63

9.3K 299 3
                                        

SEPASANG mata Inaya berkedip perlahan. Hilang sudah amukan dia sebentar tadi apabila diminta menanggalkan gaun. Suaminya, Arden? Ada di sini? Namun, riak wajah polos Inaya ketika memandang Nufail tak kekal lama apabila ternampak Zati sedang menyentuh lengan Nufail.

Lengan. Suami. Aku!

Baru sahaja Xander menyentuh bahu Inaya, kuat Inaya menepis. Siku menghentak wajah Xander. Tepat mengena batang hidung. Inaya pusingkan tubuh, lalu lutut diangkat kuat sebelum menendang celah kelangkang Xander. Ketika Xander tertunduk menahan senak, Inaya menumbuk kuat wajah lelaki itu. Satu dewan menjadi kecoh dengan tindakan tak terjangka Nyx.

Nufail tercengang.

"P-Pael... bini kau... "

Riyaz terkelu.

"She can fight."

Kata Isaac pula. Tiada siapa pun tahu. Hanya dia, Tuan Irsyad dan Inara. Mereka sering berlatih bermacam-macam seni pertahankan diri bersama. Inaya nampak sahaja lembut. Tubuh seorang penari. Hakikatnya dia tangkas berlawan.

"Ini sebab kau sentuh tangan aku!"

Buk!

"Ini? Sebab kau rentap tudung aku!"

Buk!

"Sebab kau sentuh bahu aku dan suruh aku telanjang dekat sini!"

Buk! Buk!

"Dan ini, sebab Zati sentuh suami aku!"

"Argh!" Selamat celah kelangkang Xander dipijak tumit tinggi Inaya.

Entah apa salah Xander untuk bahagian itu pun Inaya tak tahu. Yang pasti, dia bengang. Perempuan lain tak berhak sentuh Nufail! Sejak pagi tadi dia simpan semua tenaga ini. Berderau darah Nufail ketika dengar ayat terakhir seiring dengan perbuatan isterinya. Inaya... dah tunjuk sisi gila dia. Dan Nufail tahu. Itu bukan perkara baik.

Wajah Xander membengkak. Bibirnya sudah pecah. Dalam diam, Nufail juga berpuas hati.

That's my girl.

Rata-rata peserta sudah beredar keluar. Seriau apabila melihat pengendali majlis 'dibantai' Inaya. Lansung mereka tak jangkakan kejutan seperti ini. Chloé mati kata. Semuanya bagaikan hilang sekelip mata. Di mana lelaki yang membida Inaya sehingga 50 juta dollar tadi? Lesap. Ketika para peserta tiada lagi dalam ruangan ini. Tinggallah Nufail, Inaya, Zati, Chloé dan juga... Xander.

"You! You bitch!" Tempelak Chloé. Entah kenapa, Inaya lansung tak terkejut. Walaupun selama ini Chloé begitu patuh akan arahannya. Perempuan itu berubah 180 darjah. Tak sama seperti Chloé iaitu pengurus Nyx selama ini.

"You look like a mangy dog, Chloé." Inaya bersuara selamba seakan mengejek. Nufail hanya diam di tempatnya. Baguslah kalau Inaya boleh 'selesaikan' hal dia sendiri. Dengan rela hati, Nufail mahu menjadi penonton tak berbayar.

Inaya peluk tubuh.

Chloé dipandang atas bawah. Tubuh perempuan itu penuh dengan aksesori mewah. Sebelah kening Inaya terangkat. Inaya mendekat Chloé yang rendah beberapa sentimeter darinya. Jari yang masih terkesan darah itu menghala ke leher Chloé. Rantai yang dipakai Chloé dipegang. Sepasang mata Inaya naik memandang Chloé semula.

"Looks like a dog wearing its master's chain." Sinis. Bukan Inaya tak cam itu merupakan rantainya. Untung bukan Tuan Irsyad, Isaac ataupun Nufail yang membelikan untuk dia. Jika tak, Inaya tak teragak-agak mahu kelar leher perempuan ini. Pengkhianat!

"Pael, psikonya bini kau."

Jujur Riyaz.

"Aku dah cakap kan, alihkan pandangan kau. Sebelum aku naik gila macam Maleeqa, baik kau dengar cakap aku." Tenang Nufail memberikan amaran ringkas. Riyaz di dalam kereta sudah telan liur. Eloklah. Dua-dua gila! Match made in heaven.

Jam dipergelangan tangan dikerling sekilas.

Sebenarnya, mereka sedang tunggu kehadiran interpol. Mereka tak mahu suspek lari. Kebetulan, Inaya sedang bermain gila. Lebih mudah mereka mahu alihkan perhatian Chloé. Dapatlah juga melengahkan masa perempuan itu. Zati merenung kosong. Nufail dikerling sekilas. Dia akui, Nufail jauh lebih tampan daripada bekas teman lelakinya suatu ketika dahulu. Terbit juga rasa malu dalam diri kerana pernah tuduh Inaya sembarangan.

Sedangkan citarasa Inaya jauh lebih hebat daripada dia.

"Woo... husband Inaya tu. Kau tak nampak ke bini dia tengah buat gila dekat atas pentas? Kau tenung suami orang buat apa!"

Celah Riyaz.

Isaac memeluk tubuh. Baguslah ada Riyaz si mulut bontot ayam. Ingat dia seorang saja perasan bila Zati tak henti mencuri pandang wajah Nufail. Nasib Riyaz terlebih jujur menyelar Zati terlebih dahulu. Nampaklah juga otak sempit Riyaz ada guna pada waktu-waktu begini.

"Motive?" Soal Inaya sepatah. Datar.

Sejak kecil lagi dia rasa ada yang tak kena dengan Chloé. Sudahlah Tuan Irsyad kutip dia secara tiba-tiba. Kemudian, dipaksa menjadi pengurus dia. Sedangkan Inara mahu hidup bebas. Lansung tiada penjaga. Sewaktu kali pertama Inaya memandang Chloé, renungan Chloé terhadapnya menikam. Seakan menyimpan seribu satu dendam. Tapi Inaya tak pasti kerana apa. Pada hari ini, terbukti naluri Inaya tak salah lagi.

Chloé sentiasa mengancam hidupnya. Lebih teruk lagi, bila memikirkan Chloé merupakan orang paling dekat dengannya. Terasa lucu. Spontan, Inaya ketawa kecil. Sinis. Mengejek Chloé dan juga dirinya sendiri.

"I hate you, bitch." Penuh dendam. Pandangan Chloé menikam. Dia benci Inaya perlekehkan dirinya. Dia juga benci setiap kali Inaya mengarah dia sesuka hati.

"Said someone who desperately wanted to follow me everywhere." Bidas Inaya. Sebenarnya, Inaya sudah syak sejak insiden objek kaca dicampak dari tingkat atas ketika berada di Pavillion. Inaya nampak susuk tubuh Chloé berada di situ. Akan tetapi, Inaya abaikan. Ketika itu, dia fikir hanyalah sebuah kebetulan. Ah, Inaya dan kebetulan berpisah tiada. Suka sangat berfikiran terlalu positif!

"At least, your granpa died at my grandparent's hand. I just inherited their footsteps. Hunting golden blood descendants." Bangga Chloé. Jika datuk dan neneknya hampir mampu dapatkan datuk Inaya, dia pasti boleh dapat Inaya. Itu tekadnya.

[C] Bukan Bidadari NufailTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang