RIYAZ tenung Nufail tak puas hati. Awalnya dia ajak Nufail lepak di tempat biasa. Tapi Nufail enggan berjumpa di kelab malam itu. Hasilnya, mereka berdua sekarang berada di kedai mamak. Itupun Riyaz terpaksa akur kerana dia nak juga bertemu dengan Nufail. Amukan bapa saudaranya sudah sampai ke telinga abi dan uminya. Pastilah secara tak lansung Riyaz juga dengar khabar angin Nufail mahu berkahwin dengan gadis bernama Maleeqa.
Perasaan ingin tahu Riyaz juga tak kurang tingginya. Cantik sangat ke gadis bernama Maleeqa itu sampaikan Nufail sanggup berbalah dengan pakngah?
"Seriously, bro? Mamak?" Riyaz rasa aneh. Biasa malam-malam buta macam ini kaki dah jejak masuk kelab malam. Tiba-tiba terasa alim sekadar minum di kedai mamak. Macam bukan Riyaz Rafeeq! Nufail nyalakan pemetik api sebelum disua ke hujung puntung rokok. Jangan risau, mereka berdua berada di bahagian luar kedai mamak itu. Tempat dikhaskan untuk perokok tegar.
"Apa masalahnya dengan mamak?" Tanya Nufail balik. Bukannya jatuh pun standard kau bila lepak dekat mamak. Bebola mata digulingkan. Bajet betul mamat ini.
"Takkan kau dah mula cuci tangan kut?" Kening Riyaz diangkat berkali-kali. Umpama sedang menganjing Nufail. Namun, apabila Nufail kekal diam dan tak respons lansung dengan ejekan dia. Raut wajah nakal tadi mula kendur. Riyaz betulkan duduk.
"Biar betul, Pael?" Nufail sekadar berdehem. Secara tak lansung menjawab persoalan Riyaz.
"Jin mana masuk dalam badan kau ni!" Tempelak Riyaz. Nasib kedudukan meja mereka agak jauh dari orang. Itupun Nufail pilih. Tahu sangat beruk ini mana boleh duduk dekat dengan manusia. Macam-macam drama dia buat.
Hidup Nufail cukup seimbang. Ada Riyaz sebagai sepupu dan sahabat menuju ke arah neraka. Ada juga Aryan sebagai sahabat menuju ke arah syurga. Doakanlah dia lebih mengikut Aryan daripada Riyaz ini. Nama pun bala, jaranglah nak bawa kebaikan kepada Nufail.
"Bukan jin masuk dalam badan aku. Cuma aku ingat asal-usul dan ciri-ciri umat Islam." Riyaz katup bibir. Dia mana pernah menang bila Nufail membidas. Pedas sangat kata-kata Nufail kali ini. Kali ini terakhir dia diperli pedas oleh Nufail sebegini ketika lelaki ini bersekolah asrama penuh. Memang dia sungguh kagum dengan Nufail pada ketika itu kerana lelaki ini sungguh serba boleh. Nufail juga pernah hafal 30 juzuk al-quran.
Cuma itulah, sejak Nufail masuk ke alam universiti. Dia mula salah bergaul. Tambah pula dengan Riyaz ajak dia kemana hala. Memang hauklah jawabnya.
"By the way, who's Maleeqa? Cantik tak?" Riyaz tukar topik. Tak sanggup lagi mahu hadap kata-kata berbisa Nufail. Sambil itu, dia mengacau air teh limau ais menggunakan straw bila ais mula cair. Lalu straw disedut perlahan. Rasa manis dan masam bercampur-aduk. Riyaz jauhkan cawan darinya. Berkerut dahi Riyaz. Tak rasa pahit pun! Fikirnya.
"Memanglah rasa dia fresh. Bukan macam air kencing setan tu." Serentak, Riyaz tersedak. Sekali lagi dia ditembak dengan kata-kata berbisa Nufail. Kalau boleh dilihat, agaknya berpuluh-puluh panahan direjam pada tubuh kerana kata-kata Nufail. Ayat lansung tak ada tapis. Nasib Riyaz anak jantan. Kalau tak dah lama dia koyak.
"Kau kenal dia." Kata Nufail lagi.
"Takkan Darya kut?" Kalau boleh ludah dekat kepala Riyaz. Dah lama Nufail buat. Bodohnya tak dibuat-buat! Beragaklah sikit. Nufail sabarkan hati. Biasalah, ada sepupu tak waras pun satu anugerah. Anugerah dari tuhan untuk jaga anak syurga. Pahala buatmu, Nufail.
"Bini oranglah, bodoh." Setepek terus Nufail bagi.
Riyaz diam berfikir. Kalau bukan Darya perempuan mana lagi Nufail kenal rapat? Darya, Eiyana... dan Nyx?
"Weh, takkanlah Nyx?"
"Hm," balas Nufail pendek. Riyaz sudah tercengang. Kenapa Nufail yang seperti ais kutub ini boleh dapat spek bidadari seperti Nyx? Sungguh tak adil! Riyaz baru mahu mengorat penari cantik itu. Alih-alih, Nufail dah kaut dulu. Riyaz rasa nak tanam diri dalam kubur. Hancur hatinya bila gadis idaman hati bakal berpunya. Lebih teruk lagi bakal menjadi milik Nufail.
Apa pula pengakhiran dia sebagai buaya darat berjaya? Dia tak reti nak cari gadis lain. Lirih Nufail dalam hati. Sambil mengenangkan nasib.
Patutlah nak cuci tangan. Kalau aku jadi dia pun, silap-silap hari-hari masuk masjid. Nak bimbing awek cantik ke jalan benar punya pasal! Kutuk Riyaz dalam hati.
"Tak bagi chance lansung aku nak try dia," entah Riyaz bebelkan lagi. Nufail tak dengar. Dia rasa tak selesa. Nufail perhatikan sekeliling mereka. Kemudian pandangan Nufail terhenti pada suatu arah. Tak jauh dari mereka. Nufail kecilkan mata. Cuba fokuskan pandangan dia sekarang. Sesekali lelaki serba hitam itu tarik topi bagi menutupi muka. Seakan sedar dirinya diperhatikan Nufail. Riyaz toleh ke belakangnya apabila sedar pandangan Nufail begitu tajam.
"Kau usyar apa, Pa-" Belum sempat Riyaz habiskan ayat. Nufail sudah bangun dulu. Nufail berjalan pantas apabila lelaki tadi turut bangun meninggalkan meja itu. Nasib awal-awal lagi Nufail sudah bayarkan minuman mereka. Riyaz yang tak tahu apa sedang terjadi. Segera mengikuti langkah Nufail. Daripada berjalan pantas, kini Nufail dan Riyaz berlari mengejar lelaki tersebut apabila dia berlari.
Sah lelaki itu mengintip Nufail sejak awal tadi.
"Weh, kenapa kita kejar dia!" Soal Riyaz kuat sambil berlari. Nafasnya juga mula termengah-mengah. Gila, weh! Datang nak lepak, tiba-tiba sekarang macam tengah buru orang.
Langkah mereka mula diperlahankan bila Nufail mula berhenti dari mengejar lelaki tadi. Sesekali Nufail mencarut apabila dia tak dapat jejak lelaki tersebut. Laju sungguh. Nufail agak, lelaki itu juga bukan sembarangan orang. Nufail boleh dikatakan bekas pelari pecut. Dulu dia selalu pecahkan rekod sekolah dan universiti. Dia yang tangkas berlari pun boleh terlepas lelaki tadi.
Nufail toleh ke arah Riyaz yang sedang tertunduk mencari nafas. Siapa suruh kau ikut aku tadi? Nasiblah.
"Kenapa kau kejar dia?" Tanya Riyaz sekali lagi bila rentak nafasnya sudah teratur semula.
"Dari awal lagi aku rasa ada orang perhatikan aku. Aku ingat nak tanya dia ada masalah ke, tau tau dia lari dulu." Ujar Nufail. Malas mahu cerita lebih. Bukannya Riyaz faham pun. Riyaz mendengus. Payahlah ada sepupu jenis mata tajam macam ini. Semua benda tak kena.
"Ah kau! Semata sebab kau rasa dia tengok kau terus kau nak kejar dia. Nasib aku tak semput tahu tak!" Bebel Riyaz. Nufail berdecit halus.
Belum sempat Nufail mahu membidas. Bunyi deringan telefon Nufail menghentikan perbalahan kecil mereka berdua. Terus telefon dikeluarkan daripada poket seluar. Nufail merenung lama nama si pemanggil. Diam-diam Riyaz turut mengintai sama. Setelah itu, dia menjeling Nufail dalam diam. Kemain kau eh, sampai awek tu call malam-malam buta?
Nufail jauhkan diri daripada Riyaz. Sibuk betul beruk ni. Tak hormat privasi orang lansung.
"Kau nak apa call malam-malam ni?" Pelik. Inaya mana pernah hubungi dia pada lewat malam. Dia akui, Inaya tak seperti perempuan lain. Gadis itu masih tahu menghormati privasi orang lain. Inaya tak pernah hubungi dia selepas waktu kerja. Pelik tapi benar.
"I nak jumpa you esok! Urgent."
Tut!
Panggilan ditutup. Nufail jauhkan telefon daripada telinga. Skrin telefon direnung tak percaya. Sebab itu saja? Inaya hubungi dia semata nak beritahu pasal itu?
Namun, persoalan itu serta-merta mati bila dia perasan bar di bahagian atas skrin telefon itu menunjukkan dia sedang hidupkan mod senyap. Patutlah Inaya mesej dia pun dia tak sedar. Padan gadis itu terus ambil jalan pintas dengan menghubungi dia pun. Berderet pesanan ditinggalkan Inaya tak dibaca Nufail sejak petang tadi.
Nufail angkat kepala. Memandang kawasan gelap di mana lelaki berpakaian serba hitam tadi hilang ditelan kegelapan malam.
Takkanlah dia diekori sebab dia 'teman lelaki' Inaya?
YOU ARE READING
[C] Bukan Bidadari Nufail
RomanceBOOK 2. Spin-off Aryan: Her Biggest Heartbreak Kata Darya, Arden Nufail ini bersikap lembut walaupun dingin. Namun, kenapa dia bersikap kasar terhadap Inaya Maleeqa? Tutur kata lelaki itu pedas sekali. Lansung tidak menjaga sekeping hati Inaya. Dan...