14

3.8K 169 4
                                    

KERUSI roda sedang berputar itu Nufail pandang kosong. Permandangan dia setiap kali dia lambat masuk ke pejabat selepas mesyuarat. Entah kuasa apa Inaya ada sampaikan Eiyana boleh benarkan gadis ini masuk ke dalam pejabat dia sesuka hati. Entah-entah si budak Maleeqa ini ada rasuah Eiyana apa-apa tak? Soal Nufail sendirian. Dia kini duduk bertentangan dengan Inaya yang sedang membelakanginya. Gadis itu masih belum sedar Nufail sudah masuk ke pejabat.

"Wee..." Ujar suara kecil itu perlahan. Bila dengar, persis kanak-kanak ribena! Nufail tak nafikannya. Selalu Inaya berlagak diva di hadapan dia. Tiba-tiba hari ini sisi kebudakan gadis itu terserlah habis.

"Empuknya kerusi Arden... selalu kita asyik dapat luka aje sebab menari atas pentas." Kata Inaya pula. Nufail kerutkan dahi. Dah kata penari, memanglah kerja kau atas pentas! Siapa suruh kerja macam itu.

"Ehem," Nufail sengaja berdehem. Dia pandang kerusi roda yang sedang membelakanginya itu bersahaja. Dah rasa macam jaga adik tahu tak. Adik dia pun tak berani nak terjah datang pejabat dia macam ini. Inaya seorang sahaja berani mati buat syarikat ini macam keluarga dia punya. Kerusi roda itu serta-merta berhenti bergoyang perlahan. Inaya kaku. Kenapa dia tak perasan Nufail sudah masuk sejak tadi? Sedar tak sedar, dah sebulan dia teruskan kegiatan mengganggu Nufail ini.

"Stay put, Maleeqa." Baru sahaja Inaya mahu berdiri. Pergerakannya terhenti apabila dengar suara parau itu memberi arahan. Inaya teguk liur kesat. Macam sudah salah langkah saja. Patutnya dia perlu simpan amaran Nufail kemas-kemas dalam kepala. Sudah lebih tiga kali Nufail larang dia duduk atas kerusi empuk itu.

"Pusing sini, menghadap aku." Arah Nufail lagi. Degil sungguh budak ini. Perlahan-lahan, Inaya pusing kerusi. Betul-betul menghadap Nufail. Kepala sudah tunduk ke bawah. Serupa kanak-kanak kecil sedang ditangkap bersalah oleh ayahnya. Nufail segera bangun dari kerusi. Dia berjalan menuju ke tempatnya. Kerusi tersebut dipusing menghadap dia. Tangan diletak antara kiri dan kanan Inaya. Serentak tubuh direndahkan.

"Kau memang degil kan, Maleeqa?" Intonasi suara Nufail rendah. Inaya tahu ini merupakan petanda kurang baik. Aura Nufail terasa dingin. Kalau ada wap seperti dalam peti sejuk beku. Inaya yakin ada wap penuh berasap di sekeliling Nufail.

"I t-tak sengaja." Inaya pejam mata bila sedar dirinya mula tergagap. Ah, dia benci perkara ini!

"You had clear instructions, and you still messed it up, aurora." Kata Nufail lagi. Dia tersenyum senget. Tak sengaja? Rasanya dah berkali-kali Nufail bagi amaran yang sama. Nufail rasa lama-lama dia boleh gila. Gila sebab hadap karenah Inaya. Orang tak suka, pun dia berkeras. Dia ingat Nufail ini seperti lelaki lain ke? Pantang digoda. Kalau Riyaz iyalah. Tapi gadis ini sedang berdepan dengan Arden Nufail. Bukan Riyaz. Nufail sendiri pun belum ada tanda mahu buka hati kepada orang lain.

Inaya diam.

"You shouldn't have feelings for me, aurora." Ujar Nufail perlahan. Dia akui. Gadis ini cantik. Sangat cantik. Tapi dia tak boleh. Dia tak ada hati dengan Inaya. Lagipun, dia tak layak untuk Inaya. Kalau dia mahukan sesuatu hubungan, dia mahu hubungan itu berakhir dengan perkahwinan. Tapi dari gaya hidup dia sendiri. Dia tak layak untuk jadi seorang suami. Dia tak yakin dia mampu untuk bimbing seorang isteri seperti Inaya. Dia takut isterinya nanti sukar dibentuk. Tambahan lagi, apa guna sebuah perkahwinan itu tanpa rasa cinta?

"Falling for me will only lead to disappoinment, Maleeqa. Aku tak nak sakitkan hati perempuan." Nufail cuba berlembut.

"I... I can't stop myself from liking you, Arden." Jujur Inaya pula. Nufail sudah pejamkan mata seketika. Ya Allah, kenapa Kau hadirkan seorang insan seperti Inaya Maleeqa dalam hidup aku? Soalnya dalam hati. Dia tak tahu apa fungsi Inaya dalam hidupnya. Nufail menghela nafas. Wajahnya tadi lembut bertukar dingin sambil merenung Inaya dalam.

"Kau suka aku?" Wajah Nufail datar. Hilang sudah intonasi suara lembut tadi. Inaya abaikan. Dia sudah biasa dengan sikap dingin Nufail. Kemudian, Inaya angguk. Nufail mengukir senyuman sinis. Dia mengundurkan diri. Tubuh Inaya dipandang dari atas ke bawah. Penuh menghakimi.

"Tapi kau tak bertudung macam dia," Nufail mengerling ke arah satu bingkai gambar di mana terpapar gambar dia bersama Aryan dan Darya. Tahulah Inaya bahawa wanita itu merupakan seseorang yang Nufail suka. Dia sedar. Jurang dia dan Darya terlalu besar. Tapi, bukankah wanita itu merupakan isteri kawan baik Nufail sendiri? Inaya keliru.

"Dan aku tak nak isteri aku nanti suka tayang body dekat jantan lain. Kau penari Inaya. Kau tahu tak, dalam perspektif Islam. Tarian kau itu ada unsur-unsur tak bermoral. Kau menari di hadapan khalayak ramai, depan lelaki. Gerakan tubuh kau itu menonjol," cemuh Nufail. Lansung tiada kelembutan seperti mana Aryan tegur Darya.

"Nampak murah. Macam pelacur." Sambung Nufail lagi.

PANG!

Serentak. Wajah tampan itu dihinggap penampar sulung daripada Inaya. Berdesing. Nufail sudah tolak lidah ke dalam pipi. Kalau ini sahaja caranya agar gadis itu jauhkan diri daripada dia. Dia rela kena lempang. Dia tahu dengan menghina maruah Inaya itu salah. Tapi dia dah cukup bersabar selama ini. Wajah gadis itu sudah naik merah. Marah. Dia boleh terima teguran seseorang. Tapi jangan sampai menghina maruah dia.

Dia masih ada maruah.

"I tak kisah kalau you benci I sekalipun. I terima segala teguran orang untuk I. Tapi you dah melampau, Arden. I masih ada maruah. You samakan I dengan pelacur? What defines you as a man, Arden Nufail!" Suara gadis itu naik seoktaf. Kecewa dengan diri sendiri kerana sukakan lelaki mulut sial seperti Nufail. Sepatutnya dia sedar dari awal. Lelaki sentiasa akan jadi lelaki. Menyakitkan hati. Inaya benci kaum lelaki. Kecuali ayah dan abangnya. Lelaki seperti Nufail ini, tak bertamadun.

"I ingat, you macam lelaki lain. Hormatkan perempuan. Tapi I silap. Lelaki semua sama! Sampah. Memang patut pun dia tak kahwin dengan you. You tak layak jadi suami. You tak layak jadi pemimpin dengan mulut longkang macam tu!" Hambur Inaya lagi. Beg tangan dicapai. Terus dia berjalan mahu keluar. Sengaja dia langgar bahu Nufail kuat. Hatinya terlalu sakit.

Arden Nufail bodoh.

Nufail terdiam. Seolah baru tersedar apa yang keluar dari mulutnya tadi. Dia toleh ke arah pintu. Ternyata ada Aryan berdiri tegak di situ. Aryan merenung Nufail datar. Dan Nufail tak pasti apa yang ada dalam fikiran Aryan sekarang. Dia agak lelaki itu dengar isi perbualan mereka berdua tadi. Aryan masuk. Pintu ditutup rapat.

"Aku tahu aku tak layak bagi nasihat dekat kau. Tapi, kau tahu kan martabat perempuan itu tinggi? Rasulullah SAW bersusah payah angkat darjat perempuan, Pael. Kenapa kau hina budak itu macam tu? Dia ikhlas sukakan kau. Kau rasa Arya suka ke kalau dengar kau cakap macam itu dekat budak tu?" Tanya Aryan. Nufail senyap tak terkata.

"Arya ada marah tak kau sukakan dia? Ada tak dia mesej kau, hina kau lepas tahu kau dah sedar, dah sihat?" Tanya Aryan lagi. Perlahan-lahan Nufail geleng kepala. Betullah apa Inaya kata tadi. Dia tak layak lansung jadi suami Darya. Dia tak layak jadi suami dan dia tak layak jadi pemimpin. Lihatlah sekarang perbezaan antara dia dan Aryan.

Lelaki itu sentiasa tenang dalam memberi nasihat.

"Cari masa untuk sedar salah kau semula, Pael. Muhasabah diri. Bila kau dah okay. Cari dia. Hati perempuan mana tak kecewa kalau lelaki dia suka hina dia macam tu? Aku pun tak nak kata lebih. Aku ingat nak ajak kau lunch. Tapi tak apalah, aku keluar dengan Fir aje." Bahu Nufail ditepuk lembut. Aryan geleng kepala.

Nufail, Nufail...

[C] Bukan Bidadari NufailWhere stories live. Discover now