BUAT kali pertama. Nufail menyaksikan tarian Inaya dipersembahkan di hadapannya biarpun sekadar latihan biasa. Pada hari ini, tarian Hanfu menjadi pilihan Inaya. Gadis itu turut mengenakan sepasang Hanfu gabungan warna putih dan biru lembut yang merupakan pakaian tradisional masyarakat etnik Han di China. Pakaian serba indah itu terdiri daripada gaun longgar berlapis-lapis. Bersama ciri-ciri lengan yang panjang, kain meleret dan corak bersifat elegan dan halus.
Cantik.
Nufail tak tahu mahu gambarkan bagaimana. Tapi lenggok tari Inaya sungguh indah. Dia sangka gadis itu mengenakan pakaian tak cukup kain. Tapi dia silap sama sekali. Lebih menyenangkan lagi apabila pada ketika ini hanya dia sahaja menjadi penonton tak berbayar.
Tarian yang diiringi pakaian Hanfu tersebut seolah sedang menceritakan kisah-kisah sejarah, ataupun budaya mahupun mitos dari tamadun China. Gerak tubuh Inaya begitu halus dan anggun. Sepasang mata gelap itu fokus mengikut rentak tari Inaya. Tambah pula dia sememangnya tak pernah melihat persembahan tarian ataupun teater secara berdepan begini. Sedikit sebanyak perasaan teruja itu ada dalam diri Nufail.
Cara gadis itu mempersembahkan tarian, bersama ekspresi wajah yang lembut. Buatkan Nufail yang tak pernah faham tentang sebarang tarian dapat mengagak tarian itu menggambarkan seorang gadis sedang menzahirkan rasa sedih, bahagia ataupun cinta. Dalam diam, Nufail kagum dengan Inaya. Kagum bagaimana gadis itu boleh menjiwai watak tersebut dengan mudah sekali.
Usai muzik berlatar belakangkan seruling berhenti dimainkan. Inaya berhenti menari. Menandakan sesi latihan pada hari ini telah tamat. Nufail betulkan duduk. Cepat-cepat telefon dikeluarkan dari poket. Tak mahu tertangkap dek Inaya bahawa dia begitu fokus menyaksikan tarian Inaya tadi. Setiap langkah Inaya sejak awal tadi begitu buatkan dia ketagih untuk lihat lagi dan lagi. Seakan tarian tersebut punya tarikan tersendiri sehingga menarik Nufail menyaksikannya sehingga langkah terakhir.
Tak lama kemudian, Inaya menghilang di sebalik pentas. Tahulah dia gadis itu pergi menukar pakaian sebelum pulang bersama.
Sambil itu, pandangan Nufail dilabuhkan segenap ruang. Sehinggalah pandangannya terhenti ke satu arah. Di mana susuk tubuh seseorang terletak di hujung kerusi penonton ini. Rahang Nufail mengeras. Pandangannya juga berubah tajam apabila susuk tubuh itu mengukirkan senyuman manis. Bukan, maksud Nufail senyuman sinis. Penuh mengejek.
Sial, bagaimana lelaki tua itu boleh berada di sini?
Dengan membayangkan saja sudah buat Nufail naik darah. Tarian lenggok Inaya tadi bukan saja hanya disaksikan dia seorang. Rupanya Dato' Khalid turut berada di situ. Lelaki tua itu kini bangun. Mengangkat tangan tanda menyapa Nufail sebelum dia keluar dari auditorium tersebut.
"You tengok apa, Arden?" Nufail memalingkan wajah ke arah Inaya semula. Tak sedar pula dia gadis itu sudah siap sejak tadi. Nufail berdehem. Kemudian, dia bangun dari duduk. Dia agak, lelaki tua tadi masih belum meninggalkan kawasan auditorium ini. Dengan selamba, Nufail merangkul pinggang Inaya. Membawa gadis itu keluar dari auditorium. Inaya sudah pandang suaminya hairan.
"Sejak bila you reti peluk pinggang I?" Tanya Inaya lagi. Lansung mengabaikan soalan tak berbalas tadi. Inaya Maleeqa dah biasa kena palau dengan Nufail. Sigh.
"Benda halal. Pegang ajelah. Bukannya haram pun, dah rezeki depan mata... Maleeqa," balas Nufail tak berperasaan. Anak mata menjeling ke arah kanan sebaik sahaja mereka berdua melangkah keluar dari auditorium. Ternyata Dato' Khalid masih berada di kawasan itu. Nufail tayang wajah tak bersalah. Wajah dirapatkan ke telinga Inaya. Dari jauh, nampak seolah dia sedang mengucup pipi gadis itu.
"Kau nak makan apa?" Soal Nufail. Inaya pula masih tak sedar wajah Nufail begitu rapat dengan dirinya. Namun, lain pula dengan Dato' Khalid. Lelaki tua itu menggenggam penumbuk. Bengang apabila 'miliknya' berada begitu rapat dengan lelaki mentah seperti Nufail. Apa sahaja yang ada pada Nufail sehinggakan lelaki itu diberi kuasa penuh untuk berada begitu rapat dengan gadis cantik itu? Fikir dia sendirian.
"Tekak I nak makan masakan pedaslah, hubby." Ucap Inaya manja. Perut ditepuk lembut tanda lapar.
"Kau panggil aku apa tadi?" Tanya Nufail. Rasanya dia tak salah dengar lagi.
"Tet! Limited time only. I tak ulang dua kali." Inaya berkata nakal. Bukan selalu dia dapat mengusik Nufail. Manakala Nufail pula sudah mengeram tak puas hati. Main-main betul budak ini. Tak padan pendek. Inaya sudah mengekek ketawa. Sambil itu, Nufail toleh ke kanan iaitu tempat di mana Dato' Khalid berada. Kening diangkat nakal. Membalas ejekan lelaki tua itu tadi. Setakat tengok Maleeqa hari-hari pun aku boleh buat. Tambah pula aku boleh sentuh dia. Kau? Makan hati seorang diri di hujung sana.
Dato' Khalid mengerling ke arah lelaki di belakang dinding tersebut.
"Kau dapat gambar dia orang?"
"Dapat dato'." Hasil tangkapan gambar dibelek lelaki tersebut. Kali ini gambar lelaki bernama Nufail dan Nyx tampak begitu jelas dalam kamera. Selalunya diambil pada jarak jauh. Rezeki hari ini, dia dapat mengambil gambar pada jarak dekat.
"Emelkan kepada pihak media. War-warkan Nyx sudah berkahwin. Biar Nyx sendiri akan turun padang, buat sidang media dan mengaku bahawa dia belum berkahwin lagi." Arah Dato' Khalid. Tahulah dia apa dia mahu buat selepas ini. Biarkan Tuan Irsyad mengamuk melihat anaknya begitu bebas membiarkan diri disentuh lelaki asing. Dan ketika itu dia akan teruskan rancangan dia mahu mengahwini gadis itu. Pasti Tuan Irsyad akan bersetuju demi membersihkan nama Nyx!
"Dato' yakin? Nyx bukan calang-calang orang, dato'. Dato' pun tahu Nyx tak pernah terlibat dengan rumor berkaitan dengan lelaki." Tanya lelaki itu pula. Dia bukan apa, Nyx bertaraf dunia. Selalunya jika Nyx terlibat dengan apa-apa rumor, seolah namanya dibersihkan oleh 'orang belakang'. Mana pernah nama gadis muda itu tercemar. Hairan juga dia. Sekuat manakah cable yang Nyx ada sehinggakan dia dilindungi begitu sekali.
"Just do it, Farid. Aku nak tengok sejauh mana dia dapat sorok lelaki itu." Dato' Khalid berkeras.
Dia benci melihat Nufail seperti mempunyai akses begitu istimewa untuk rapat dengan Nyx sesuka hati. Malah, gadis itu boleh ketawa bersama Nufail. Dia menyampah. Nyx sungguh sombong ketika dia menyapa gadis itu tempoh hari.
Dato' Khalid mahu lihat, sejauh manakah Nyx akan melindungi identiti Arden Nufail pada pandangan umum. Tak layan lelaki? Ataupun itu sekadar alasan supaya tak diganggu kerana dia bergelar teman wanita Nufail? Dato' Khalid tersenyum sinis. Licik kau ya, Nyx?
Aku akan pastikan kau jadi milik aku!

ANDA SEDANG MEMBACA
[C] Bukan Bidadari Nufail
RomanceBOOK 2. Spin-off Aryan: Her Biggest Heartbreak Kata Darya, Arden Nufail ini bersikap lembut walaupun dingin. Namun, kenapa dia bersikap kasar terhadap Inaya Maleeqa? Tutur kata lelaki itu pedas sekali. Lansung tidak menjaga sekeping hati Inaya. Dan...