LUKA di kaki Inaya tak hiraukan. Tarian balet dilakukan sepenuh hati. Lagu 'Tattoo' nyanyian Loreen menjadi pilihan Inaya pada hari ini. Inaya masih terasa dengan kata-kata Nufail tempoh hari. Setiap kata-kata Nufail begitu menyiat sekeping hati Inaya. Inaya marah. Siap sahaja memanaskan badan. Inaya bergerak ke tengah pentas. Dia berada di bawah cahaya samar lampu utama bagi memulakan tarian. Gerakan perlahan dan halus Inaya cukup menggambarkan hatinya sedang hancur.
Violins playin' and the angels cryin'
When the stars align, then I'll be thereSemakin lama tarian Inaya semakin laju.
I'm letting my hair down
I'm takin' it cool
You got my heart in your hand
Don't lose it, my friend
It's all that I gotAir mata Inaya tumpah.
Violins playin' and the angels cryin'
When the stars align, then I'll be there
No, I don't care about them all
'Cause all I want is to be lovedDan, kini Inaya jatuh terduduk. Dada Inaya sesak. Dia rasa ingin melepaskan tangisan semahu-mahunya. Tapi dia tak boleh. Guru balet dia ada di sini. Inaya tak mahu orang lain tahu punca emosinya terganggu. Inaya ketap bibir. Rasa sakit pada bahagian buku lali dia abaikan. Sebaliknya, dia hanya diam. Termenung. Hina sangat ke dia jadi seorang penari? Itu cita-cita Inaya sejak kecil. Takkanlah... dia perlu korbankan usaha dia sejak kecil semata mahu puaskan hati Nufail?
Inaya geleng kepala.
Tak! Hanya sebab dia suka Nufail. Lelaki itu tak boleh jadi penghalang impian Inaya. Entah kenapa, rasa marah dia terhadap Nufail kini muncul membuak-buak. Pelacur? Boleh dikatakan, setiap pakaian dikenakan Inaya ketika dia adakan persembahan. Pakaian dialah paling sopan antara semua penari lain. Dia mana pernah berpakaian seperti sut sendat yang hanya tutup sebahagian tubuh. Setiap pakaian Inaya ditempah khas oleh Puan Maria. Paling seksi, gaun tarian separas lutut.
"Is something bothering you, Nyx?" Inaya tersentak dari lamunan apabila suara lembut guru balet itu masuk ke gegendang telinganya. Dengan lembut, tangan guru balet itu menyentuh kaki Inaya. Serentak gadis itu mendesis apabila kakinya terasa sakit yang amat.
"Auch, it hurts." Ujarnya perlahan. Kasut balet dibuka. Inaya dapat rasa kakinya terseliuh.
Pintu dewan tari dibuka dari luar serta-merta mengalihkan pandangan Inaya dan yang lain ke arah pintu tersebut. Belum sempat lelaki itu mahu buat grand entrace, perlakuannya terhenti. Sebaliknya dia berlari ke arah Inaya yang sedang terduduk di atas pentas bersama Chloé dan guru tarinya.
"Adik!"
"Abang Mika..." Inaya tak dapat tahan air matanya daripada tumpah sekali lagi. Terus tubuh Isaac dipeluk erat. Tangisan dihamburkan semahunya. Isaac mencerlung guru balet dan Chloé tajam. Tak tahu apa punca Inaya menangis sebegini. Kemudian, dia beri isyarat 'pergi' kepada dua manusia tersebut. Belakang tubuh Inaya dia usap lembut. Dalam kepala Isaac, dia masih tertanya kenapa Inaya menangis. Adiknya itu tak pernah menangis hanya sebab jadual latihan tarian yang padat.
"Kaki Inaya sakit," adu Inaya perlahan. Masih berbaki sisa esakan gadis tersebut. Isaac sentuh perlahan kaki adiknya. Terdapat benjolan besar di sebalik stokin panjang itu menunjukkan kaki Inaya sedang membengkak.
"Kaki adik terseliuh ni." Beritahu Isaac. Tangan diselit di celah ketiak dan bawah lutut Inaya. Mencempung tubuh ringan adiknya. Dia nak bawa Inaya ke hospital.
Isaac mengerling ke arah Inaya sekilas sambil memandu. Inaya masih senyap. Sepatah perkataan pun tak keluar dari mulut Inaya sejak dia dirawat di hospital tadi. Inaya mana pernah berdiam diri macam ini melainkan ada sesuatu mengganggu fikiran Inaya. Adiknya boleh dikatakan seorang yang periang. Isaac jadi risau. Takkan nak bawa Inaya balik rumah dalam keadaan senyap macam ini? Sudah tentu nanti Puan Maria dan Tuan Irsyad akan tanya macam-macam nanti.
"Abang Mika," Inaya bersuara.
"Kenapa dik?" Isaac sudah tak tahan lagi mahu bertanya apa punca Inaya diam sebegini sehinggakan panggilan Inaya disahut dengan soalan 'kenapa'. Selalunya dia akan balas panggilan Inaya dengan 'ya'.
"Penari macam adik ini... sama tahap dengan pelacur ke?" Polos Inaya menyoal. Serta-merta rahang Isaac berubah ketat. Jantan keparat mana yang sanggup samakan Inaya dengan spesis perempuan murahan itu? Kebetulan kereta sudah berhenti diparkir. Terus Isaac toleh ke arah wajah sugul Inaya. Sebenarnya dia sengaja bawa Inaya ke sini. Mykori. Inaya obses dengan bingsu. Boleh dia pujuk adiknya itu.
Tak sangka pula Inaya akan mengajukan soalan seperti ini. Isaac agak, inilah punca Inaya menangis tadi. Inaya nampak sahaja kental. Hanya keluarga mereka saja tahu betapa lembutnya hati gadis ini biarpun degil. Inaya jarang bahasakan dirinya 'adik' melainkan dia sedang sedih.
"Siapa yang cakap macam tu dekat adik?" Tanya Isaac keras. Dia berani bersumpah muka orang yang berkata begitu kepada Inaya bakal pecah tak kira lelaki atau perempuan.
Inaya geleng kepala.
Dia tahu Isaac cukup pantang sesiapa sakitkan hatinya. Isaac kemudiannya mengeluh. Tahu Inaya takkan berjujur. Tangan naik mengusap rambut Inaya. Satu-satunya adik dia dan kakak sulungnya. Gadis ini begitu istimewa. Tak hairanlah sejak kecil lagi dia dan kakaknya selalu diajar untuk menjaga dan melindungi Inaya.
Inaya Maleeqa ibarat permata berharga.
"Pelacur jauh lebih hina. Adik tak layak lansung digelar teruk macam itu. Abang tahulah. Abang tak pernah nampak adik dress up seksi-seksi. Sedangkan pelacur tu? Menari itu hobi adik, impian adik. Walaupun daddy dengan abang tak berkenan adik jadi penari, bukan bermaksud kami nak samakan adik dengan pelacur. Dah, jangan sedih-sedih. Buruklah muka adik abang monyok macam tu!" Seloroh Isaac di hujung ayat.
Inaya sedut hingus dalam-dalam. Lengan baju Isaac ditarik kasar. Lalu dia kesat kesan air matanya menggunakan lengan baju Isaac. Isaac sudah tayang muka jijik. Haah, memang baju aku pun jadi mangsa keadaan kau, adik!
"Habis dah?" Soal Isaac. Inaya angguk kepala sebelum tersengih kambing. Dalam hati, Isaac terasa lega. Sekurang-kurangnya Inaya okay buat masa sekarang. Takut dia yang mati kutu mahu menjawab apa depan mummy dan daddy nanti kalau Inaya masih murung.
"Jom makan bingsu. Abang belanja. Nak ambil banyak mana pun ambillah. Anggap aje cheat day adik hari ini." Ucap Isaac sambil muncungkan mulut ke arah depan. Betul-betul kereta terparkir elok di hadapan kafe Mykori. Inaya sudah tersenyum suka. Bingsu! Manakala Isaac pula merenung adiknya dalam diam. Tahulah lepas ini dia nak cari siapa.
Chloé. Gadis itu pasti dengan siapa Inaya berjumpa sebelum ini. Dia nak jumpa manusia mana sanggup menghina adiknya sebegini rupa.
"Abang Mika..." Panggil Inaya perlahan. Suaranya dikecilkan. Persis kanak-kanak.
"Ya, adik?"
"Tolong papah adik. Adik nak makan bingsu banyak-banyak!"

ANDA SEDANG MEMBACA
[C] Bukan Bidadari Nufail
RomanceBOOK 2. Spin-off Aryan: Her Biggest Heartbreak Kata Darya, Arden Nufail ini bersikap lembut walaupun dingin. Namun, kenapa dia bersikap kasar terhadap Inaya Maleeqa? Tutur kata lelaki itu pedas sekali. Lansung tidak menjaga sekeping hati Inaya. Dan...