20

11.1K 367 17
                                        

NUFAIL sudah mula selesa berkawan dengan Inaya. Diingatkan sekali lagi, sekadar berkawan. Sebab dia sendiri tawarkan diri jadi pemandu tak berbayar Inaya, hampir seminggu juga mereka hadap perangai masing-masing sehinggalah hari ini. Saat ini. Dan ketika ini, mereka sempat berbalah bagaikan anjing dan kucing. Dua-dua tak mahu kalah.

"I nak makan pasta lah orang tua!" Bentak Inaya apabila Nufail tak mahu pergi ke kafe yang dia mahu. Sekarang sudah masuk waktu makan tengahari. Masing-masing berkeras dengan pilihan tekak sendiri.

"Aku nak makan nasi." Balas Nufail dingin. Banyak songeh betul budak ini. Berjalan pun tak betul. Ada hati nak demand ikut suka dia. Bebel Nufail dalam hati. Makan tengahari nak makan pasta? Naik loya tekan Nufail bila terbayangkan tekstur pasta masuk ke tekak siang-siang buta begini. Malam bolehlah!

Kereta membelok ke kiri apabila tiba di persimpangan berdekatan kedai makan tengahari yang Nufail inginkan. Inaya sudah bermasam muka. Dia craving pasta tahu tak! Aneh sangat ke makan pasta pada waktu tengahari macam ini? Semua kecam dia. Isaac, Inara, mummy, daddy dan sekarang, Nufail. Dia ingat bila ajak Nufail keluar lelaki itu boleh bawa dia ke kafe yang dia mahu. Alih-alih, sama sahaja.

Nak tak nak, Inaya keluar juga dari perut kereta. Perutnya juga sudah berkeroncong. Nak hentak kaki, kaki masih sakit. Terpaksa dia tabahkan diri mengikut langkah Nufail dari belakang. Inaya protes. Apabila Nufail sudah ambil tempat. Inaya duduk di meja sebelah. Berasingan dengan Nufail. Lelaki itu sudah angkat sebelah kening. Perangai apa lagi budak ini nak buat?

"Maleeqa, duduk sini." Panggil Nufail. Serupa panggil adik saja. Inaya pula masih senyap. Lansung tak respons dengan panggilan Nufail.

Nufail bangun. Dia berdiri di sisi Inaya.

"Duduk meja sebelah, budak. Kau tak panas ke duduk tempat tak kena aircond?" Nufail pilih meja itu pun sebab tak mahu Inaya panas. Maklumlah, sejak dua menjak ini suhu Malaysia semakin panas. Cuaca juga tak menentu. Namun, Inaya masih berkeras. Nufail mengeluh. Kenapa makhluk bernama perempuan ini begitu keras kepala?

Seakan diperhati, Nufail angkat kepala. Melalui anak mata, dia dapat lihat ada satu gerangan sibuk merakam gambar mereka berdua. Nufail kini berdiri di hadapan Inaya. Melindungi gadis itu dari terus dirakam secara haram. Inaya mendongak. Dah kenapa tiba-tiba orang tua ini berdiri menghadap aku? Fikirnya. Bibirnya terkatup rapat apabika raut wajah Nufail begitu ketat. Rahang lelaki itu juga mengeras. Inaya dah biasa dengan raut wajah dingin Nufail.

Cuma kali ini, Nufail nampak bengang.

Inaya gigit bibir. Sebab aku ke dia naik angin serupa nak mengamuk ini? Tiba-tiba Inaya rasa seram sejuk. Kalau Nufail mengamuk macam mana? Belum sempat Inaya mahu berdiri dan ubah tempat. Nufail bersuara perlahan.

"Stay put. Ada orang rakam gambar kau." Raut wajah Inaya berubah dingin. Sekali lagi? Kenapa peminat fanatik dia sungguh obses terhadap dirinya? Sehinggakan dia rasa dia tiada privasi sendiri.

"I... tak nak makan dekat sini." Ujar Inaya. Bukan sebab kes pasta tadi. Dia rasa sungguh tak selesa dengan keadaan sekarang. Nufail angguk. Puas dia fikir, bagaimana mahu cover Inaya memandangkan dia sekarang berbaju kemeja sebab dia dari pejabat tadi. Kemudian dia pusingkan tubuh. Memandang tepat ke arah lelaki yang sibuk menjadi paparazi sekarang. Serentak lelaki itu terus beredar apabila sedar tertangkap.

Apa yang Nufail perasan, lelaki itu lelaki yang sama di Exchange TRX dahulu.

"Ke nak makan dekat office aku? Order grabfood. Suka hati kaulah nak makan pasta ke apa." Nufail cuba beri cadangan bernas. Tak berapa nak bernas sebenarnya sebab pejabat dia menjadi mangsa. Tapi apakan daya, Inaya di bawah tanggungjawab dia sekarang atas kepercayaan Puan Maria dan Isaac.

"Boleh!"

Nufail masukkan tangan ke dalam poket sambil berjalan masuk ke dalam lobi syarikat CyberWave Techno. Terkocoh-kocoh Inaya cuba mengejar langkah Nufail. Dasar orang tua! Dia buta agaknya kaki kita ini tengah sakit macam nak tercabut. Inaya mendengus. Macam manalah abang Mika dengan mummy boleh percayakan jantan ini.

"Tunggulah Arden!" Langkah Nufail terhenti. Nufail menghela nafas. Susahlah berjalan dengan orang kurang upaya ini. Jalan pun macam siput sedut. Pandangan aneh daripada pekerja-pekerja lain lansung diabaikan. Eiyana yang berada di kaunter tersenyum lucu memandang gelagat mereka berdua. Tuan Nufail yang dingin bersama Nyx si diva! Bila teringat ada sampul surat dikirim kepada Nufail. Terus Eiyana mendekati Nufail.

"Tuan Nufail, ada surat untuk tuan." Ujar Eiyana. Tangan dilambai ke arah Inaya di belakang tubuh tegap Nufail. Nufail sudah angkat sebelah kening. Kemudian dia toleh ke belakang. Lah, tengah berhai-hai rupanya dua orang ini.

"Daripada siapa?" Tanga Nufail pula. Lansung tiada sebarang cop rasmi atau apa-apa alamat pada sampul surat tersebut.

"Tak tahu, tapi posmen memang beritahu surat ini untuk tuan." Jujur Eiyana pula. Nufail sekadar angguk. Langkah diatur menuju ke lif.

"Hurry up, aurora." Biasalah. Nak jaga budak kurang upaya macam Inaya ini perlukan kesabaran yang tinggi. Nufail tak suka lengahkan masa. Tapi dah kata ada orang sakit sebelah kaki. Terpaksa dia tabahkan hati. Masuk sahaja Inaya. Pintu lif automatik tertutup. Sambil tunggu lif naik ke tingkat 47, Nufail terus buka sampul surat tadi. Keningnya bertaut apabila gambar-gambar dia bersama Inaya menjamah pandangan.

Termasuklah gambar tadi.

"K-kenapa... gambar kita ada dekat dalam sampul tu?" Hampir saja Inaya menggigil. Apabaila sampai ke tingkat 47. Mereka berdua melangkah ke arah pejabat Nufail. Sebaik sahaja mereka melabuhkan punggung. Pintu dikuak dari luar. Ternyata Eiyana sedang mengejar langkah mereka sejak tadi.

"Tuan Nufail, saya lupa nak inform. Dato' Khalid nak jumpa tuan. Dia ada dekat guest room." Rahang Nufail diketap. Pandangan beralih ke arah Inaya. Gadis itu masih bingung. Tak faham apa yang sedang berlaku sebenarnya. Nufail agak, Dato' Khalid merupakan dalang di sebalik gambar-gambar tadi.

"Eiyana, bawa Maleeqa ke tingkat lain. Now," arahan diberi penuh autoriti. Eiyana segera memaut lengan Inaya. Dengar daripada intonasi suara Nufail begitu dingin, tahulah dia lelaki itu tak mahu Dato' Khalid nampak Inaya. Dia pun tak pasti sebab apa. Mungkin takut client pandang serong bila Nufail bawa perempuan sesuka hati masuk ke dalam pejabat. Inaya pula sekadar mengikut. Sempat dia memesan kepada Nufail.

"Jangan lupa spicy mac and cheese I tau," Nufail angguk. Orang tengah serius, sempat dia order pasta dia itu.

Apabila yakin Eiyana dan Inaya hilang dari pandangan. Nufail segera melangkah ke ruang menunggu. Ternyata lelaki tua berjiwa iblis itu sedang menunggu dia di situ. Pintu ditutup rapat. Tanpa sapaan hormat, Nufail mengambil tempat duduk berhadapan dengan Dato' Khalid.

"Jadi, kaulah teman lelaki Nyx?" Soal Dato' Khalid. Nufail berdehem. Tak mengiyakan dan tak juga menafikan. Dia agak, Dato' Khalid sudah salah faham dengan hubungan dia dan Inaya. Tak tahu itu petanda baik atau buruk memandangkan dia tahu niat buruk lelaki tua ini.

"Putuskan hubungan kau dengan dia. Aku nak perempuan tu!" Arah Dato' Khalid.

"Should I?" Ejek Nufail. Seolah menuang minyak ke dalam api. Walaupun dia tak cintakan Inaya, keselamatan gadis itu masih penting baginya. Dia tak gila lagi nak biarkan Inaya jadi sugarbaby Dato' Khalid.

"Kalau kau tak nak putus dengan dia sekalipun, aku boleh guna cara kotor. Apa susah? Masuk minang ajelah kan? Bukannya haram kalau nak kahwin dengan dia secara sah." Nufail berdecit apabila dengar kata-kata penuh berlagak itu. Tak sedar diri dah tua berkedut. Ada hati mahukan perempuan muda bergetah. Boleh cair taik telinga Nufail.

"Tak sempat kau nak masuk minang dia, aku dah gerak dulu. Kau mahukan Nyx? Dalam mimpi saja, dato'. Sebab Nyx," Tiada sebab dia perlu hormat orang tua ini. Lebih-lebih lagi bila dia sudah tahu belang lelaki tua ini. Depan masyarakat berperangai serupa malaikat.

"Aku punya."

pasar ikhwan di putrajaya,
siapakah dia abuya?

[C] Bukan Bidadari NufailTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang