PADA tanggal 24 Julai ini. Tibalah hari pernikahan tak diingini Inaya. Inaya biarkan wajahnya dirias oleh jurusolek. Hanya Chloé seorang sahaja berada dalam bilik Inaya. Menemani gadis itu. Puan Maria dan Inara sibuk menyambut tetamu yang sampai ke rumah. Inaya merenung belakang telapak tangan yang sudah siap ditampal inai putih.
Bagi Inaya, inai putih itu lebih cantik. Tampak eksklusif. Lagipun, ianya senang dicuci.
Inaya tersenyum tawar. Jujurnya, dia rasa kosong. Jika gadis lain berasa gemuruh pada hari pernikahan mereka. Tapi Inaya tak rasa begitu. Angan-angan dia terhadap hari pernikahan dia dulu terlalu tinggi. Dia inginkan satu tema perkahwinan umpama puteri dongeng. Namun, kehendak tuhan berkata sebaliknya.
Hanya majlis kecil-kecilan bersama saudara-mara terdekat. Juga sahabat-sahabat Nufail memandangkan Inaya tak ada kawan. Inaya cuma ada keluarganya dan para penghuni rumah anak yatim yang dia jaga. Cuma penghuni-penghuni rumah anak yatim tersebut tak hadir ke majlis pernikahannya hari ini memandangkan sekarang mereka sedang bercuti di Terengganu. Memang setiap tahun Inaya akan taja percutian mereka. Boleh dikatakan kebajikan mereka sungguh terjaga oleh Inaya.
Tok! Tok! Tok!
Pintu bilik Inaya diketuk. Inaya angkat tangan. Meminta jurusolek itu berhenti merias wajahnya. Kemudian Inaya toleh ke arah pintu bilik. Isyarat diberi kepada Chloé supaya bukakan pintu biliknya. Seolah mengerti, Chloé terus melangkah mendekati pintu bilik. Dan sebaik sahaja pintu dibuka, terpancul jua wajah seorang gadis bertudung baya-baya Inaya.
"Izinkan saya masuk boleh?" Sopan gadis itu meminta. Inaya sekadar angguk walaupun dia masih tertanya-tanya siapa gadis ini sebenarnya.
"Achik beritahu semalam awak tak ada kawan nak teman bersiap. Jadi achik minta saya temankan awak." Ujar gadis itu sambil tersenyum manis. Jelas lesung pipitnya kelihatan sebaik sahaja dia tersenyum. Manis!
"Achik?" Inaya tak kenal siapa 'achik' yang disebutkan gadis itu. Bagaikan tersedar, terus gadis itu ubah nama panggilan abangnya.
"Abang Nufail. Dalam family kita orang, abang Nufail dipanggil achik." Inaya angguk faham. Sebenarnya, dia tak tahu mahu respons apa. Bila dia tersedar gadis yang dikenali sebagai adik Nufail itu masih berdiri, terus dia pelawa gadis itu duduk dahulu pada sofa yang terletak di hujung katil.
"You duduklah dulu," ucap Inaya. Terus gadis itu terus duduk di sofa tersebut.
"Nama you apa?" Sambil kepala dililit tudung selendang, bibir ringan sahaja mengajukan soalan tersebut kepada gadis itu.
"Aisha Nahiya. Selalu dia orang panggil saya adik. Tapi achik kata awak sebaya saya, panggil aje Aisha." Terang Aisha. Dia bongsu. Tak peliklah semua pakat panggil dia adik. Tapi tak sangka pula bakal isteri abangnya itu sebaya dengan dia. Lebih mengejutkan bila gadis di hadapannya sekarang merupakan penari terkenal bertaraf dunia. Dalam hati Aisha, tak henti dia memuji kecantikan Inaya.
Mereka sebaya, tapi Inaya jauh lebih berjaya daripada dia.
"Panggil aje I Inaya. Urm, by the way... berapa bilangan adik-beradik you?" Sebenarnya, Inaya takut juga nak hadap ahli keluarga Nufail yang lain. Nasiblah adik Nufail ini agak peramah. Kurang sikit rasa cuaknya.
"Empat orang. Achik anak ketiga. Dan dia satu-satunya lelaki. Sebelum ini, saya dengan along dan angah pernah cakap. Mesti isteri achik nanti jadi menantu kesayangan ibu. Sebab awak seorang saja menantu perempuan ibu." Semangat Aisha berceloteh. Inaya tersenyum lucu. Ketara betul perbezaan Aisha dan Nufail. Nufail sangat dingin. Terbalik pula dengan adiknya, terlebih peramah.
"You dengan I sama, kita berdua anak bongsu." Beritahu Inaya. Aisha tayang muka terkejut. Iyalah, seorang Nyx mana pernah dedahkan maklumat peribadinya. Tiba-tiba dia dapat tahu rupanya Inaya dan dia ada persamaan. Sudah tentulah dia teruja.

ANDA SEDANG MEMBACA
[C] Bukan Bidadari Nufail
RomanceBOOK 2. Spin-off Aryan: Her Biggest Heartbreak Kata Darya, Arden Nufail ini bersikap lembut walaupun dingin. Namun, kenapa dia bersikap kasar terhadap Inaya Maleeqa? Tutur kata lelaki itu pedas sekali. Lansung tidak menjaga sekeping hati Inaya. Dan...