GAMBAR Inaya dan Nufail sedang bermesra. Tersebar luas. Merebak seolah virus. Inaya mula kusut. Indivindu mana tak bertanggungjawab sebarkan semua ini? Inaya berjalan dalam bilik dia dan Nufail, ke hulu dan ke hilir. Lansung tak boleh duduk diam. Boleh pula gambar dia dan Nufail ketika keluar dari auditorium pada dua hari lepas tersebar sebegini rupa. Kebetulan pula gambar itu dari jauh kelihatan seolah Nufail sedang mengucup pipinya. Ah, Inaya rasa mahu gila!
'Nyx dikhabarkan mempunyai skandal dengan seorang lelaki biasa.'
'Penari terkenal tanah air, Nyx dikatakan milik seseorang lelaki tak diketahui identitinya.'
'Nyx sombong dengan lelaki? Atau sekadar alasan mahu menjaga hati teman lelakinya?'
Pelbagai spekulasi mengarut dibuat. Inaya sudah pening kepala. Perkahwinan mahupun hubungan mereka berdua tak sepatutnya diketahui masyarakat luar.
Nufail sejak pagi lagi tiada di rumah. Sudah tentulah lelaki itu keluar pergi kerja. Hanya Inaya sahaja tinggal di rumah bersama Puan Hanisa. Tak pasti pula samada Tuan Nuqman berada di rumah atau tak. Memikirkan kedua ibu bapa Nufail pun, boleh buat Inaya resah. Bagaimana jika ibu dan bapa mertuanya mengamuk? Iyalah, anak mereka kini terlibat dengan berita murahan netizen. Siapa sahaja boleh tahan?
Fikir Inaya, fikir! Bentak akal fikiran Inaya.
Belum sempat dia mahu berfikir. Deringan telefon mematikan lamunan Inaya dahulu. Segera Inaya dapatkan telefon di atas meja solek. Dan bila nama Nufail terpapar pada skrin, Inaya sudah telan liur. Agak-agak... Nufail sudah tahu atau belum tentang berita ini? Adakah lelaki itu akan mengamuk? Inaya tak dapat bayangkan. Nufail begitu menakutkan jika lelaki itu hilang sabar. Inaya gigit bibir. Perlahan-lahan butang hijau digeser sebelum telefon dilekap ke telinga.
"H-hello?" Sapa Inaya terlebih dahulu. Terdapat juga getaran pada suaranya. Sungguh Inaya sedang cuak sekarang.
"Kau dekat mana!"
Inaya jauhkan telefon daripada telinga apabila suara Nufail begitu kuat menyapa gegendang telinga. Tanda-tanda Nufail mahu meletup ke?
"Dekat rumahlah, I mana ada kereta nak keluar ke mana-mana," balas Inaya. Di hujung talian, kedengaran Nufail sedang menghembus nafas lega. Kening Inaya sudah bertaut. Kenapa dengan Nufail? Tiba-tiba sahaja kedengaran seolah lega tanpa sebab.
"Good. Duduk rumah sampai aku izinkan kau keluar. Jangan ingkar arahan aku, Maleeqa."
Inaya ketap bibir. Nufail gunakan kuasa vetonya sebagai seorang suami.
"Apa dah jadi... Arden?" Soal Inaya perlahan. Seperti dapat diagak apa puncanya. Namun, dia tetap bertanya. Takut dia tersalah faham.
"Pihak media tengah cari kau! Bagi aku masa untuk bersihkan nama kau. Ingat, jangan keluar rumah."
Keras Nufail beri amaran. Inaya pula sudah telan liur. Jadi Nufail sudah tahu?
"Pejabat you pun tak boleh?" Soal Inaya lagi. Mana tahu dia boleh terus ke pejabat Nufail. Sama-sama memikirkan cara untuk selesaikan masalah. Tak adalah Inaya dihurung rasa serba salah teramat. Secara tak lansung, nama Nufail turut terpalit sama. Pasti Nufail marah akan dirinya. Baru seminggu usia perkahwinan mereka, masalah telah timbul. Betul-betul melibatkan Nufail sekali.
"No, lobi company banjir dengan pihak media. Tunggu aku balik."
Tut!
Panggilan ditutup tanpa sempat Inaya membalas. Inaya terkedu. Dia akui, kuasa netizen begitu dahsyat sehinggakan tempat Nufail mencari rezeki pun boleh diserang pihak media. Inaya cuba mengawal atur pernafasannya. Dia perlu tenang. Rileks Nyx, bukan kali pertama kau berdepan dengan isu begini, kan? Pujuk hati Inaya sendiri. Namun, fikiran positifnya mula pudar bila terbayangkan wajah Nufail pula. Dia dah susahkan Nufail.
Inaya buka pintu bilik perlahan. Lansung tak mahu cetuskan sebarang bunyi. Persis pencuri. Tapi kali ini bukan sebab dia mahu mencuri. Sebaliknya dia mahu ke dapur tanpa disedari sesiapa. Salah satu cara dia mahu tenangkan diri tanpa berenang adalah membakar biskut ataupun kek.
"Maleeqa nak pergi mana?" Bahu Inaya terjungkit tika dia mahu tutup semula pintu bilik. Jelas Puan Hanisa berada tak jauh darinya. Inaya sudah tayang sengih. Janganlah ibu tahu. Dia tak mahu ibu turut tak sukakan dia.
"Nak pergi dapur. Ibu... nak ke mana?" Tanya Inaya pula. Puan Hanisa nampak seperti mahu keluar. Pakaian wanita berusia itu sekarang, anggun sekali. Tak nampak seperti mahu duduk di rumah. Tambah pula kepala sudah siap dililit tudung. Lagi meyakinkan Inaya bahawa ibu mertuanya itu mahu keluar.
"Ibu nak ke kafe kejap, jumpa kawan. Maleeqa nak buat apa dekat dapur?"
"Erm, Inaya nak baking. Boleh kan, ibu? Nak guna bahan dapur." Takut-takut Inaya menyoal. Risau juga jika ibu tak benarkan. Puan Hanisa sudah mengukir senyum. Alahai, menantu... bukannya kamu nak buat kerja haram pun. Komen Puan Hanisa dalam hati. Sopan sungguh menantu perempuan dia ini. Jauh betul perangai dia daripada Nufail. Padanlah berjodoh pun.
"Boleh, sayang. Ibu pergi dulu ya? Assalamualaikum." Pamit Puan Hanisa. Rambut perang Inaya diusap sebelum dia melangkah menuruni tangga.
Bahan-bahan membuat kek Inaya sediakan atas kitchen island. Tekak terasa ingin makan kek red velvet. Tak adalah dia rasa susah mana memandangkan dapur rumah ini cukup lengkap. Inaya agak, Puan Hanisa dan Aisha juga gemar membuat kek. Tanpa membuang masa, ketuhar mula dipanaskan. Lalu tepung, serbuk koko, serbuk penaik, baking soda dan garam diayak dalam mangkuk besar.
Inaya tarik mangkuk lain pula. Gula dan minyak dipukul sehingga sebati. Lantas, telur dimasukkan satu per satu. Adunan dipukul sehingga sebati. Buttermilk, esen vanila dan pewarna makanan merah dimasukkan sebelum dia kacau adunan tersebut menjadi rata. Tanpa sedar, Inaya tersenyum apabila adunan tersebut begitu gebu hasil pukulannya.
Puas hati.
"Media sosial penuh dengan berita murahan kamu dan anak aku, kamu boleh selamba buat kek di dapur, Inaya Maleeqa?" Inaya tersentak. Kenapa dia tak perasan pula Tuan Nuqman ada di rumah hari ini? Lebih teruk lagi, bapa mertuanya tahu tentang perkara itu.
"A-abah..." Inaya tunduk. Kerja mengadun adunan tadi terhenti. Tangan dijatuhkan ke sisi.
"Kadang aku hairan, macam mana kamu boleh hasut anak aku berkahwin dengan kamu, ya? Entah bila kamu dan Nufail bercinta pun aku tak tahu," ujar Tuan Nuqman.
"Abah nak air? Inaya boleh buatkan." Inaya cuba mengukir senyuman nipis. Sabar, Inaya. Ini bapa Arden, bapa mertua kau. Jangan melawan.
"Nufail tak layak berkahwin dengan kamu, Inaya. Aku tak restu! Sepatutnya aku ada calon lebih sesuai untuk Nufail. Aku tahulah apa yang terbaik untuk dia." Tegas Tuan Nuqman. Inaya sudah ketap bibir. Dia dah agak. Jelas Tuan Nuqman tak sukakan dia sebagai menantu. Malah, siap ada calon lain untuk Nufail sejak awal lagi. Huh. Kalaulah dia tahu Nufail yang berkeras mahu berkahwin dengan dirinya. Tangan menggenggam sisi baju.
Dia pun tak hamak lah dengan Nufail!
"Abah, Inaya-" Kata-kata Inaya dipintas.
"Aku tak suka kamu jadi menantu aku. Lebih-lebih lagi daripada keturunan Irsyad! Aku nak kamu cari cara supaya Nufail lepaskan kamu. Aku tak mahu ada menantu anak pembelot," ujar Tuan Nuqman sebelum melangkah pergi meninggalkan ruangan dapur. Manakala Inaya pula sudah bingung. Daddy? Pembelot? Daddy ada buat apa-apa ke sehinggakan abah Nufail membenci dia sebegini?
Inaya... rasa mahu menangis. Kalau ya pun begitu. Salah dia jugakah kerana berkahwin dengan Nufail?
YOU ARE READING
[C] Bukan Bidadari Nufail
Storie d'amoreBOOK 2. Spin-off Aryan: Her Biggest Heartbreak Kata Darya, Arden Nufail ini bersikap lembut walaupun dingin. Namun, kenapa dia bersikap kasar terhadap Inaya Maleeqa? Tutur kata lelaki itu pedas sekali. Lansung tidak menjaga sekeping hati Inaya. Dan...