz! Bagaimana buaya tembaga ini boleh pelik nampak perempuan? Selalunya bukan main pantang. Habis segala jurus buaya dia keluar.
"Asal? Kau nak try? Nak ambillah." Tubuh Lara diacah pada Riyaz. Ya Allah, dia orang sedar aku manusia hidup atau tak? Nampaklah Nufail di sini bahawa mereka agak out bab batas dan hukum-hakam semua. Tapi Nufail tak mahu kata lebih.
"Uish, tak nak aku. Cuma itulah, aku rasa pelik." Komen Riyaz.
"Apa yang pelik?" Isaac mengemaskan dukungan Lara. Apa hal si Riyaz ini nak bercakap pun terkial-kial!
"Kenapa perempuan ni nampak kampung sangat?" Nufail pejam mata sesaat. Kenapa dia ada sepupu benak macam Riyaz? Seteruk-teruk mulut pedas Nufail. Dia tak pernah keluarkan kata-kata begitu. Nufail picit dahi. Sambil mengurut perlahan.
"Riyaz." Panggil Nufail sepatah.
"Apa?"
"Kenapa kau nampak sial sangat?" Dan seisi ruang tamu itu senyap tak terkata.

ANDA SEDANG MEMBACA
[C] Bukan Bidadari Nufail
RomansaBOOK 2. Spin-off Aryan: Her Biggest Heartbreak Kata Darya, Arden Nufail ini bersikap lembut walaupun dingin. Namun, kenapa dia bersikap kasar terhadap Inaya Maleeqa? Tutur kata lelaki itu pedas sekali. Lansung tidak menjaga sekeping hati Inaya. Dan...