42

9.9K 341 0
                                        

JASAD Tuan Irsyad selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam yang terletak di bandar timur laut Strasburg. Puan Maria meminta agar jenazah Tuan Irsyad tak dibawa balik ke Malaysia. Dia tak mahu jenazah suami tercinta terseksa. Malah, hukumnya makruh juga jika mereka melambatkan pengebumian.

Inaya masih diam membisu. Nufail memeluk bahu Inaya. Sejak semalam, Inaya enggan bersuara. Inaya terkilan. Dia tak dapat cium wajah arwah Tuan Irsyad buat kali terakhir. Dia terpaksa ambil penerbangan yang agak lewat kerana tiket penerbangan siang sudah habis dijual. Lebih terkilan lagi, dia tak sempat bertanya kenapa Tuan Nuqman begitu bencikan bapanya. Inaya mengesat air mata yang mula berair di tubir mata.

"Maleeqa, kita balik ya?" Tegur Nufail apabila ahli keluarga Inaya sudah beredar dari tanah perkuburan. Langit juga mulai mendung. Nasib Nufail sudah sediakan payung terlebih dahulu.

"Tak nak... Inaya nak teman daddy dulu," ujar Inaya dengan suara kecilnya. Baru hari ini dia keluarkan suara. Dia mahu meraung. Tapi Nufail menegah. Nufail mengeluh perlahan. Bagaimana dia mahu pujuk isterinya balik?

"Maleeqa... kau sedih nanti daddy pun sedih." Pujuk Nufail lagi. Sesekali bahu Inaya diusap lembut. Cuaca agak sejuk, tapi mereka berdua masih terdedah di luar. Nufail mula risau. Takut Inaya demam.

"Haritu you cakap... kalau berlaku sebarang kematian. Kena ada orang tunggu lama sikit daripada orang lain... saat kita tinggalkan kubur. Arwah akan disoal dan diseksa..." lirih Inaya perlahan. Nufail terdiam. Tak tahu lagi mahu bahaskan apa. Terus Nufail senyap. Menemani Inaya tanpa keluh. Jika dia menjadi Inaya, belum tentu dia dapat menahan tangisan. Namun, isterinya kuat. Walaupun wajahnya muram. Dia masih tak meraung.

Selepas satu jam mereka bertapa. Inaya menoleh ke arah Nufail. Lelaki itu hanya tunduk merenung kubur yang masih merah. Nufail rasa berat hati. Dia belum sempat meminta maaf kepada Tuan Irsyad atas tindakan bapanya tak henti sakitkan Inaya.

"Arden, I dah okay. Kita boleh balik." Kata Inaya.

Nufail menyentuh tanah merah tersebut. Seolah sedang menyentuh tangan Tuan Irsyad.

"Daddy, Arden minta maaf sebab abah layan anak daddy teruk. Insyallah Arden akan jaga Maleeqa sampai ke akhir hayat Arden. Assalamualaikum, daddy." Ucap Nufail perlahan. Mata Inaya berair tanpa sedar. Dia sedih. Sebelum ini, Tuan Irsyad yang beri kekuatan terhadapnya setiap kali dia mengadu domba tentang bapa mertuanya. Sekarang? Tuan Irsyad sudah tiada.

Chloé menjemput pasangan itu masuk ke dalam kereta. Sejak tadi dia hanya tunggu di luar tanah perkuburan. Dia bukan beragama muslim. Jadi dia rasa tak sopan untuk masuk ke dalam. Dia berada di sini pun sebab Nufail tak biasa memandu di sebelah kiri.

"Miss-"

"Mrs." Potong Inaya. Menyedarkan Chloé bahawa dia sudah bergelar isteri orang.

"In the next three weeks, you need to attend The Théâtre de Chaillot. You have annual dance perfomance as usual." Maklum Chloé. Tatapan Nufail berubah tajam. Apa bodoh sangat pada masa-masa macam ini pun pengurus Inaya masih utamakan persembahan tarian tahunan?

"Are you even thinking? Hey, she just lost her father. And you still care about that sucks dancing show? Fu-" Marah Nufail. Rahang diketap kuat apabila Inaya menyentuh lengannya. Meminta dia berhenti menuturkan sebarang kata.

"Arden," Inaya gelengkan kepala perlahan. Nufail mendengus.

"Let me take some time to consider it, Chloé." Beritahu Inaya datar. Dia pun baru teringat dia mempunyai persembahan tarian di Paris lagi beberapa minggu. Sungguh tak kena masa. Inaya membuang pandangan ke arah luar. Mata dipejam buat seketika. Daddy...

Sampai di rumah agam kediaman keluarga Aurélie Bernard. Serentak Nufail dan Inaya keluar dari kereta. Rumah tersebut sudah ditinggalkan lama oleh arwah nenek Inaya. Namun masih dijaga rapi. Cuma kadang-kadang sahaja Inaya tidur di sini setiap kali dia mempunyai persembahan di kota Paris. Sesekali terdapat pembantu dan pengawal tunduk hormat ke arah pasangan tersebut.

Masuk ke dalam rumah, Inaya memandang seisi keluarganya hairan. Semua sedang berkumpul di ruang tamu seolah sedang membincangkan sesuatu perkara. Tanpa dijemput, Inaya memarik Nufail duduk di salah satu sofa yang berada di situ.

"Kenapa semua berkumpul ni?" Soal Inaya.

"Right timing. Abang memang nak announce benda penting pun dalam keluarga ini. Amanat arwah daddy, dia minta untuk abang beritahu semua perkara sebaik sahaja dia... meninggal." Perlahan sahaja Isaac menyebut perkataan terakhir. Seolah tak sanggup mahu sebutkan tentang fakta yang satu itu.

Nufail berura-ura mahu pergi. Dia rasa dia tak patut terlibat sama dengan perbincangan keluarga tersebut.

"Nufail, duduk. Kau pun kena dengar." Arah Isaac lagi. Isaac merenung Puan Maria dari jauh. Wanita itu masih diam tak berkutik. Isaac mengeluh perlahan.

"First of all, daddy minta maaf kepada Inaya." Inaya ketap bibir. Apa pula Tuan Irsyad sorokkan daripada dia pada kali ini?

"Daddy..." Jeda. Isaac rasa berat untuk bongkarkan semua kebenaran ini.

"Daddy merupakan perisik negara di bawah Special Branch. Tak ada sesiapa pun tahu melainkan pihak atasan Polis Diraja Malaysia. Dalam erti kata lain, Komisioner Polis DCP Nuqman pun tak tahu tentang semua ini." Nama berserta gelaran bapa Nufail ditekankan. Isaac tahu, bagaimana Inaya selalu mengadu kepada Tuan Irsyad kerana kasar Tuan Nuqman. Isaac mahu masuk campur, namun ditegah Tuan Irsyad.

Seisi ruangan tersebut. Terkedu.

"Tiada siapa berhak tahu skop pekerjaan sebenar daddy. Mika tahu, tapi Mika terpaksa kunci mulut. Mika ada tandatangan perjanjian dengan daddy. Kata daddy, biar pecah di perut jangan pecah di mulut. Itu antara sebab kenapa daddy selalu outstation sejak dia berkenalan dengan mummy." Puan Maria tergamam.

"Orang luar pandang daddy sebagai pembelot. Tapi daddy, berkhidmat penuh untuk negara. Sehinggakan ada ketika, nyawa keluarga dia sendiri pun terancam." Nufail ketap bibir. Akhirnya, sehingga Tuan Irsyad mati pun Tuan Nuqman masih gelarkan dia sebagai pembelot. Tuan Nuqman sudah buat silap besar.

Mati tanpa disedari, khidmatnya tak pernah berhenti.

"Macam mana Mika tahu?" Celah Inara. Adiknya dipandang tak percaya.

"Mika pernah ceroboh pejabat daddy, masa daddy tengah rancang untuk tumpaskan penjahat secara senyap. Pada mulanya daddy mengamuk. Tapi Mika dah janji, Mika akan rahsiakan semua ini sampailah daddy meninggal." Terang Isaac panjang lebar. Masih teringat lagi bagaimana Tuan Irsyad mengamuk teruk atas sikap selamba dia menceroboh pejabat bapanya itu.

"Nufail." Panggil Isaac datar. Nufail terus membalas tatapan serius Isaac.

"Jaga Inaya. Daddy betul-betul harapkan kau untuk lindungi Inaya. Kalau daddy sanggup berkorban nyawa untuk keluarganya, kau pun boleh kan berkorban nyawa untuk keluarga kau?"

[C] Bukan Bidadari NufailTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang