53

9.5K 289 3
                                        

SETIBANYA Isaac di Lapangan Terbang Charles de Gaulle Paris. Nombor pemandu keluarga Bernard didail. Lelaki berusia 70an itu masih gagah memandu. Dia berkhidmat dengan keluarga Bernard sejak nenek Inaya masih menetap di Paris. Ada kala dia berkerja sebagai teksi apabila anak menantu Madam Aurélie pulang ke Malaysia. Mudah kata, lelaki tua itu seronok memandu!

Saat kaki melangkah masuk ke dalam perut kereta. Isaac tersandar lelah. Penerbangan makan masa lebih dari sepuluh jam membuatkan Isaac jadi lesu. Dia rasa seperti mahu baringkan tubuh sahaja sekarang ini.

Baru beberapa minggu dia tinggalkan Paris, dia terpaksa kembali ke sini kerana risaukan Inaya. Bukan dia tak percayakan Nufail. Namun, sebagai seorang abang. Perasaan gelisah tak dapat dilenyapkan dalam diri. Tambahan lagi apabila Puan Maria begitu risaukan keselamatan anak bongsunya. Lagilah kuat sebab mengapa Isaac perlu kembali ke sini.

Pada mulanya, dia mahu sorokkkan semua ini daripada pengetahuan Puan Maria. Akan tetapi, berita tersebar di media sosial begitu cepat merebak ke serata dunia.

'Shocking News: Nyx almost died. A spotlight almost crushed her on the last day of her dancing perfomance.

Isaac dapat agak. Pasti Nufail tak dapat lelapkan mata dengan tenang sejak hari itu. Bayangkan, isteri sendiri hampir mati dihempap objek besar. Kalau Isaac jadi Nufail, pasti dia sudah trauma. Insiden itu bakal menghantuinya seumur hidup. Malah, Isaac akan menjadi paranoid setiap masa.

Sampai sahaja di rumah agam tersebut. Isaac terus turun dari kereta. Sempat ucapan terima kasih meniti di bibir. Tanpa salam, dia masuk ke rumah. Susuk tubuh Inaya dicari. Namun hampa. Hanya Nufail dan Riyaz menyapa pandangan mata. Spontan kening Nufail terangkat. Aik? Tiba-tiba muncul?

"Mummy risaukan Inaya. Itu aku terbang ke sini. Wakilkan mummy." Terang Isaac tanpa disoal. Nufail sekadar angguk. Dia pun malas mahu bertanya lebih.

"Mana Inaya?" Isaac kelihatan tercari-cari kelibat Inaya.

"Dapur." Balas Nufail sepatah. Jangan kacau dia. Dia sedang sibuk merangka rancangan baru pada skrin iPad tersebut. Sejak tadi lagi dia dan Riyaz memerah otak. Memberikan cadangan dan pendapat. Bermacam-macam spekulasi dibuat walaupun kadang-kadang Nufail rasa Riyaz layak dicampak dari puncak Eiffel Tower.

"Kau fikir kau mafia ke nak serang hendap rumah dia dengan senapang segala jadah?" Perli Nufail. Ingat bila ajak Riyaz sama-sama berfikir, stres dia boleh hilang. Tapi itulah. Rupanya Riyaz adalah bapak kepada semua jenis stres! Dia punya bodoh, dia sempat bagi idea. Serang hendap rumah Dato' Khalid. Bawa semua jenis senjata lepas itu tembak lelaki tua tersebut mati. Dan selesai.

Bijak.

Celah mana nak kutip senjata pun Nufail tak tahu. Dekat kedai dua ringgit ke?

"Aku gurau aje." Kata Riyaz. Kenapalah sepupu dia ini sangat dingin? Dia ingat dengan dingin dia itu boleh sejukkan suhu Malaysia ke? Mungkin sebab Nufail anak nombor tiga. Pe'el dia lain maciam. Fikir Riyaz dalam hati. Dah berzaman dia cuba tabahkan hati. Menerima hakikat bahawa emosi Nufail ini agak tak normal daripada manusia biasa.

"Aku dah ada idea." Ujar Nufail.

"Idea apa?"

"Yang pasti, abah aku kena terlibat sama." Ucap Nufail. Hubungan dia dan Tuan Nuqman mana elok lagi. Dia pun tiada masa mahu menghubungi Tuan Nuqman. Sebetulnya, bukan tiada masa. Cuma dia tak mahu. Tuan Nuqman sungguh keras hati. Mana pernah lelaki tua itu meminta maaf kepada Maleeqa. Huh.

Nufail mahu lihat. Sejauh mana Tuan Nuqman mahu menangkan ego selepas tahu akan kebenaran sebenar. Bukan Nufail tak tahu. Ego Tuan Nuqman terlalu tinggi.

"Abang Mika!" Jeritan petir datang dari arah dapur menyentakkan Riyaz. Riyaz sudah telan liur. Itu suara emas Nyx ke? Riyaz menoleh memandang Nufail. Lelaki itu sekadar bersandar tenang. Menyambung mengolah ideanya seperti tiada apa berlaku. Ataupun, seakan sudah biasa mendengar suara Inaya memekik dalam rumah.

"Itu suara bini kau ke?" Tanya Riaz. Terkejut juga bila dengar suara lembut itu memetir. Boleh tahan garang jugalah kan si Nyx itu?

"Dahtu. Suara siapa lagi." Balas Nufail bersahaja. Dia dah biasa dengar Inaya jerit begitu tiap kali dia berada di dapur. Tak lain tak bukan, pasti Isaac sedang ganggu Inaya memasak. Inaya cukup pantang sesiapa rosakkan bahan masakannya.

"Kiranya dia garang jugalah, kan?" Tanya Riaz lagi. Nufail tersenyum senget. Riyaz direnung dalam. Sehingga bulu roma Riyaz naik mencacak. Kenapa Nufail tampak menyeramkan?

"Dia boleh jadi gila kalau kau nak." Intonasi suara yang agak rendah itu buat Riyaz rasa mahu terkucil. Perkataan gila yang ditekan Riyaz itu. Nampak sungguh... benar. Betulkah Inaya boleh naik gila seperti yang dimaksudkan Nufail? Jika ya. Tahniah. Kerana pasangan itu sama-sama gila!

Nufail tayang riak wajah datar semula.

Jangan cakap aku tak warning. Getusnya dalam hati. Hanya dia sahaja pernah lihat betapa gilanya Inaya. Kalau boleh, biarlah itu hanya terjadi sekali seumur hidup! Nufail tak sanggup lagi mahu lihat sisi psiko seorang Inaya. Bila seraut wajah lembut itu bertukar psiko. Itu jauh lebih menyeramkan daripada sesiapa!

"Kak Nara ada bagitahu abang Mika tak yang dia tertinggal tudung kat sini?" Sambil mencuci pinggan. Inaya mengerling sekilas ke arah Isaac. Menunggu jawapan daripada si abang.

"Tak ada. Tak silap abang, semua tudung itu untuk adik." Maklum Isaac. Itupun atas arahan Inara.

"Kenapa untuk adik pula?"

"Kak Nara kata mana tahu adik terbuka hati nak pakai tudung. Kiranya mulut kak Nara masinlah, kan?" Isaac tak nafikan. Dia pun terkejut bila tengok Inaya bertudung tadi. Terbit juga rasa bangga apabila adiknya sudah berubah sejauh ini. Tabik untuk Nufail kerana mampu mendidik Inaya. Sedangkan dia dan arwah Tuan Irsyad pun sudah berbuih mulut mahu berpesan.

"Hm." Inaya hanya menyahut dengan deheman. Teruk sangatkah dia selama ini sehingga semua harapkan dia untuk berubah? Inaya rasa ya. Syukurlah Nufail sudah sedarkan dia.

"Abang Mika tolong bawakan semua ni ke meja makan. Inaya nak tengok phone kejap. Dari tadi ada mesej masuk. Tapi Inaya tak perasan." Pinta Inaya. Dengan senang, Isaac membantu. Tika Inaya hidupkan skrin telefon. Dahinya berkerut hairan. Jelas menunjukkan ada mesej dari nombor tak dikenali.

- Inaya
- ni I, Lara
- please, hidup I tak tenteram
selagi you tak maafkan I
- kita berjumpa esok boleh?

Dan sekarang Khaira Alara tak henti memohon keampunannya? Inaya ketawa sinis. Nak tunggu aku mati dulu ke baru gelabah nak cari aku semula?

[C] Bukan Bidadari NufailTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang