62

9.4K 265 10
                                        

TUKSEDO berwarna hitam gah tersarung di tubuh Nufail. Sempurna. Seolah busana tersebut khas direka buat Nufail. Setiap potongan pada pakaian tersebut sungguh kena dengan susuk tubuh Nufail. Di sisi Nufail pula, Zati mengenakan gaun labuh satin berwarna merah bersama potongan baju yang mendedahkan bahagian bahu. Rambut juga didandan rapi, meninggalkan beberapa juntaian rambut jatuh ke tepi dahi.

Tiba di hadapan pintu utama Muzium Louvre, Zati angkat tangan mahu diletakkan ke atas lengan Nufail. Nufail menjauh. Tajam mata merenung Zati.

"Hands off. Haram. Dan aku suami Maleeqa. Kau tak faham bahasa lagi ke?" Selar Nufail. Pantang bila ada perempuan mahu menyentuhnya. Belum sempat Maleeqa potong tangan kau, memang aku dah patahkan dulu. Desis hati Nufail. Ingat, perangai lama Nufail masih ada. Cuma terkubur buat sementara waktu sahaja.

Sebarang alat elektronik tak dibenarkan bawa. Melainkan earpiece. Peraturan yang aneh. Tapi Nufail biarkan saja. Nufail mendepakan tangan. Membiarkan pengawal keselamatan mula membuat pemeriksaan. Clean.

Masuk sahaja ke dalam, mereka dibawa ke satu lorong. Tak pasti di mana ianya terletak. Mereka berjalan jauh, sehingga tiba ke satu lif persendirian. Butang satu ditekan sebelum lif naik ke tingkat satu. Dekorasi setiap ruangan ini mewah. Termasuklah lif persendirian ini. Tak pelik. Nama pun tempat para bangsawan berkumpul.

"Wuhuu aku dah hack cctv! Weh, gila gempak kawasan dia!"

Nufail mengeluh perlahan apabila suara Riyaz bingit menjerit di telinga. Aku penat betullah layan si bangang ini. Tak habis-habis nak tunjuk pekat sangat bodoh dia. Untung saja Nufail perlu kawal diri daripada bercakap dengan sesiapa selain Zati. Risau sesiapa akan mengesyaki mereka berdua.

"Kau ingat tak jalan tadi?" Soal Nufail kepada Zati. Zati menggeleng perlahan. Selok-belok kawasan ini terlalu memeningkan. Nufail mengangguk. Nak hairan, tapi perempuan. Memang sinonim dengan istilah tak pernah nak ingat jalan! Nufail memerhati segenap ruang. Sambil itu dia cuba mengingat jalan. Apa yang dia tahu, nanti pasti susah pihak interpol iaitu suatu Organisasi Polis Jenayah Antarabangsa mahu cari tempat ini.

Hal itu mungkin bakal habis disini saja.

Mereka takkan ganggu orang kenamaan mahupun bangsawan. Cukup sekadar misi menyelamatkan Inaya. Itupun atas rayuan Tuan Nuqman pada pihak atasan dan polis antarabangsa. Sebelum itu, puas Nufail merayu. Sempat juga dia menangis. Semata mahu Tuan Nuqman turut campur tangan bagi mendapatkan Inaya semula. Dan mungkin selepas ini mereka bakal wujudkan hak perlindungan penuh buat Inaya.

Berbalik kepada hal tadi, selok-belok kawasan ini sungguh merumitkan. Sehingga Nufail tak pasti di kawasan mana mereka berada. Namun, Nufail lebih cekap. Dia sudah fikir sejak awal lagi.

Nufail masukkan tangan ke dalam poket. Langkah diatur penuh bergaya. Sesekali tapak kasut hitam berkilat itu berdetak setiap kali mencecah lantai jubin marmar. Rata-rata pandangan daripada setiap gadis yang berselisih ketika berjalan dibaikan Nufail. Mestilah mereka tertarik dengan Nufail. Wajah tampan itu memiliki seraut wajah lelaki Asia. Orang Barat biasanya sukakan warna kulit penduduk Asia.

Tambah pula dengan wangian Versace Eros EDT meruap-ruap menusuk ke rongga hidung ketika Nufail lalu. Menambahkan lagi aura maskulin jejaka tampan tersebut.

"He's hot as fvck."

"Look at his aura! Tempting."

[C] Bukan Bidadari NufailTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang