NUFAIL risau. Sudah tiga hari Inaya tak bermaya. Kalau Nufail tak berkeras mahu mandikan Inaya, pasti tubuh isterinya itu tak terurus lansung. Makan pun perlu disuap Nufail. Lebih teruk lagi, jiwa Inaya seolah kosong. Hanya jasad sahaja berada di hadapan Nufail sekarang. Untung saja Nufail bawa beberapa komputer riba ke sini. Kalau tak, pasti kerjanya dibiar tak berusik.
Inaya tak menangis.
Mungkin Nufail akan sujud syukur jika isterinya itu mula menangis. Bukan Nufail tak suka Inaya tak menangis. Tapi Inaya nampak 'mati'. Nufail mahukan Inaya yang banyak cakap. Bukan diam membisu seperti sekarang. Nufail akui, dia mula rasa sunyi. Selalunya suara Inaya menghiasi hari-harinya. Nufail sikat rambut Inaya lembut. Sedikitpun tak mahu sakitkan Inaya. Dengan cermat, rambut Inaya diikat kemas.
"Maleeqa," sunyi. Ruangan bilik itu sepi. Juga dingin. Nufail tak pasti samada dingin yang datang dari pendingin hawa ataupun suasana antara mereka berdua.
"Maleeqa... luahkan perasaan kau. Aku tak sanggup nak tengok isteri aku diam macam ni." Ujar Nufail perlahan. Dia rasa mahu gila bila isteri sendiri serupa patung. Riak wajah lansung tak pamerkan sebarang emosi. Bagaimana Aryan hadap Darya ketika mental wanita itu tak stabil dahulu? Sedangkan Inaya cuma menangisi pemergian Tuan Irsyad dalam diam pun Nufail rasa sudah mahu menangis.
"Kau masih ada aku, Maleeqa. Aku suami kau. Kau masih ada keluarga kau. Daddy pun tak mahu tengok kau macam ini, Maleeqa." Sambung Nufail lagi.
"Menangislah, Maleeqa sayang. Kau pun manusia. Tak salah kau menangis. Aku tak judge kau lansung. Kau berhak menangis. Tuhan hadirkan perasaan sedih itu bersebab, Maleeqa." Lembut Nufail menutur kata.
"Allah hadirkan rasa sedih sebagai ujian untuk kita sebagai manusia. Dia mahu uji ketahanan kita. Semasa kita bersedih, kita kena bersabar dan bertawakkal kepada Allah, Maleeqa. Selama ini, apa guna aku sebagai suami kau ajar kau berdoa dan baca al-quran kalau isteri aku ini tak mahu gunakan ia sebagai sumber kekuatan dia saat dia bersedih?" Luah Nufail lagi. Inaya ketap bibir. Kenapa Nufail buat dia rasa bersalah seperti ini?
"Aku ada, Maleeqa. Arden Nufail ini," Nufail memegang bahu Inaya. Dagu Inaya diangkat menatap wajahnya.
"Suami kau. Dia ada untuk kau. Kau menangis? Aku ada untuk peluk kau, Maleeqa." Beritahu Nufail.
"Kematian daddy, untuk peringatkan kita semua. Kehidupan di dunia ini bersifat sementara. Dan mati itu sebahagian daripada takdir yang kita perlu kita terima." Setitik. Air mata Inaya jatuh ke pipi. Nufail mendongak.
Syukur, Ya Allah.
Lalu jejaka itu turun dari katil. Menghadap kiblat sebelum sujud syukur dilakukan. Lantas Nufail kembali ke arah Inaya semula. Tubuh Inaya didakap erat. Belakang tubuh isterinya diusap lembut.
"Cry, Maleeqa. I just want you to cry." Hanya tuhan sahaja tahu betapa leganya hati dia bila Inaya mula menangis. Lama-kelamaan, suara kecil Inaya mula keluar. Menangis teresak dalam dakapan Nufail. Hati Inaya seolah ditikam berkali-kali apabila realiti menampar diri. Daddy kesayangan dia, sudah tiada. Inaya sudah hilang susuk tubuh seorang ayah.
"Arden... d-daddy dah t-tak ada..." Adu Inaya.
"Shh... Shh... aku ada, Maleeqa. Aku ada kat sini," bisik Nufail berkali-kali.
Inaya menangis dalam dakapan Nufail sehingga tertidur. Perlahan-lahan, Nufail letakkan kepala Inaya ke atas bantal dengan lembut. Kesan air mata di pipi isterinya dikesat menggunakan ibu jari. Inaya tertidur pulas. Nafasnya juga kedengaran lebih tenang. Nufail tersenyum nipis. Sekurang-kurangnya, Inaya mula beri tindak balas positif.
Ting!
Telefon dicapai dari atas meja kecil di sisi katil. Nufail berdiri menjauhi Inaya. Kemudian, satu pesanan daripada nombor tak dikenali dibuka. Riak wajah Nufail berubah garang. Gigi diketap kuat. Menghalang diri daripada mencarut memandangkan Inaya baru sahaja terlelap selepas menangis. Nufail menuju ke balkoni bilik. Terdapat beberapa keping gambar dihantar kepada dia. Ada gambar Tuan Irsyad pada hari lelaki itu meninggal. Ada juga gambar dia dan Inaya di tanah perkuburan Islam tempoh hari.
Lebih teruk lagi, ada juga gambar Tuan Irsyad ditembak.
Tanpa berfikir panjang, nombor telefon Riyaz didail. Baru berapa saat dia membuat panggilan. Laju sahaja sepupunya itu menjawab.
"Riyaz, kau nak datang Paris tak?"
"Kau biar betul. Tak ada angin atau ribut, tiba-tiba ajak aku ke sana?"
Nufail berdecit.
"Nak ke tak?"
"Nak!"
Nufail tersenyum senget. Dah agak, Riyaz memang pantang diajak.
"Bawa pendrive dalam laci pejabat aku." Arah Nufail. Pada masa yang sama, mata merenung tajam susuk tubuh seseorang yang berada di tingkat bawah. Memandangkan bilik mereka berdua berada di tingkat dua, dengan mudah mata helangnya menangkap susuk tubuh tersebut. Sejak awal lagi dia sudah rasa pelik dengan indivindu tersebut. Namun, Nufail diamkan saja.
Nufail mula menulis di atas satu kertas nota. Kertas tersebut ditinggalkan di bawah telefon Inaya. Tak mahu Inaya tercari di mana dia berada. Lalu Nufail keluar dengan langkah diatur secara perlahan. Dia perlu dapatkan Isaac sekarang juga. Dia tak rasa dia boleh uruskan seorang diri bila mereka berada di negara Perancis ini. Dulu, mungkin dia mampus buat kerja dalam diam. Namun sekarang, dia mana tahu selok-belok negara ini.
'Suami kau pergi jumpa Isaac kejap.'
Lansung tiada ayat-ayat manis diselitkan. Nufail mana reti bermanis mulut. Setiap tindakan Nufail dibuktikan dengan perbuatan.
"Mika!" Panggil Nufail apabila susuk tubuh Isaac menyapa pandangan. Isaac sudah berkerut hairan. Kenapa adik iparnya itu tampak tergesa-gesa mencari dia?
"Ada benda kita kena bincang. Pasal arwah daddy, dengan Maleeqa." Kata Nufail. Mata diliarkan ke segenap ruang. Memastikan tiada sesiapa berdekatan dengan mereka berdua. Dia rasa, tiada sesiapa boleh dipercayai sekarang.
"Kalau macam tu, masuk bilik akulah." Putus Isaac. Lihat daripada cara Nufail pun dia dapat agak yang Nufail tak mahu sesiapa mencuri dengar perbualan mereka. Sebenarnya, Isaac pun tak berapa nak percaya dengan pekerja rumah ini. Dia rasa setiap tingkah laku mereka semua sungguh aneh. Tetapi Isaac bukan pemilik utama rumah agam ini. Dia tiada hak mahu persoalkan.
Usai pintu bilik Isaac dikunci. Nufail memeluk tubuh. Isaac dipandang datar.
"Boleh tak kau beritahu sekarang ni kenapa Maleeqa diburu? Bukan itu aje, sebab isteri aku juga nyawa kita semua terancam." Isaac telan liur.
"Mind to explain, Isaac Mikael?"
YOU ARE READING
[C] Bukan Bidadari Nufail
RomanceBOOK 2. Spin-off Aryan: Her Biggest Heartbreak Kata Darya, Arden Nufail ini bersikap lembut walaupun dingin. Namun, kenapa dia bersikap kasar terhadap Inaya Maleeqa? Tutur kata lelaki itu pedas sekali. Lansung tidak menjaga sekeping hati Inaya. Dan...