28

3.9K 154 3
                                    

BOOT kereta ditutup Nufail sebaik sahaja beg bagasi terakhir diletakkan ke dalam kereta. Terus dia mengatur langkah menuju ke arah dimana terletaknya Inaya dah ahli keluarganya. Masing-masing tak putus memberi pesan kepada si bongsu yang baru bergelar isteri. Boleh kata Inaya telah langkah bendul lah kiranya memandangkan Isaac dan Inara masih belum berkahwin.

"Inaya jangan ingkar arahan suami ya? Ingat pesan mummy ni." Tubuh Inaya dipeluk erat Puan Maria. Berat hati mahu melepaskan anak bongsunya. Selama ini mana pernah Inaya berpisah dengan keluarga.

"Inaya faham, mummy." Entah berapa puluh kali sudah Puan Maria bebelkan perkara yang sama. Sampaikan Inaya sudah hafal setuap kata-kata Puan Maria. Kini Inaya mencapai tangan yang disua Inara. Jarang betul nampak batang hidung Inara memandangkan wanita itu sentiasa sibuk di hospital. Sekali sekala sahaja dia boleh melekat di rumah.

"Jangan lupa bagi kak Nara anak buah cepat-cepat- auw sakit adik sakit!" Tempik Inara. Kepala Inaya ditolak menjauh. Lansung mengabaikan adik iparnya yang hanya memerhati tindak-tanduk mereka berdua sejak tadi. Biar suami Inaya nampak perangai sebenar isteri dia ini! Mana pernah perangai Inaya ini senonoh. Selalu menguji kesabaran seisi rumah.

"Mummy, tengok adik ni!" Inara mencebik sambil mengusap kekura tangan. Mana tak sakit, Inaya sempat gigit kekura tangannya tadi.

"Kamu pun kerja asyik menyakat aje." Puan Maria sudah geleng kepala. Macam-macam ragam betullah anak-anak dia ini.

Seterusnya, Isaac. Belum sempat Isaac mahu hulur tangan, Inaya sudah peluk tubuh abangnya dahulu. Inaya lebih rapat dengan Isaac memandangkan jurang umur mereka pun tak jauh. Tubuh Isaac mulanya mengeras kerana tak menjangka tindakan Inaya mula rileks semula. Tapak tangannya naik mengusap belakang tubuh Inaya. Sejak dulu, ketika Inaya dilanda masalah pasti Isaac paling mara ke depan. Isaac tempat Inaya mengadu.

"Jaga diri adik lepasni. Abang tak selalu ada dengan adik." Bahu adiknya ditepuk lembut. Inaya melepaskan pelukan. Nanti dia rindu abang Mika dia! Isaac mengukir senyuman nipis. Tangannya kini naik mengusap rambut Inaya pula.

"Nufail," panggil Isaac. Segera Nufail berpaling.

"Jaga adik aku baik-baik." Hakikatnya, Isaac muda setahun daripada Nufail. Tapi Nufail nampak seolah Isaac lebih matang darinya. Isaac sangat melindungi Inaya. Sedangkan Nufail, nak rapat dengan Aisha pun susah.

"Daddy dan yang lain harapkan kamu jaga puteri bongsu keluarga kami, Arden." Celah Tuan Irsyad pula. Sepasang mata tua itu merenung Nufail sayu. Dia sangat mengharapkan Nufail untuk melindungi Inaya. Nufail angguk perlahan. Dia sendiri tawarkan diri untuk semua ini. Tak ada peluang untuk berpatah balik. Dia bertanggungjawab sepenuhnya ke atas Inaya.

Siap Nufail dan Inaya bersalaman. Kedua-duanya masuk ke dalam perut kereta Nufail serentak. Mahu berpindah sementara ke rumah keluarga Nufail memandangkan Nufail masih mencari rumah yang sesuai untuk mereka berdua. Nufail rasa kondominium dia sekarang agak tak sesuai. Dia tak mahu Inaya rasa tak selesa. Kawasan kondominium dia juga boleh dikatakan agak sunyi.

"Kau okay ke tinggal dekat rumah family aku buat masa sekarang?" Tanya Nufail. Sejak dia putuskan untuk mengajak Inaya pindah keluar, gadis itu hanya akur. Lansung tak membantah. Nufail ingat, Inaya akan membentak. Inaya ini boleh tahan degil. Tak sangka pula dia boleh terima keputusan Nufail dengan hati terbuka.

"Okay aje. Kenapa you tanya? I nampak tak okay ke?" Soal Inaya pula. Wajah dia nampak muram pada pandangan Nufail ke?

"Cuma... pelik. Aku ingat kau akan bantah." Terus Inaya menoleh ke arah Nufail yang sedang memandu. Inaya kembali memandang hadapan.

"You kena ingat, status you sekarang suami I. Bukan sekadar kawan semata. Dulu bolehlah I nak bantah keputusan you. Sekarang I ini isteri you." Terang Inaya bersahaja. Dia tahu dia keras kepala. Tapi dia akan cuba kurangkan sikapnya yang satu itu. Melainkan ada masa-masa tertentu dia tak dapat kawal diri. Memang kirim salam sahajalah, Arden. Inaya tak janji.

"Kalau ada apa-apa tak kena masa kau tinggal dekat sana, jangan sorok daripada aku. Aku tengah cuba cari rumah kita secepat mungkin, Maleeqa." Pesan Nufail. Inaya sekadar angguk. Dia tahu sebahagian daripada keluarga Nufail menerima dia dengan baik sekali. Cuma ada juga indivindu tertentu seolah tak senang dengan kehadiran Inaya ketika majlis pernikahan mereka kelmarin. Inaya cuba tenangkan hati. Positif mungkin itu mainan perasaan. Tapi tetap saja dia rasa tak tenang.

"Aisha tengah sambung master. Tapi dia tinggal dekat rumah itu. Kalau kau rasa sunyi, kacau aje dia masa dia tak ada kelas. Dia tak kisah," beritahu Nufail.

"Along dengan angah you?"

"Masing-masing dah ada keluarga. Dia orang tinggal dengan suami dia orang lah. Takkan semua nak sumbat dekat rumah abah pula." Perli Nufail di hujung ayat. Boleh pula dia tanya. Inaya pula sudah mencebik. Orang tanya saja pun! Bukannya kita berkepit dengan dia macam dia itu teman lelaki kita dulu sampai nak tahu hal semua orang.

"Arden," panggil Inaya perlahan.

"Hm."

"You tak halang I dari terus menari, kan?" Itulah yang Inaya takutkan. Bagaimana dengan penerimaan Nufail? Dan apa pula nanti kata keluarga Nufail? Walaupun sudah lama, dia masih teringat kata-kata pedas Nufail dahulu. Inaya ketap bibir. Dia cuba tenangkan hati. Sabar dia menunggu Nufail berbicara.

"Aku tahu, susah untuk kita tinggalkan perkara yang kita dah biasa buat. Aku cuba terima buat sementara. Tapi once kita betul-betul sudah hidup sebagai suami dan isteri yang sebenar, mencintai satu sama lain. Perlahan-lahan, kau cuba tinggalkan ya, Maleeqa?" Berhati-hati Nufail menyusun setiap kata. Nak lembutkan hati perempuan, kena pandai main jiwa.

"Aku kuat cemburu, Maleeqa. Sekali aku cintakan seseorang itu. Aku takkan lepaskan dia. Dan aku takkan biarkan lelaki lain tatap milik aku. What belongs to me is rightfully mine, aurora." Inaya telan liur yang mula terasa kesat ketika dengar Nufail menekankan ayat terakhir.

Posesif. Dominan. Penuh autoriti.

"Dan I rasa you pun perlu tahu satu perkara tentang I, Arden." Inaya tersenyum sinis. Tajam.

"What is it, aurora?" Soal Nufail pula.

"Once I love that person, I will be obsessed. Very very obsessed. Secara tak lansung, I mahukan dia obses dengan I juga. I would tear the world apart if someone else tried to claim what's mine." Psiko. Lantaklah mereka mahu kata apa, tapi Inaya sungguh protektif jika ianya melibatkan hak dia.

"I tamak dengan hak milik I." Sambung Inaya lagi.

Nufail tersenyum senget. Impressive. Dia sukakan pola pemikiran Inaya sekarang. Kedengaran seolah sangat menjaga hak miliknya.  Jadi, katakan pada dia. Bagaimana dia hendak tanam perasaan dia terhadap Inaya selepas ini?

[C] Bukan Bidadari NufailWhere stories live. Discover now