NAFAS diatur perlahan. Tarik. Hembus. Tarik. Dan hembus. Inaya perlukan pernafasan yang stabil. Bila dia tak dapat tenangkan diri, tariannya bakal hancur. Pada kali ini, dia praktis tarian balet. Bagi mempersembahkan tarian balet, emosi Inaya sangat diperlukan. Tarian ini direka bagi menerapkan unsur seni lakonan, dan muzik orkestra. Perlahan-lahan, Inaya menampung tubuh menggunakan ibu jari kaki. Inaya mula berputar dengan lemah gemalai.
Gerakan Inaya tepat, licin dan berkualiti mengikut standard penari balet profesional. Sesekali guru balet Inaya angguk kepala. Tanda berpuas hati. Apabila muzik berubah rentak. Semakin lincah Inaya menari. Seolah memahami setiap emosi ketika sang penulis menulis lirik dan rentak lagu tersebut. Apapun, itu sekadar pemanasan badan.
Tatkala rentak lagu 'Lover' dendangan Taylor Swift mula dimainkan. Inaya mulakan tarian dengan gerakan perlahan di tengah pentas.
Gerakan Inaya sungguh halus dan perlahan. Seolah-olah dia menunjukkan kestabilan dan kedamaian cinta. Kalaulah Puan Maria tahu pemilihan lagu pementasan Inaya kali ini gara-gara Nufail, pasti Inaya dibebel.And this is our place, we make the rules
Ketika lagu mulai mengalun, tubuh Inaya mula berputar perlahan. Sama seperti perasaan Inaya. Menunjukkan dia sedang dibuai cinta. Cukup menggambarkan bagaimana perasaan itu buat dia bahagia sekarang. Inaya pejam mata. Raut wajahnya seolah bersinar apabila dia terbayang seseorang.
Can I go where you go?
Can we always be this close forever and ever?
And ah, take me out, and take me home
You're my, my, my, my
LoverArden Nufail.
Ladies and gentlemen, will you please stand?
With every guitar string scar on my hand
I take this magnetic force of a man to be my loverApabila berada di puncak lagu, Inaya membuat lompatan besar. Jelaslah dia sedang mabuk dengan perasaan cinta. Dan ketika lagu perlahan-lahan menuju ke rangkap terakhir. Gerakan Inaya menjadi semakin lembut dan lemah gemalai. Inaya kemudiannya berdiri tegak dan memandang ke depan. Tangan bersatu di dada. Menggambarkan tarian itu berkenaan dengan keindahan dan kehangatan cinta yang kekal.
You're my, my, my, my
Oh, you're my, my, my, my,
Darling you're my, my, my, my,
Lover.Tercungap-cungap nafas Inaya sebaik habis menyelesaikan tarian. Inaya tersenyum manis. Guru balet Inaya dan Chloé tepuk tangan kuat. Sungguh mereka berpuas hati dengan tarian Inaya. Penuh emosi. Menjiwai setiap lirik lagu tersebut. Tanpa dipinta, Chloé terus hulurkan air mineral. Inaya sambut huluran Chloé. Air mineral diteguk rakus.
"Our training for today is over, right?" Tanya Inaya sebaik sahaja nafasnya sudah teratur. Dapat sahaja anggukan dari guru baletnya. Inaya pecut ke belakang pentas. Terkocoh-kocoh Chloé mengejar langkah Inaya. Pasti gadis itu mahu ke pejabat Nufail lagi. Dah macam rutin harian Inaya!
Sebenarnya sudah dua hari dia tak dapat ke pejabat Nufail. Semuanya gara-gara jadual Inaya begitu padat. Iyalah, tarikh persembahan sudah dekat. Latihan juga semakin kerap. Walaupun dia sudah diiktiraf sebagai penari profesional. Dia tak mahu buat kesilapan kecil pada hari kejadian. Dia pentingkan kualiti persembahannya. Senang kata, Inaya perfectionist. Sebab itulah kemunculan pertama Inaya telah buka mata banyak pihak.
"Chloé, take me to the usual place." Beritahu Inaya sebaik sahaja dia siap mandi. Juga berdandan. Dulu sebelum dia kenal Nufail selepas latihan dia akan terus pulang ke rumah. Tapi sekarang rutinnya sudah berubah. Inaya kemam bibir yang dicalit pelembab. Dia malas mahu bersolek hari ini.
Chloé mengiring Inaya ke kereta. Selalunya memang dia akan memandu. Inaya tak suka keluar ramai-ramai bersama pengawal peribadi keliling pinggang. Inaya rimas. Walaupun berkali-kali Tuan Irsyad berkali-kali menegaskan untuk bawa pengawal peribadi di sekeliling Inaya. Dan sebab itulah Tuan Irsyad upah Chloé menjadi pengurus peribadi Inaya. Chloé berkebolehan tinggi untuk melindungi Inaya biarpun gadis itu kecil.
Kata orang, kecil-kecil cili padi.
Sepanjang pemanduan, Inaya hanya diamkan diri. Dia mahu simpan tenaga untuk ganggu Nufail kejap lagi. Nak berinteraksi dengan Nufail, sama seperti berinteraksi dengan batu. Kaku. Dan tak berperasaan. Hanya orang-orang bersabar macam Inaya saja mampu untuk handle manusia seperti Nufail. Fikir Inaya dalam hati. Inaya mula tahan rasa bangga menyelubungi diri. Padahal, dia pun sama saja baran di rumah.
Antara mangsa utama dia tak lain tak bukan, Isaac Mikael. Abang dia sendiri.
"Young lady," panggil Chloé apabila Inaya masih termenung jauh. Sedangkan mereka sudah sampai ke bangunan pejabat Nufail. Inaya tersentak. Kemudian dia keluar tanpa sebarang kata di lobi syarikat. Seperti biasa, kaunter menempatkan Eiyana dituju. Dengan riang Inaya melambaikan tangan. Eiyana tadi sedang sibuk bersama wajahnya yang tegang. Kini tersenyum apabila Inaya berada di depan dia sekarang.
Inaya dan dia sekarang sudah ngam teruk! Macam bestfriend.
"I nak jumpa Arden. Dia sibuk tak?" Tanya Inaya. Eiyana geleng kepala. Dia sudah maklum jadual Nufail hari ini agak kosong.
"Pergilah naik lif tu. Saya banyak kerja sikit, miss. Tak dapat nak iring sampai ke pejabat tuan," ucap Eiyana serba salah. Hari ini dia perlu semak semua jadual orang atasan syarikat ini. Takut bertembung jadual dengan mana-mana client.
"Eh, tak apa. I faham, maaf ganggu hehe. I pergi dulu, Yayayana... tata." Pamit Inaya bersama lambaian gedik. Eiyana tergelak kecil. Macam-macam hal lah budak cantik itu! Nasib tak lokek senyuman. Biasanya perempuan cantik yang dia jumpa, rata-rata berperangai bongkak. Tapi Inaya ini sungguh lain. Malah, suka benar bergurau dengan dia. Padahal status mereka bagaikan langit dan bumi.
Inaya abaikan tatapan menyampah daripada segelintir pekerja perempuan. Walaupun ramai orang suka dia. Tapi dia masih tak boleh lari daripada pembenci tegar. Cis, dengkilah itu kita dapat dekat dengan Arden!
Pintu pejabat Nufail dikuak perlahan. Inaya mengintai dahulu. Mana tahu mood Nufail tak baik. Dia nak cabut lari.
"Kau nak apa lagi, budak?" Ujar suara parau itu. Seolah dapat lampu hijau. Inaya memboloskan diri masuk ke dalam ruangan itu. Pintu ditutup rapat. Tahu sangat ada segelintir haters dia sibuk nak intai mereka berdua. Padan muka dia dah tutup pintu. Siapapun tak boleh tengok. Itulah orang kata, manusia kuat benci ini nanti rugi. Tapi Inaya pun tak tahu apa kena mengena dengan situasi sekarang.
"You tak nak makan ke, pakcik?" Sebelah kening Nufail terangkat. Pakcik budak ini panggil aku? Muka dia ada nampak macam golongan generasi X ke? Nufail sambung hadap skrin iMac. Layan budak terencat macam Maleeqa ini boleh bikin dia sama-sama gila!
"Hey, pakcik. Sekarang dah lunch hour tau." Kata Inaya lagi. Kau panggil aku budak, kan? Rasakan, budak punya reverse pyschology. Kan mendapat gelaran pakcik terus.
"Kalau kau tak nak kena heret dengan security, diam Maleeqa." Inaya segera kemam bibir. Tanda dia takkan bercakap lagi. Tapi Inaya bukan Inaya kalau dia kekal diam. Baru dua minit dia diam, dia rasa nak mati. Nufail curi pandang sekejap. Dia pun tak tahu kenapa dia boleh biar Inaya ceroboh masuk pejabat dia sesuka hati macam Riyaz buat. Nak warning Riyaz memang tak dapatlah dah lelaki itu memang benak ubi.
Ini si Inaya apa hal boleh terlepas?
Nufail geleng kepala. Mungkin dia biar Inaya sebab tahu keselamatan gadis itu di sini lebih terjamin. Dia tak pasti. Lebih baik mencegah daripada merawat, kan? Sementara Syakila belum ditangkap. Dia hanya perlu redha dengan semua ini.
"I laparlah, Arden."
Dan sekarang Nufail rasa mahu hentuk kepala pada skrin-skrin komputernya. Sejak bila aku ambil upah jaga anak orang ini?
Ya Allah, Kau berikanlah kesabaran untuk aku hadap budak terencat ini!
YOU ARE READING
[C] Bukan Bidadari Nufail
RomanceBOOK 2. Spin-off Aryan: Her Biggest Heartbreak Kata Darya, Arden Nufail ini bersikap lembut walaupun dingin. Namun, kenapa dia bersikap kasar terhadap Inaya Maleeqa? Tutur kata lelaki itu pedas sekali. Lansung tidak menjaga sekeping hati Inaya. Dan...