NEGARA dikejutkan dengan berita tergempar. Berita tentang Dato' Khalid ditangkap atas kesalahan-kesalahan tertentu. Menculik. Cubaan membunuh. Menjual dan membeli organ secara haram. Pedofilia. Bayangkan saja, dalam rumahnya polis mendapati terdapat sebuah bilik yang penuh dengan gambar Inaya sejak Inaya masih remaja. Menjijikkan. Bukan itu sahaja, dia disabit dengan kesalahan kerana terlibat dalam keganasan rumah tangga dia dan bekas isterinya.
Semuanya dibongkar oleh Nufail, Riyaz, Aryan dan Lara. Aryan sekadar membantu dari jauh. Manakala Lara, dia agak bijak. Sejak dia bersekolah, dia sudah mula mengumpul bukti. Setiap gambar luka dia dan ibunya didera disimpan dalam sebuah fail khas dan kemudiannya diserah kepada Nufail dan Riyaz.
Rata-rata masyarakat seolah tertampar dengan kebenaran yang baru sahaja terungkap.
Tak percaya apabila susuk tubuh yang dianggap sebagai hero tempatan rupanya manusia bertopengkan syaitan. Iblis. Malah jauh lebih teruk daripada binatang! Segala kerja amal yang diselia oleh Dato' Khalid sekadar mahu kaburi mata masyarakat.
Setibanya mereka ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Inaya menyembunyikan diri di sebalik Nufail. Wajah disembam pada lengan sasa suaminya. Nufail sekadar membiarkan. Topi yang dipakai kini ditanggalkan lalu diletak ke atas kepala Inaya. Memang dia ditakdirkan jadi bodyguard Inaya setiap kali ada paparazi ke?
Walaupun Inaya sudah bersara, namun popularitinya lansung tak berkurang. Sebab itu dia dalam keadaan waspada sekarang.
"Maleeqa sayang," panggil Nufail apabila terlalu rapat Inaya menyelit di celah lengannya. Rasanya dah boleh masuk ketiak! Inaya mendongak. Memandang Nufail polos. Manakala Nufail pula sudah mengetap bibir. Ya Allah, kenapa comel sangat bini aku ni?
"Maleeqa duduk rapat-rapat macam ini nak masuk dalam ketiak hubby ke?" Soal Nufail sambil meneruskan langkah ke kereta. Jangan tanya di mana beg-beg bagasi mereka berdua. Dah ada orang suruhan untuk ambilkan.
"Sial, muka aku nampak macam kuli kau ke!" Laung Riyaz dari jauh sambil menolek troli bagasi. Nufail buat tak tahu. Lengan merangkul pinggang Inaya. Sengaja mahu menyakitkan hati Riyaz yang sedang mengejar langkah mereka berdua. Dua ekor ini bawa baju ke batu?
"Pinjam kejap ketiak hubby, bukannya busuk pun." Inaya membalas selamba. Wangian Versace Eros EDT meruap masuk ke dalam rongga hidung. Menenangkan.
"Nak balik rumah terus atau pergi ke mana-mana?" Tanya Nufail sebaik sahaja mereka masuk ke dalam perut kereta.
"Pergi TREC." Sampuk Riyaz. Nufail di sebelahnya terus meluku kepala Riyaz. Elok-elok sikit! Nak buka aib zaman jahil buat apa! Kau tu dah insaf ke belum aku tak tahulah. Kutuk Nufail dalam hati. Padahal Nufail tak tahu, sejak dia berhenti pergi kelab. Riyaz pun turut sama berhenti. Terikut-ikut dengan Nufail. Lagipun, dia bosan pergi lepak di kelab tanpa Nufail. Inilah orang kata, pengaruh rakan sebaya.
Kemudian, Riyaz sekarang sudah mula kembali kepada Ilahi. Bukan mahu meninggal. Tapi kembali ke pangkal jalan. Dia tengok, hidup Nufail lebih tenang selepas insaf dari perangai-perangai buruknya dahulu. Riyaz pun teringin juga mahu berubah ke arah lebih baik. Macam mana dia nak bimbing bakal isteri dia nanti kalau dia pun huru-hara? Hehe.
Riyaz sedang tunggu seseorang sebenarnya.
"Maleeqa nak pergi jumpa Lara." Putus Inaya.
Penjara Kajang.
Lara tak terlepas daripada hukuman bersalah. Walaupun dia banyak membantu pihak polis membongkar kegiatan Dato' Khalid, dia masih bersalah kerana telah bersubahat dalam penculikan Inaya. Cuma, hukuman penjara disingkatkan kepada setahun berkat permintaan Inaya.
Gagang telefon diangkat lalu dilekap pada telinga. Inaya tersenyum tawar memandang Lara.
"Aku tak dapat bebaskan kau daripada sebarang hukuman." Inaya bersuara. Dia rasa bersalah kerana tak dapat membantu rakannya itu.
"Tak apa, aku layak. Hukuman aku dikurangkan pun, aku dah bersyukur." Balas Lara pula. Sedikitpun dia tak rasa menyesal. Malah, dia puas. Puas apabila Dato' Khalid dikenakan hukuman paling berat sekali. Beberapa puluh sebatan dan juga dipenjara seumur hidup. Walaupun dia dipenjarakan, sekurang-kurangnya berbaloi.
"Aku dengar, kau putus dengan tunang kau sebab kau dipenjarakan." Kata Inaya perlahan. Lagilah berat rasa bersalah dalam hatinya.
"Baik putus sekarang daripada bercerai masa kahwin, kan? Dekat sini pun kita boleh uji kesetiaan dia. Lagipun... sebelum ini memang relay aku ada masalah pun dengan dia." Lara membalas tenang. Apalah sangat setakat hilang tunang. Bukannya Lara hamak sangat pun. Mungkin nanti ada yang lebih baik menanti. Positif Lara.
"Kau dah makan?" Inaya merenung susuk tubuh Lara yang mulai kurus.
"Dah, biasalah duduk penjara. Ada kerja kena buat. Selalu duduk pejabat. Lemau sangat badan aku sampai buat kerja berat sikit dah turun berat badan." Gurau Lara. Mahu sedapkan hati Inaya.
"Kalau kau rasa tak ada orang nak berkawan dengan kau lagi, aku ada tau? Aku sentiasa anggap kau kawan baik aku. Aku sayang kau... dan arwah Zati." Inaya yakin, pasti ramai kawan Lara menjauh daripada Lara. Memandang buruk kepada Lara. Manusia tak lari daripada sikap menghakimi. Dan jika itu yang terjadi, dengan berbesar hati, Inaya akan sambut Lara kembali. Kalau Lara mahu bekerja di kafe dia yang akan dibuka nanti pun tak apa.
Lagi Inaya suka bila rakan baiknya lebih dekat dengan dia.
"Semoga persahabatan kita diberkati Allah, Inaya."

ANDA SEDANG MEMBACA
[C] Bukan Bidadari Nufail
RomanceBOOK 2. Spin-off Aryan: Her Biggest Heartbreak Kata Darya, Arden Nufail ini bersikap lembut walaupun dingin. Namun, kenapa dia bersikap kasar terhadap Inaya Maleeqa? Tutur kata lelaki itu pedas sekali. Lansung tidak menjaga sekeping hati Inaya. Dan...