NUFAIL bukan jenis suka kongkong Inaya. Dia tahu Inaya dalam bahaya. Tapi dia pun ada belas kasihan. Apa yang dia tahu. Sejak kecil lagi Inaya jarang keluar bersiar-siar walaupun sekadar bermain di taman. Tuan Irsyad terlalu melindungi Inaya sehingga Inaya hilang zaman kanak-kanaknya. Hidup Inaya hanya habis di rumah, sekolah dan studio tarian sebelum dia jejakkan kaki ke auditorium.
"Hubby, I nak ice cream boleh?" Tangan yang menggenggam jari kelinking Nufail digoyang perlahan. Langkah Nufail mati. Sejak bila Inaya panggil dia dengan panggilan tersebut? Pertama kali dia dengar pun sewaktu dia keluar auditorium dulu bersama Inaya.
"Sejak bila kau panggil aku hubby?" Kening Nufail bertaut. Inaya tayang gigi. Sengih tak bersalah. Sekali-sekala usik suami sendiri takkan tak boleh.
"I tengok kak Arya tu panggil suami dia abang. I pun nak panggil suami I dengan panggilan manja." Jujur Inaya. Sebenarnya, dia teringin. Tapi bila Nufail masih menggunakan panggilan aku-kau itu. Inaya pun tak mahu memaksa. Lebih-lebih lagi bila dia tahu Nufail masih belum cintakan dia. Inaya pun ada ego tersendiri.
"Panggilan aku guna sekarang, kasar sangat eh untuk kau?" Nufail ingat, Inaya baik-baik sahaja. Sebab itu dia malas mahu tukar nama panggilan. Kalau dia tahu Inaya tak selesa, sudah tentu dia tukar sejak awal lagi.
"Kadang-kadang I rasa comel, macam badboy. Tapi ada masa I rasa macam kasar. Sebab abang Mika dengan kakak Nara pun tak pernah cakap aku-kau dengan Inaya." Luah Inaya. Nufail tergadah. Celaru betul fikiran budak ini. Sekejap dia kata comel macam badboy, sekejap dia kata kasar sangat. Ya Allah, kuatkanlah hatiku untuk hadap makhluk berjantina perempuan ini. Nufail rasa nak lari pun ada.
"Kenapa tak nak panggil aku abang?" Soal Nufail pula. Abang okay apa. Tengok Darya panggil Aryan abang. Nampak manis pun ada. Inaya sudah pasang wajah cemberut.
"I dah ada abang Mika. Tak naklah suami I pun I panggil abang. Peliklah!" Bentak Inaya. Serentak, kaki dihentak sama. Serupa kanak-kanak tak dapat gula-gula! Dahi berkerut. Pipi memerah akibat cuaca sejuk. Selepas itu, sambil membentak. Inaya dongak memandang Nufail. Rasa nak buat keychain!
"Suka hati kaulah. Ak- Hubby boleh cuba," Berbelit lidah Nufail bahasakan dirinya hubby. Punyalah banyak panggilan mudah yang lain, perkataan hubby juga mahu diguna. Raut wajah masam Inaya sudah berganti dengan senyuman manis. Sukanya Arden gelar diri dia hubby hehe.
"Tapi bagi aku masa. Berbelit lidah aku tahu tak?" Inaya sudah tergelak. Muka ketat macam Nufail gelarkan diri hubby!
"Tapi I su-"
"Aku pun tak nak dengar kau gelarkan diri I-you dengan aku. Nampak diva tahu tak? Dengan orang lain tak apalah." Terselit juga kutukan dalam ayat Nufail. Berbulu telinga dia asyik I-you saja kerja. Nasib Inaya isterinya saja. Kalau orang lain, sudah dimakinya Nufail. Inaya simpul senyum. Nufail lupa agaknya isteri dia ini diva bertaraf antarabangsa!
"Okay. So... Maleeqa nak ice cream, boleh?" Tanya Inaya sekali lagi. Nufail mengangguk. Setakat ais krim saja pun. Orang lain pergi Paris, membeli-belah sakan. Inaya datang sini, minta ais krim. Nufail tak tahu nak rasa bersyukur atau apa.
"Hubby pergilah beli. Jarak gerai tu berapa langkah aje pun. Maleeqa nak tunggu dekat sini. Nak tengok burung-burung merpati tengah makan." Ujar Inaya. Kini dia tunduk mencangkung. Seronok tengok burung merpati banyak-banyak macam ini. Nufail pula sudah perhatikan sekeliling. Setelah yakin tiada manusia yang mencurigakan. Nufail terus pergi membeli ais krim untuk Inaya. Tak payah tanya perisa apa. Memang Inaya hantu matcha.
Sedang ralit Inaya perhatikan burung-burung tersebut. Sepasang kaki betul-betul tepat berdiri di hadapannya. Bila Inaya mendongak, senyuman Inaya mati. Lantas dia bangun dari terus bercangkung. Walaupun sudab bertahun berlalu. Jangan ingat Inaya lupa luka yang kekal menjadi parut dalam hati.
"Inaya? Oh god, dah lama tak jumpa dengan you!" Gadis seusianya itu mula teruja. Belum sempat dia mahu memeluk Inaya, Inaya sudah mengelak dulu. Raut wajah Inaya dingin. Lansung tiada secalit senyuman.
"Kau nak apa, Lara?" Hilang sudah perwatakan lembut Inaya tadi. Inaya tak mahu berkompromi dengan pengkhianat. Tak layak digelar sahabat.
"Inaya... I nak minta maaf. I tahu I banyak silap dengan you. I sedar, semua salah I. I rindukan friendship kita bertiga dulu." Lara terkilan. Kenapa Inaya berubah 180 darjah sebegini? Mana pernah Inaya berkasar sehingga gunakan panggilan aku-kau. Niat baik Lara cuma mahu perbetulkan semula hubungan dia dan Inaya.
"Terlambat. Aku tak perlukan kawan. Aku benci pengkhianat macam kau, Lara." Intonasi suara Inaya datar. Dia pun dah tak beremosi lagi seperti dulu. Jika dulu mungkin dia akan menangis tatkala dia tuturkan kata-kata seperti ini. Sekarang tak lagi. Apa gunanya dia bazirkan air mata untuk sahabat tak boleh dipercayai seperti Lara dan Zati?
"I ikhlas minta maaf dekat you, Inaya. Maafkan I," tangan Inaya cuba dipegang. Kuat Inaya rentap tangan Lara. Mata merenung Lara tajam.
"Do not touch me, Lara. Kau tak faham bahasa ke? Aku tak nak! Aku dah tawar hati nak berkawan dengan kau." Marah Inaya. Kenapa lama sangat Nufail beli ais krim pada waktu-waktu begini? Si Lara ini tak habis-habis mengemis kemaafan. Ingat ini hari raya ke nak maaf-maaf?
Nufail baru siap membeli ais krim terus pusingkan tubuh. Dahinya berkerut apabila terlihat Inaya sedang bercakap dengan seorang perempuan yang sedang membelakanginya. Terus Nufail mengatur langkah. Laju. Dia tak suka Inaya bercakap dengan sembarangan orang. Namun, apabila telinga menangkap setiap butir bicara Inaya. Langkah Nufail mulai perlahan.
"Pergi dekat Zati ajelah, Lara. Aku tak perlukan kau lagi. Kita dah putus kawan lama." Lara? Tak silap Nufail, inilah 'kawan baik' yang Inaya pernah cerita suatu ketika dahulu. Kecilnya dunia sehingga mereka boleh terserempak di sini.
"Inaya, I nak-"
"Maleeqa." Panggil Nufail. Tengok wajah Inaya begitu tegang pun dia tahu. Inaya tak selesa dengan kehadiran perempuan itu sekarang. Namun, Nufail masih lagi marah. Bagaimana kalau Lara iti berniat buruk terhadap Inaya? Nufail tak dapat menghalang dirinya daripada mencurigai semua orang.
Trust no one.
Semangkuk ais krim bersaiz kecil disua ke arah Inaya. Nufail berdiri di sisi Inaya. Lara kelihatan terkedu. Namun, Nufail abaikan.
"Siapa ni?" Lara dipandang atas bawah.
"Maleeqa terserempak dengan bekas kawan Maleeqa. Kebetulan kut." Balas Inaya. Perkataan bekas ditekankan. Biar Lara sedar, perempuan itu bukan sesiapa lagi dalam hidup Inaya. Inaya dah move on. Buat apa lagi mahu simpan sampah dalam hidupnya? Membebankan.
"Baca bismillah dulu." Tegur Nufail apabila Inaya terus sambut ais krim itu dengan laju.
"Kau... Lara, kan?" Tanya Nufail. Perlahan Lara mengangguk. Kenapa aura lelaki di sebelah Inaya begitu dingin? Siapa lelaki ini? Mahu kata abang, Lara kenal Isaac. Atau, lelaki tampan ini merupakan teman lelaki Inaya?
"Tak faham bahasa lagi ke isteri aku ni dah tak nak berkawan dengan kau? Berambus lah."

ANDA SEDANG MEMBACA
[C] Bukan Bidadari Nufail
RomanceBOOK 2. Spin-off Aryan: Her Biggest Heartbreak Kata Darya, Arden Nufail ini bersikap lembut walaupun dingin. Namun, kenapa dia bersikap kasar terhadap Inaya Maleeqa? Tutur kata lelaki itu pedas sekali. Lansung tidak menjaga sekeping hati Inaya. Dan...