ARYAN menghela nafas. Sejak tadi Nufail diam tak berkutik. Aryan agak, pasti ada kaitan dengan gadis yang kerap mengganggu Nufail itu. Bukan dia mahu paksa Nufail terima gadis itu. Cuma, Aryan tak berkenan bila Nufail jadikan isterinya sebagai alasan. Dia bukan dayus biarkan orang lain gunakan Darya sebagai alasan sesuka hati. Lagipun cara Nufail mencemuh Inaya sungguh tak kena.
"Kau still tak jumpa dia lagi ke?" Tanya Aryan apabila sedar sudah lama mereka menyepi. Nufail seolah tersentak dari lamunan. Kemudian pandangan dialihkan ke arah Aryan semula.
"Aku... tak tahulah, Yan. Aku tak tahu nak cari dia dekat mana. Lagipun, kalau aku jumpa dia. Dia nak ke jumpa aku? Biar ajelah macam ini. Tak adalah aku serabut sangat dia ganggu aku dua puluh empat jam." Aryan geleng kepala ketika dengar balasan Nufail. Kenapa hati kau keras sangat, Pael?
"Kau lelaki, Pael. Takkan kau nak lepas tanggungjawab lepas kau dah hina dia macam-macam? Kau tak rasa bersalah lansung ke? Perempuan ni hati dia lembut. Kau cakap sekali, berkali-kali ayat yang sama bermain dalam fikiran dia. Kau biarkan ego kau menang macam ini, ingat Allah suka ke? Ada ke kau dengar Rasulullah SAW menangkan ego dia?" Tanya Aryan lagi. Dia tak faham sungguh dengan cara pemikiran Nufail.
"Sebab aku bukan macam kaulah aku tak boleh, Yan!" Bidas Nufail.
"Bukan macam aku, macam mana? Kau cakap dekat aku. Kau fikir aku sempurna sangat ke, Nufail?" Nufail tahu. Bila Aryan gunakan nama Nufail. Bermakna lelaki itu sedang serius. Nufail menolak lidah ke dalam pipi. Bagus. Sebab perempuan itu, aku bertekak dengan Aryan sekarang.
"Ya. Kau tak nampak ke sebab apa Arya pilih kau? Sebab kau sempurna. Kau serba-serbi bagus. Agama kau cukup. Sifat kau, tenang. Kau tengok aku. Solat pun kadang-kadang longkang. Aku tak sesabar kau!" Nufail berkata keras. Syaitan seolah berlumba berbisik di telinganya supaya terus marahkan Aryan. Daripada sekecil-kecil perkara, sehinggalah sebab kenapa Darya lebih memilih Aryan. Walhal, sungguh tak ada kena mengena lansung.
"Istighfar, Nufail. Isteri aku tak ada kena mengena dengan hal kau sekarang! Kau nampak ilmu agama aku cukup. Tapi hakikatnya aku masih belajar. Kau nak bandingkan diri kau dengan aku, habistu kau ke mana masa aku join ceramah agama dekat masjid? Aku pun tak tahu kau ke mana. Kau kata aku tenang. Kau ada tanya aku tak berapa lama masa aku ambil, dan berapa banyak dugaan aku tempuh. Untuk mampu setenang ini sekarang? Keluarga kau lengkap. Sampaikan kadang-kadang aku cemburu dengan kau. Solat, aku tahu susah nak istiqamah. Tapi aku sedar benda itu perlu dipaksa. Macam mana aku nak bimbing keluarga aku kalau aku tak solat, Nufail?" Tegas Aryan pula. Dia kecewa dengan Nufail sekarang.
Nufail bungkam.
Kata-kata Aryan seolah menampar dia kembali ke realiti. Benar, dia pertikaikan setiap tingkah laku Aryan. Tapi dia tak pernah berusaha untuk berubah jadi lebih baik seperti Aryan. Ketika Aryan menghadiri majlis agama, dia sibuk berfoya-foya di kelab malam.
Teruknya aku, Ya Allah. Aku hina Maleeqa, tapi aku jauh lebih hina daripada dia.
"Mungkin silap aku, sebab dah ambil Arya sebagai isteri aku. Dia kawan baik kau. Tapi aku tak pernah paksa dia cintakan aku. Aku nak minta maaf sebab tak sedar selama ini kau sukakan dia. Dan maaf, aku terpaksa pentingkan diri kali ini saja. Aku cintakan dia. Dia sumber kekuatan aku untuk hidup. Kalau kau nak dia, langkah mayat aku dulu, Nufail. Arya isteri sah aku." Dingin sahaja tutur kata Aryan. Kenapa pada saat ini dia perlu bergaduh dengan Nufail hanya sebab seorang perempuan?
Lebih teruk lagi perempuan itu adalah isteri dia sendiri.
"Pergi minta maaf dekat perempuan yang kau dah hina itu, Nufail. Jangan cari aku selagi kau tak sedar dekat mana silap kau terhadap aku, selaku suami sah Arya dan perempuan yang tinggi martabat dia itu." Aryan kini bangun. Niat asalnya ingin ajak Nufail lepak bersama berbual kosong kini terpadam.
"Yan, ak-" Belum sempat Nufail mahu meneruskan kata-kata. Aryan sudah pintas dahulu.
"Aku cadangkan kau cari dia dekat pentas teater. Dia penari, kan? Assalamualaikum." Pamit Aryan. Meninggalkan Nufail seorang diri. Nufail terdiam. Aryan tak pernah berdingin sebegitu dengan dia. Aryan benar-benar marah. Nufail bingkas bangun menuju ke tandas. Sebaik sahaja dia melangkah masuk ke tandas. Singki dituju. Pili air dibuka. Kemudian, air ditadah dan di bawa ke muka. Nufail mahu sejukkan diri. Hatinya sedang panas membara. Hasil hasutan syaitan.
Wajahnya direnung pada biasan cermin.
"Macam ini ke kau nak jadi pemimpin, Nufail?" Ujarnya seorang diri.
"Baru kena jentik sikit dengan Aryan, kau dah baran?" Tambah Nufail lagi. Menyoal diri sendiri yang semakin hilang pertimbangan.
Tali leher dilonggarkan. Lengan baju juga telah disinsing sehingga ke lengan. Dua butang teratas, dibuka. Nufail melangkah keluar dari tandas. Kunci kereta dan dompet dicapai. Dia mahu keluar. Duduk dalam pejabat lebih menyerabutkan otak dia.
Tiket persembahan tarian Inaya dua bulan lepas telah membawa Nufail ke sebuah auditorium terkemuka di ibu kota. Usah ditanya Nufail. Dia sendiri pun tak tahu kenapa dia berada di sini sekarang. Sedangkan dia paling tak suka pergi ke tempat-tempat seperti ini. Nufail ketap rahang. Perlu ke dia turun dan masuk ke dalam auditorium mewah ini?
Setelah puas berfikir. Nufail turun daripada kereta. Baik dia minta maaf hari ini, daripada dia tak buat lansung. Nufail... susah mahu minta maaf dekat sesiapa pun. Sangat bertuah jika dia rendahkan ego semata mahu meminta maaf. Langkah kaki diatur terus menuju ke pintu utama auditorium. Kelihatan ada seorang perempuan sedang memantau tarian anak-anak muridnya di atas pentas. Tanpa berbasa-basi, terus Nufail sapa perempuan itu.
"Cik?" Panggil Nufail. Mata pula sedang melilau ke sekeliling. Mana tahu Inaya berada di sekitar sini.
"Sorry sir, can you speak english?" Wanita itu sopan berbahasa. Sungguh dia tak tahu berbahasa melayu. Sama seperti Chloé.
"May I know where Nyx is?" Soal Nufail pula.
"I'm her ballet teacher. It's been two days since Nyx didn't come to the practice session. She was injured while training." Ujar guru wanita tersebut. Nufail berfikir sejenak. Dekat mana lagi dia nak cari Inaya? Dia bukannya tahu di mana alamat tempat tinggal Inaya pun. Nombor telefon gadis itu pun dia tak ada.
"Where can I find her?" Tanya Nufail lagi.
"Oh, maybe I can ask her manager. Wait a minute." Wanita itu terus keluarkan telefon dari poket seluarnya. Dia agak ini merupakan hal mustahak kerana lelaki di hadapannya ini sanggup cari Inaya sampai ke auditorium.
"Hey, Chloé," Nufail sekadar memerhati.
"Someone wants to meet Nyx."
"It's a man."
"His name? Give me a moment,"
"Sir, what is your name?" Soal wanita itu kepada Nufail pula.
"Arden Nufail." Wanita itu menunjukkan isyarat okay. Lalu kepada dianggukkan sambil mendengar Chloé bercakap biarpun gadis di hujung talian sana lansung tak nampak perilakunya. Kemudian, panggilan dimatikan. Dia memandang ke arah Nufail semula.
"Urm, sir. Her manager told me that if you want to meet Nyx, you have to meet her brother first. Let me send a message with their home address." Hampir sahaja Nufail ternganga. Dah sampai ke pengetahuan abang dia? Mampus. Abang mana saja biarkan adiknya diperlaku begitu? Nufail menghela nafas. Telefon dihulurkan ke arah wanita tersebut.
Redah saja, Nufail. Siapa suruh kau mulakan semua ini?
Belum sempat kakinya mahu melangkah keluar dari auditorium, suara wanita itu menjengah ke gegendang telinga Nufail.
"I don't know what's wrong with you and Nyx. But I get that the reason why Nyx lost focus and ended up hurting herself was because of you. Please don't hurt her, sir."

ANDA SEDANG MEMBACA
[C] Bukan Bidadari Nufail
Storie d'amoreBOOK 2. Spin-off Aryan: Her Biggest Heartbreak Kata Darya, Arden Nufail ini bersikap lembut walaupun dingin. Namun, kenapa dia bersikap kasar terhadap Inaya Maleeqa? Tutur kata lelaki itu pedas sekali. Lansung tidak menjaga sekeping hati Inaya. Dan...