INAYA jatuhkan bahu. Hampa bila Nufail melarang dia keluar. Tapi, dia perlu keluar! Takkanlah dia perlu batalkan rancangan dia pada hari ini untuk cari croissant hanya sebab Nufail sibuk. Inaya boleh keluar sendiri! Lagipun dia ada Chloé. Kecur lidah Inaya ketika terbayangkan makanan pastri itu dicelup whipped cream dan juga coklat panas.
Apa guna mereka berada di Paris kalau tak nikmati makanan signature kota cinta itu?
Inaya mencebik. Berkali-kali bahu Nufail ditumbuk lembut. Mahu Nufail fokuskan perhatian kepada dia. Sesekali Nufail mendengus. Apa budak ini nak? Kan dia dah kata dia tak benarkan Inaya keluar tanpa pengawasan dia. Nufail sibuk hari ini mahu bentangkan projek baru kepada pihak atasan.
"Hubby, Maleeqa boleh keluar dengan Chloé. Janji balik awal. Maleeqa teringin sangat nak makan croissant tu." Pujuk Inaya lagi. Biasalah bendera merah. Macam-macam makanan diingini. Inaya agak, dia boleh menangis jika Nufail masih berkeras tak izinkan dia keluar.
"Tak boleh, Maleeqa." Kata Nufail datar. Terus Inaya jauhkan diri daripada Nufail. Dia duduk di hujung sofa. Tak mahu dekat dengan Nufail. Tak lama kemudian, telinga Nufail menangkap bunyi hingus disedut. Lantas dia menoleh ke arah Inaya. Wajah isterinya sudah basah dengan air mata. Nufail menghela nafas.
Hailah, isteri...
Sesungguhnya Nufail mula kalah dengan air mata Inaya. Nufail mengeluh sekali lagi. Mahu menghalang, kasihan pula. Inaya bukan jenis minta apa-apa pun."Pergilah dengan Chloé. Apa-apa call aku terus. Ingat, jangan balik lewat." Putus Nufail. Terpaksa izinkan Inaya keluar. Sambil itu, tak henti dia berdoa dalam hati agar keselamatan Inaya kekal terjamin sepanjang isterinya berada di luar pengawasannya. Inaya terus mendekati Nufail. Air mata dikesat pada baju Nufail.
Nufail pasrah.
Nasib kau isteri aku, Maleeqa. Ucap Nufail dalam hati. Mata Inaya sudah menyepet apabila dia mengukir senyuman cerah buat Nufail. Gembira apabila Nufail benarkan dia keluar bersama Chloé. Inaya peluk tubuh Nufail dari tepi sebelum wajah Nufail dicium berkali-kali.
"Thank you, hubby. Muah!" Ujar Inaya bersama bunyi kucupan kuat pada pipi Nufail. Nufail sudah tayang wajah menyampah. Kalau kau tak menangis tak ada maknanya kau boleh keluar. Geram apabila Inaya tetap berdegil mahu keluar.
Berdesup Inaya lari naik atas. Mahu bersiap. Sempat dia melaung kepada Chloé. Memberitahu pengurusnya yang mereka akan keluar sebentar lagi. Nufail geleng kepala. Maleeqa... Maleeqa...
Sambil duduk menikmati sepiring croissant bersama dengan permandangan Menara Eiffel. Inaya dengar sabar menanti kehadiran Lara. Sesekali Inaya berdecit apabila bekas rakan baiknya itu sungguh tak menepati masa. Dia ingat aku boleh keluar lama-lama ke suka hati dia saja melengahkan masa aku. Chloé tiada. Tak silap Inaya, perempuan itu meminta diri untuk ke tandas tadi.
Inaya merenung skrin telefon sendiri. Bibir menyimpul senyum apabila wajah dingin Nufail bersama wajah riang dia sedang berselca menghiasi. Comel! Nufail memang tak ada perasaan pun kalau diajak berganbar. Mula-mula Inaya geram. Lama-lama dia biarkan saja. Nanti kalau Nufail murah dengan senyuman, dia juga susah. Mahunya beratur perempuan di luar sana berebut mahukan Nufail.
Nufail terlalu kacak ketika senyum!
Tempat duduk berhadapan Inaya kini telah diambil seseorang. Spontan Inaya angkat wajah. Ternyata Lara baru sampai. Inaya memandang Lara kosong. Tak suka bila perempuan itu melambatkan masa dia. Dia datang pun atas dasar belas kasihan.
"I minta maaf I lambat." Kalut Lara memberi kata maaf. Nafasnya termengah-mengah dek kepenatan berlari menuju ke sini. Rasa bersalah pun ada. Dia yang ajak Inaya berjumpa. Balik-balik, dia pula lambat. Lara mengeluh apabila Inaya hanya menayang wajah datar. Susah sangat ke Inaya mahu maafkan dia?
"Lain kali kalau tahu tak boleh tepati masa jangan berjanji." Sedas Inaya melepaskan perlian.
"Inaya, I-"
"Kau nak cakap apa lagi ni? Cepat sikit boleh tak. Suami aku dah tunggu kat rumah." Pintas Inaya. Jam di tangan dikerling sekilas. Kalau lambat lagi sikit, pasti telefonnya bakal berdering tak henti. Siapa lagi kalau bukan Nufail.
"I nak minta maaf." Ulang Lara sekali lagi.
"Kau nak minta maaf?" Soal Inaya. Sinis. Lara dipandang atas bawah. Penuh menghakimi. Kenapa begitu murah kata maaf meniti di bibir Lara? Berbulu telinga Inaya mendengar kata maaf disebut Lara. Rasa kelakar. Inaya ketawa sinis. Mata mencerlung Lara tajam. Dia bukan malaikat. Memang. Memang dia berdendam dengan Lara. Bagaimana maruahnya dipijak suatu ketika dahulu gara-gara fitnah yang ditabur Lara. Masih segar dalam ingatan Inaya.
"Lapan tahun lepas, kau sebarkan fitnah pasal aku. Kau biar satu sekolah pandang aku jijik sedangkan selama aku berkawan dengan kau. Aku selalu bersangka baik dengan kau. Aku sanjung kau dan Zati, sebagai kawan baik aku. Tapi kau orang? Anggap aku musuh. Kau ingat dengan kata maaf kau itu cukup ke untuk lupakan semua orang tentang gosip murahan tu?" Tanya Inaya. Rahang diketap.
Kalau bukan di tempat awam. Wajah Lara sekarang pasti sudah selamat ditumbuk Inaya.
"Kau dengan ayah kau sama-sama tak guna!" Ucap Inaya kasar. Lara terkedu. Bagaimana Inaya tahu tentang bapa kandungnya? Inaya dipandang tak percaya. Bergetar bibirnya mahu membuka mulut. Menanyakan dari mana perempuan cantik itu kenal dengan bapanya.
"Kau pelik? Suami aku bijaklah, Lara. Mungkin kau boleh sorok daripada aku. Tapi kau tak boleh lari daripada suami aku. Aku jijik sebab pernah berkawan dengan anak orang tua gatal macam ayah kau." Cemuh Inaya. Mata Lara mulai berair. Bukan kerana bapanya dihina. Tetapi kerana Inaya mengaku bahawa dia sungguh jijik dengan dirinya. Dia tahu sisi gelap buruk bapanya. Dia tak nafikan. Dia pun turut rasa jijik dengan bapa sendiri.
Memang dulu dia pernah dihasut fikiran tak matang. Dengkikan Inaya kerana Inaya sangat cantik. Kemana-mana Inaya pergi, pasti rata-rata orang akan tumpukan perhatian mereka kepada Inaya. Lara cemburu. Tapi ia tak berkekalan lama. Inaya baik. Mana pernah Inaya abaikan dia dan Zati.
"I... minta maaf." Sekali lagi, bibir menutur kata maaf. Biarpun perlahan.
"Kenapa kau nak minta maaf lagi? Kau tak faham ke. Aku- Argh!" kata-kata Inaya terhenti tatkala belakang kepalanya dihentak. Lara mengepal penumbuk erat. Dia terpaksa!
"Bawa dia ke markas Dato' Khalid." Arahnya kepada seorang lelaki. Markas yang dimaksudkan adalah tempat di mana lebih organ yang dibeli Dato' Khalid dibawa ke Paris bagi menguruskan jual beli organ secara haram. Lara memandang Inaya lama. Aku terpaksa, Inaya. Jika tidak, nyawa ibunya bakal menjadi galang ganti.
"Jangan cederakan dia."
YOU ARE READING
[C] Bukan Bidadari Nufail
RomansaBOOK 2. Spin-off Aryan: Her Biggest Heartbreak Kata Darya, Arden Nufail ini bersikap lembut walaupun dingin. Namun, kenapa dia bersikap kasar terhadap Inaya Maleeqa? Tutur kata lelaki itu pedas sekali. Lansung tidak menjaga sekeping hati Inaya. Dan...